Si Tanggang kini menyalak..

Posted: February 23, 2011 in ABSAHAN

Januari dan Febuari menyaksikan beberapa peristiwa yang sememangnya dirancang bagi menwarnai hari hari akhir di kampus,telah menjadi sejarah yang manis untuk dikenang. Biar pun tanpa hadirnya ‘Pelangi’ yang pasti,yang masih ku tunggu untuk mewarnai hidup ku kelak,tetap ku gagahi bagi membina diri, merempuh dan menempuh ribut dunia dan arus kedewasaan.

Debat Dekan Fuha,Debat Ketua Hakim dan bakal menjelang ,Debat Perdana Integriti di Kedah nanti ,terus meyakinkan aku bahawa diriku tidak pernah dapat bersenggang dengan debat. Penangan debat cukup membuka luas minda dan dada dalam mengajarku sebuah kehidupan yang mewajibkan aku ucap dan ungkap rasa syukur ku. Berulang kali ku ceritakan pada kalian tentang pondok buruk yang begitu berjasa kepada ku dan ramai anak anak yang sama berbumbung dan berlantaikan pondok buruk itu dalam menempuh dunia keremajaan.

Namun ,bila ada yang derhaka dan lupa,yang mereka pernah dilahirkan dan dididik di dalam pondok buruk itu,maka tanpa segan dan malu,aku dengan lapang dadanya menganugerahkan darjat ‘Si Tanggang’ kepadanya. Mana tidak nya,ketika di beri kuasa dan takhta,bangga mengaku bahawa anugerah yang dimiliki itu tidak pernah datangnya dari pondok buruk yang sudah tidak memberi faedah padanya. Bangga pula menghentam dan menghina pondok buruk dengan pelbagai tohmahan. Kononnya segala keburukan dan kelemahan pada dirinya,disebabkan oleh pondok buruk itu. Tak pernah pula sedar,tanpa pondok buruk itu,mustahil untuk ‘Si Tanggang ‘ berada di takhta sebegitu.

Kini ,’Si Tanggang’ rebah memamah debu di bumi,kerana dulu leka membilang bintang di langit tinggi. Aku kadang tersenyum,kadang bersedih.Tersenyum kerana mungkin si tanggang sudah sedar dari katil egonya,sedih kerana melihat riak dan lagak ‘si Tanggang’ masih sama,benar,sama seperti sedia kala.

‘Si Tanggang kini menyalak..’ Mungkinkah salakan itu bagi membuka kembali kunci pondok buruk yang dihina dan dikeji tatkala berada di kayangan,atau mungkin menyalak mengkhabarkan kepada dunia,’Aku tidak perlukan sesiapa’. Apa pun keadaaannya,aku kini memilih untuk membenci. Kerana sebelum ini sayang sudah menjadi pilihanku,namun malangnya sayang berlebihan inilah yang menjadi racun yang sepahit buah kepayang.

P/s : Selagi ‘Awang ‘ berteduh di pondok buruk ,takkan ‘si tanggang’ pulang ke gelanggang. Buat pejuang pejuang seni orator yang bakal dan telah lahir dari pondok buruk ini, jangan pernah ikut jejak langkah ‘Si Tanggang’.

Advertisements
Comments
  1. haziqah auni says:

    wah cntik blog
    nmpk profesional cket hehe
    hrap2 si tanggang sudah kmbali sedar yg langit tak slalu cerah 😉

    • absarlegal says:

      Sila beri tunjuk ajar : ) Yup, semua orang tau,langit tak selalu cerah,tp x ramai yg bersedia,bila langit mula mendung … muhasabah buat diri yang menulis jua..Tq Haziqah..

  2. hidayahawawi says:

    weee,da byk kali mgintai
    tp 1st time komen.:-)
    Abg bob ngn debat mmg x dpt dpisahkan..
    apa pun, best of luck..
    and untuk si tanggang itu
    siapa pun dia smg akn kmbalik ke pgkal jalan 🙂

    • absarlegal says:

      Sama juga ngan hidayah awawi : ) sangat sinonim dengan debat … Cuma biasalah,org hebat ni ,diam diam ubi berisi..: ) Gambar debat ketua hakim nnt tagged kat fb ek..Tq.

  3. hidayahawawi says:

    uishhh, sy tak hebat lorh..amatur je pun, kecil2an je..tu pun kena paksa..kalau hebat da jd pro mcm org kat atas ni..;-)

    btw, tagged already..sy x blh nk upload kt flairsoc pny so personal fb pon ok kan? alah, xpnh komen ponnn..like pon tidakk..ponat den upload..kecik ati..haha agak sengal di situ ye 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s