Archive for February, 2011

ABSAHAN : TERUJA.

Posted: February 26, 2011 in ABSAHAN

Seronok menghabiskan sisa sisa masa dengan sahabat dan adik adik ,terutama nya hari semalam. Thanks to all ORATORIANs..Keep This Relationship  in the pocket of your Heart. TERUJA mendapat tahu ‘sesuatu’..Absar tersenyum KEPUASAN : )

SENYUM ,tak perlu kata apa apa : )

ABSARIA

Posted: February 26, 2011 in ABSARIA

Sekadar memaklumkan kepada Absarians, ‘tag post’ BEBAS akan ditukar kepada ‘tag’ ABSARIA. Asal perkataan ABSARIA adalah gabungan daripada perkataan ABSAR dan RIA , bagi menggambarkan entry itu adalah entry bebas.Terima kasih atas cadangan penambahbaikan yang diberi..: )

Puas Kah Kita dengan Kepuasan ?

Posted: February 26, 2011 in ABSARIA

Saat ku tarpaku di depan komputer ini ,di sana ada seseorang yang tersenyum menatap komputernya…Senyumnya PUAS. Aku juga turut tersenyum melihat gelagatnya. Cuma yang membezakan senyuman kami berdua adalah KEPUASAN. Aku pasti,apa yang dilakukan oleh nya adalah sesuatu yang memberi kepuasan kepadanya. Kepuasan itu akhirnya terpancar pada senyuman yang membariskan barisan gigi yang putih dan menyepetkan matanya yang sedia sepet : )

Aku hampir tergelak melihat telatahnya. Tapi aku juga cemburu,walaupun dia seolah hanya dalam dunianya, tak mengendahkan sesiapa disekelilingnya, tapi dia tahu, apa yang dia mahu. Paling tidak ,untuk KEPUASAN diri sendiri. Matanya tak berganjak dari komputernya, anggota badannya seolah melompat dan menari kegembiraan bergandingan dalam satu helaan KEPUASAN. Entah,aku masih belum menjawab teka teki itu. Apa agaknya yang disenyumkan oleh nya.

Em, pedulikan tentang apa yang disenyumkan. Aku hanya mahu berbicara soal ‘KEPUASAN’. Setiap orang ada cara mendapatkan KEPUASAN mereka sendiri. Apa,bagaimana dan kenapa…itu persoalan yang hanya diri yang PUAS mampu menjawabnya.

Terkadang ada yang PUAS bila melihat senyuman gembira orang lain,biarpun hatinya terluka. Terkadang ada juga yang tersenyum PUAS Pmelihat air mata kepayahan dan kesusahan orang di sekelilingnya. Hmm, MANUSIA..hatinya pelbagai,akal dan iman juga berbeza.

Aku pula..PUAS… bila melihat orang lain PUAS. Terkadang terjadi juga,tidak PUAS bila melihat orang lain PUAS. Dengki,cemburu..mazmumah yang sukar dicantas. Apapun aku juga MANUSIA..tidak pernah lekang dari salah dan dosa.

Berbicara soal KEPUASAN, helaan nafas yang panjang setiap kali KEPUASAN singgah . Hati terasa lapang,dada terasa tenang. Sejenak berfikir,pernah kah hati ini PUAS dengan KEPUASAN? Sekali lagi teka teki ini hanya akan terjawab pada diri yang bertanya. Terpulanglah…Ya,terpulang pada diri dan matlamat individu. Apakah yang dicapai itu sebenarnya apa yang dicari? Adakah ia sebenarnya KEPUASAN hakiki? Atau ia sekadar Ilusi dan mimpi bagi menyedapkan Hati?

PUAS….Aku PUAS menulis namun terus menulis. Walaupun isi nya terkadang kontang,namu itu satu KEPUASAN.

Aku PUAS berdebat namun terus berdebat. Walau terkadang tiada apa pun yang menarik pada hujah dan jerit mehnah dalam debat ku, tapi itulah KEPUASAN ku…

Aku juga PUAS mencintai namun terus mencintai,walau tak pernah cinta itu berpaksi dan menjadi wangian dalam diri,tetapi , itulah KEPUASAN buat diriku.

Dan aku sememangnya PUAS mencari namun terus mencari. Kerana aku sedar dalam diri ini tidak perlu ada ‘noktah berhenti’ dalam sebuah pencarian. walupun terkadang aku hilang dan sesat dalam musafir pencarianku,tentang apakah sebenarnya yang aku cari…

KEPUASAN..Cari lah sementara kita masih belum PUAS memiliki KEPUASAN..

Benarkah kita pernah PUAS ?

Si Tanggang kini menyalak..

Posted: February 23, 2011 in ABSAHAN

Januari dan Febuari menyaksikan beberapa peristiwa yang sememangnya dirancang bagi menwarnai hari hari akhir di kampus,telah menjadi sejarah yang manis untuk dikenang. Biar pun tanpa hadirnya ‘Pelangi’ yang pasti,yang masih ku tunggu untuk mewarnai hidup ku kelak,tetap ku gagahi bagi membina diri, merempuh dan menempuh ribut dunia dan arus kedewasaan.

Debat Dekan Fuha,Debat Ketua Hakim dan bakal menjelang ,Debat Perdana Integriti di Kedah nanti ,terus meyakinkan aku bahawa diriku tidak pernah dapat bersenggang dengan debat. Penangan debat cukup membuka luas minda dan dada dalam mengajarku sebuah kehidupan yang mewajibkan aku ucap dan ungkap rasa syukur ku. Berulang kali ku ceritakan pada kalian tentang pondok buruk yang begitu berjasa kepada ku dan ramai anak anak yang sama berbumbung dan berlantaikan pondok buruk itu dalam menempuh dunia keremajaan.

Namun ,bila ada yang derhaka dan lupa,yang mereka pernah dilahirkan dan dididik di dalam pondok buruk itu,maka tanpa segan dan malu,aku dengan lapang dadanya menganugerahkan darjat ‘Si Tanggang’ kepadanya. Mana tidak nya,ketika di beri kuasa dan takhta,bangga mengaku bahawa anugerah yang dimiliki itu tidak pernah datangnya dari pondok buruk yang sudah tidak memberi faedah padanya. Bangga pula menghentam dan menghina pondok buruk dengan pelbagai tohmahan. Kononnya segala keburukan dan kelemahan pada dirinya,disebabkan oleh pondok buruk itu. Tak pernah pula sedar,tanpa pondok buruk itu,mustahil untuk ‘Si Tanggang ‘ berada di takhta sebegitu.

Kini ,’Si Tanggang’ rebah memamah debu di bumi,kerana dulu leka membilang bintang di langit tinggi. Aku kadang tersenyum,kadang bersedih.Tersenyum kerana mungkin si tanggang sudah sedar dari katil egonya,sedih kerana melihat riak dan lagak ‘si Tanggang’ masih sama,benar,sama seperti sedia kala.

‘Si Tanggang kini menyalak..’ Mungkinkah salakan itu bagi membuka kembali kunci pondok buruk yang dihina dan dikeji tatkala berada di kayangan,atau mungkin menyalak mengkhabarkan kepada dunia,’Aku tidak perlukan sesiapa’. Apa pun keadaaannya,aku kini memilih untuk membenci. Kerana sebelum ini sayang sudah menjadi pilihanku,namun malangnya sayang berlebihan inilah yang menjadi racun yang sepahit buah kepayang.

P/s : Selagi ‘Awang ‘ berteduh di pondok buruk ,takkan ‘si tanggang’ pulang ke gelanggang. Buat pejuang pejuang seni orator yang bakal dan telah lahir dari pondok buruk ini, jangan pernah ikut jejak langkah ‘Si Tanggang’.

ABSAHAN : Sedih Lima Minit…

Posted: February 21, 2011 in ABSAHAN

Sedih lima minit..sepatutnya berkesan..tapi mungkin kerana Jiwa kosong, lima minit tidak cukup..Jadi,ambil sahaja lima puluh minit,andai ia mampu membawa gembira untuk lima puluh tahun.

Badut yang menggembirakan orang juga punya Perasaan sedih, bermakna,semua orang akan bersedih,cuma persoalannya,bagaimana menghadapai perasaan sedih itu???

ABSARA : CINTA, SAYANG DAN SUKA…

Posted: February 21, 2011 in ABSARA

CINTA, SAYANG & SUKA... Semua itu adalah perasaaan,namun ianya penuh dengan perbezaan. CINTA, itu adalah KETENTUAN. SAYANG & SUKA, itu adalah PILIHAN. Di pengakhiran,kita lah yang tentukan,samada ia membuahkan KEBENCIAN atau KEINDAHAN.

SUKAR UNTUK DIBEZAKAN, NAMUN IA MEMANG BERBEZA…

Absahan (3)

Posted: February 10, 2011 in ABSAHAN

Kalau orang lain susah mahu ingat sesuatu perkara, aku pula susah mahu melupakannya… Mulut cakap dah lupa,tapi hati masih berbekas dan sentiasa terpahat namanya.

Hebatnya Kuasa Kawan…

Posted: February 10, 2011 in ABSARIA

Salam Absarians..Absar malam ni bersama adik adik di Uitm Chendering untuk suatu perbincang. Tiba tiba Absar terima satu mesej,‘ Burhan,ada orang kutuk ko dalan facebook’. Hmm agak terkedu pada mulanya. Memang timbul pelbagai persoalan,lebih lebih lagi apa bentuk kutukan pula yang mahu menguji absar. Mesej ini datangnya dari Sahabat baik Absar,hampir 7 tahun absar berkawan dengannya.

Tapi entah dari mana datangnya ketenangan,Absar terus membalas,‘ tak pe lah,da biasa kene kutuk nie,redho je lah’. Sememangnya perkataan REDHO itu bukan sekadar di mulut,Absar memang begitu tenang menerimanya. Mungkin kerana sedang dalam majlis ilmu dan malaikat menaungka sayapnya,maka itulah absar merasa begitu kuat menerimanya.

Sangkaan Absar mesej itu sudah terhenti,rupanya ada lagi sambungannya. ‘Ni soal maruah! Mana burhan yang dulu!’… Sekali lagi tersentap. Memang benar,kalau dulu,pantang diusik,maka akan bermulalah perang dunia mulut yang ke tiga. Maka absar tekad untuk membalas apa yang terlintas di fikiran absar. SMS ringkas absar menutup perbualan kami,‘ Maruah itu bukan manusia yang tentukan’. Sememangnya absar langsung tidak terusik akan ‘kata kata semangat ‘ dari seorang kawan.

Asalnya Absar tidak mahu melihat,apakah kutukan yang diberikan. Tapi ,bila difikirkan,absar kira perlu untuk melihatnya. Bila diperiksa, rupanya bukanlah kutukan,tapi sekadar usikan teman teman lama yang mungkin ‘merindui’ Absar.

Hmm,anda lihat,begitu hebatnya kuasa kawan. Kalau Absar tidak ambil masa dan bertenang,mungkin berlaku pergaduhan atau perbalahan ,hanya sekadar kerana berita yang tiada kesahihannya. Sepatutnya,seorang kawan perlu memberi petunjuk pada kawannya andai kawannya tersalah jalan dan tersilap bertindak.

Benar kata Nabi junjungan, “Kalau berkawan dengan penjual minyak wangi,sedikit sebanyak ,wangian itu pasti terpalit di bdan kita. Namun,kalau berkawan dengan pembuat besi,sedikit sebanyak ,bara dan bau api akan hinggap di baju kita”. Anda pilih ,mana kawan yang anda mahu jadi peneman di jalan perjuangan.

Buat kawan yang Absar rujuk di atas,andai anda membacanya,bukan niat untuk mengaibkan,tapi sekadar untuk meberi nasihat kepada diri dan anda yang absar anggap sahabat dunia akhirat. Absar mengucapkan ribuan terima kasih buat anda,kerana sudi menjadi teman perjalanan perjuangan selama ini. Moga kita terus bersahabat sampalah kitai ditimbang di neraca tuhan.

Buat sahabat sahabat,tegur lah Absar andai ada langkah yang sumbang dan sentiasalah berdoa ,agar ikatan hati ini berterusan ,sampai kita ‘pulang’.

Antara teman teman seperjuangan.

ABSARA (2)

Posted: February 9, 2011 in ABSARA

Sayang manusia itu umpama UBAT,

namun apabila terlebih memberi atau terlebih menerima,

ia akan menjadi RACUN


 

UBAT yang bisa menjadi RACUN, maka BERPADA PADA lah dalam memberi dan menerima. 🙂

Salam Absarians…sudah lama absar mahu berkongsi dengan kalian berkenaan makan makan ini.Entry makan makan ini absar dapat ilham daripada sebuah buku karya Brian Tracy seorang pakar motivasi yang bertajuk ‘Eat the frog’. Maknanya,ia bukan idea asal absar.Namun,absar kira baik untu absar dan absarians sebagai motivasi dan untuk dijadikan penambah baikan dalam diri semua.

Apa yang ingin disampaikan penulis melalui penulisannya? Apa yang digambarkan sebagai ‘makan katak’ dan ‘makan gajah’ ? Aneh bunyinya bukan? Perkara ‘katak’ dan ‘gajah’ merupakan metafora yang digunakan oleh Brian Tracy bagi menggambarkan bentuk kerja atau permasalahan yang dihadapi oleh kita. ‘Katak‘ adalah masalah atau kerja yang kecil,namun perlukan usaha yang komited dalam menyeslesaikannya.Maklumlah,sifatnya yang suka melompat lompat,kulitnya yang licin dan ada juga yang menggelikan. ‘Gajah’ pula adalah andaian kepada masalah atau kerja  besar dan rumit.

Jadi,penulis telah menyarankan kita agar ‘makan katak’ secepat mungkin.Maknanya,kita tau andai dibiar katak menjadi banyak,katak katak itu akan memenuhi bilik dan ia akan melompat lompat dan menyusahkan kita di akhirnya. Cara yang disarankan oleh penulis adalah ,cari mana mana katak yang masih ada dalam bilik itu,dan makan lah ia walau segeli mana pun kita pada katak.Gambar kan kesan seandainya dibiarkan katak itu terus bermaharaja lela dan akhirnya,kita hanya akan mampu melihat katak katak itu menguasai ruang bilik kita(ruang kehidupan kita) . Kesan akhirnya,kita tidak akan bebas dan akhirnya kemurungan dikelilingi oleh katak katak .

Tuntas,ayuh kita ambil pendekatan ini,agar kita boleh urus masalah dan kerja semaksima mungkin dan tidak membiarkan masalah atau kerja ini ditangguhkan.

‘Ah,nanti lah dulu..’, ’emm,rehat la kejap,nanti buat lagi kerja ni’, dan mungkin’ Ala,kecil je masalah ni,nanti aku setelkan’, merupakan dialog dan monolog sang pencinta katak. Kita memang suka bertangguh. Maka absar menyeru diri absar dan absarians sendiri, mari kita ubah gaya hidup,cari masalah dan kerja kecil yang belum selesai,kerana kita ada ‘gajah’ yang perlu diselesaikan.

Makan Gajah’ absar akan ceritakan pada entry akan datang. MAri kita ubah satu persatu perkara perkara yang negatif ini,kerana kit amahu menjadi golongan yang kuat dan berjaya. Allah berpesan yang Dia lebih mencintai Mu’min yang kuat dan berjaya… Moga usaha memperbaiki diri ini mendapat pertolongan dari Nya.. Insya Allah..

P/s : Tunggu ek..nanti kita sama sama ‘makan gajah’ pula… : )

Jangan Biarkan ‘Katak’ menguasai diri kita ..