Archive for February 2, 2011

Wanita & Jaminan…

Posted: February 2, 2011 in ABSARIA

Apa jaminan yang aku akan diambil jadi Isterinya? apa jaminan yang dia boleh jaga aku bila dah berumah tangga? Apa pula jaminan yang dia boleh membahagiakan aku dan zuriat ku? …

Entry kali ini ku angkat martabatnya untuk memerihal tentang ciptaan Terbaik Tuhan ..WANITA.Beberapa kali ku didatangi oleh para sahabat,berkongsi masalah dan kerisauan,tentang perhubungan. berdasarkan perkongsian ini,ku simpulkan beberapa kategori wanita yang sedang dalam perhubungan.Ada wanita yang umpama angin kus kus.: ) sekejap baik saja mood nya.Sekejap pula,tidak semena mena,ribut pula yang melanda.Ada pula wanita yang sepanjang perhubungan itu tenang saja airnya, namun diakhirnya,ketenangan itu melenyapkan terus perhubungan tersebut.sang wanita terus menghilangkan diri tanpa apa apa tanda.Tenang bukan ? 🙂

Tak kurang pula yang sangat membenci pada awalnya,tapi akhirnya,sayang bukan kepalang.Kalau tak dapat tengok sang lelaki sehari,rasanya bagi setahun lamanya tidak berjumpa.Ada juga yang sayangnya bukan kepalang di awal nya,tapi akhir perhubungan,tak mampu untuk melihat batang hidung sang lelaki pun,dek kerana benci.

Jawapan kepada permasalahan wanita di atas saya telah jawab dalam mukaddimah . Wanita wanita memerlukan jaminan. Jaminan untuk terus dilindungi ,disayangi dan dikasihi. Tercipta sang hawa itu dari rusuk adam untuk dilindungi dan dikasihi. Tatkala wanita dapat merasakan kewujudan jaminan tersebut,InsyaAllah,hubungan akan berkekalan.

Jaminan yang saya maksudkan bukanlah dari kata manis lidah tak betulang semata. Tapi perlulah zahirkan kata itu .Dari sudut pengetahuan agama,ekonomi mahupun akhlak peribadi. Bila wujud kriteria ini pada sang lelaki,sang wanita pasti tersenyum puas,yang sang heronya sememangnya benar benar hero dan bukannya dongengan semata.

Namun begitu,sang wanita jangan cepat mengatur langkah.Pastikan jaminan itu asli.Ada yang pandai berlakon dan tak kurang pula yang hanya bertopeng. Di depan lagaknya bagai malaikat,tetapi di belakang,tuhan saja yang tahu.

Apapun yang anda fikir sekarang,tuhan sudah lama berpesan. Wanita yang sholeh,pasangannya adalah lelaki yang sholeh. Sang hawa yang Tholeh,pasangannya sang Adam yang Tholeh.Akhir kata,tepuk dada,tanya sama iman.Sudah cukup bersedia kah aku berdepan dengan tanggungjawab menyambung zuriat kaum muhammad??? Bukan sekadar menyambung zuriat,tapi perlu bertanggungjawab mendidik dan mengasuh agar tidak menjadi beban dan liabiliti di akhirat kelak.

P/s : Pesan ku pada seorang teman : Apa pun yang jadi , JANGAN KAWIN LARI : )

Aku Dirantai Rindu…

Posted: February 2, 2011 in ABSARIA

salam alaik..tajuk entry kali ini tampak seperti datang nya dari seorang yang agak jiwang.Hahaha.Benar,aku dirantai rindu..entah kenapa,aku merasakan detik detik semester akhir ini semakin cepat singgah hari demi hari. Usai menyelak blog blog rakan sekelas yang teruja dengan entry entry baru memaparkan gambar gambar hari hari terakhir,seolah olah cuba menyedarkan lagi bahawa detik yang tinggal amatlah singkat.Tak sampai 4 bulan lagi bumi unisza ini akan ku tinggalkan.

Jenis manusia macam aku ni ,sebelum rindu sebenar datang ,aku sudah rindu..sebelum sedih sebenar datang,aku sudah sedih..haha,lawak bukan. Bagi diriku,ini satu kelebihan. Tuntas,aku cuba habiskan masa seberapa lama bersisakan baki masa yang ada.Biarpun cuti semester,terasa berat untuk ku tinggalkan kampus ini. Dalam menghitung hari,ku hitung jua apa yang sudah ku kecapi hasil dari ladang tanaman kampus ini.Banyak,sangat banyak.

Bermula dari metafora persahabatan sehinggalah monolog kepimpinan. Diri ku terbina oleh persekitaran kampus ini. Aku suka memerhati.Lagak dan gaya sang siswa mahupun lenggok anggun sang siswi sentiasa menjadi guru buat diri ku melangkah setapak ke depan. Senoir dan junior punya kehebatan tersendiri. benar,manusia yang diutus memimpin manusia. Junjungan mulia Muhammad SAW diturunkan menyempurnakan hidup ummat insani.Tuhan tak hantar malaikat untuk pimpin bani Adam.

Benar,aku dirantai rindu.Rindu ku pada teman yang sentiasa menyemarakkan api perjuangan.Rinduku pada rakan yang menjadi contoh dan teladan. Rindu ku pada adik adik sumber inspirasi ku penerus dan peneraju pergelutan.

Namun ,hidup perlu diteruskan.Episod dan lembaran baru kehidupan yang sudah lama ku nantikan. Aku mahu coretkan sejarah .Paling tidak untuk ku kenang dan ceritakan buat dodoian sang cucu . Hmm,Benar ,aku dirantai rindu…

P/s: Tajuk entry adalah sumbangan seorang teman..