Salam Absarians. Jumaat yg tenang,suci seharusnya menyucikan. Saat membaca cebisan demi cebisan suara picisan anak muda juga berpangkat pelajar yang belum cukup diajar mendepani Menteri Pendidikan yang seakan sujud menyembah kedangkalan anak muda berang yang mungkin mewarisi kebiadaban turun temurun.

Seakan yang berteriak baru pulang dari rimba, mengambil ijazah dari monyet dan kera, tertinggal pula adab manusia, dipakaikan pula songkok ‘aku lah mahasiswa maka akulah yang teraniya’, mereka seakan lupa intelek yang dicari bukan untuk mengekalkan spesis lama menyondol tanpa ropol ropol, menyalak tanpa adab.

Sekalipun benci jangan sampai hilang hormat. Sekalipun marah jangan sampai hilang adat dan sekalipun bengong jangan lah ko tunjuk sangat.

Ada satu kisah…

Posted: August 28, 2018 in ABSARIA

Ada satu kisah yang menarik perihal lelaki yang keluar bersiar-siar pada suatu malam. Dia terserempak dengan lelaki lain yang terbongkok-bongkok mencari sesuatu di bawah cahaya lampu jalan. dia bertanya apa yang dicari oleh lelaki itu. Kata lelaki itu, kuncinya tercicir. Lelaki itu menawarkan bantuan lalu terbongkok-bongkok mencari bersama kunci kereta itu.

Selepas sejam mencari,kunci itu mash tidak dijumpai. Lelaki tadi bertanya, ‘kita sudah mencari kunci itu di merata-rata tempat masih belum menjumpainya. Kamu pasti kunci itu hilang di sini? ‘

Lelaki itu menjawab, ‘Tidak, Kunci itu hilang di rumah tetapi di sini lebih terang sebab ada banyak lampu’.

Bagi saya,mudah kita mencari sesuatu untukdibetulkan oleh orang lain, tapi kita elak untukmencari sesuatu yang perlu diperbetulkan oleh diri sendiri.

Maka, koreksi diri, pandu ia kembali ke destinasi yang kita telah tetapkan dan jauhi menyinggah ke tempat yang jauh dari laluan,kerana itu melambatkan tempoh sampai.

 

~kisah ini di ambil dari buku ‘The Success Principle’ olehJack Canfield.~

Hidup diteruskan

Posted: August 28, 2018 in ABSARIA

Salam absarians. Kalam dan kalimah penghubung antara kita. Untuk Absar dan kalian bertukar rasa. Rasa hidup susah dan senang. Tawar dan hambar menjengah selepas gembira dan megah singgah. Kita perlu cari motivasi diri. Mencarinya melalui pelbagai ciri dan sisi. Aku tonton youtube, baca buku dan dengar orang hebat bicara. Jengah juga di FB, lihat profile orang berjaya bagaimana hidupnya. Maka ikuti dan lakukan.

Dalam kepala berkecamuk. semangat hidup naik dan turun. Namun demi hidup yang perlu diteruskan,api dan jiwa terus sebati mencari diri.

Tanggal 1 rejab,ayah long abang kpd abah pergi mengadap yang Esa. Mudah urusannya. Semacam tiada apa yg berlaku. Seolah terbang lebah selepas hinggap pada sang bunga. Ia benar. Yg hidup pasti akan mati. Cuma adakah yg mati itu pernah hidup?

Coretan ini dibuat saat aku gelisah mencari haluan hidup yg lebih bernilai. Aku sedar seakan hilang pedoman saat selesa mendampingi dan saat susah menjauhi. Seakan aku tidak perlu berhempas. Hidup saje sekadar hidup. Buat apa nak penat lelah usaha demi sesuap menjadi sepinggam andai sesuap sudah cukup kenyang.

Aku sedar dan aku kembali lelap. Sedar dan lelap. Itulah rutinnya. Sedar aku x mampu menongkat mata utk terus berjaga demi kehebatan manusia berjaya. Maka jadilah aku manusia yg biasa biasa. Sama macam mereka. iya… mereka.

Lantas utk apa aku risau,andai mereka jua selesa. Ayuh hidup saja dgn hidup yg ada.

Tapi tidak. Aku bukan mereka. Aku bangun. Sekarang sedang bersila. sambil mengukir jalan, utk destinasi angan angan.

Aku bukan mereka. Akan ku bangun berjaga dan berusaha.

Diari Al Fateh : 1

Posted: November 14, 2017 in ABSARIA

Salam Absarians. Benar benar lama tidak singgah di sini. Absar lalui hidup sama seperti kalian, masih mencari ,atau lebih tepati hanya teruskan kehidupan sebagai seorang manusia biasa. Bercakap perihal menjadi manusia yang lebih dari biasa, tentunya perlu pada usaha yang lebih dari orang biasa. Bukan sekadar dari katanya, tapi juga dari tindaknya.

Justeru apa yang dah Absar buat untuk jadi lebih dari orang biasa? emmm, makan je la yang lebih kut. : ) tak ada apa yang boleh dibanggakan. Sekadar seperti percikan api pada pemetik api sahabat perokok tegar . Absar mula sambung pengajian di peringkat sarjana, mula kembali menulis dan mula menjaga kesihatan. Namun momentom nya masih seperti banjaran titwangsa naik turunnya.

Cuma syukurnya,Absar diberi peluang ditemukan dengan orang-orang hebat akhir-akhir ini. Sebenarnya,setiap orang disekeliling kita ada manfaatnya dan ada pula ujiannya.Terpulang pada kita bagaimana mahu mentafsirkan nya.

Akhir Ramadhan lepas,17 Jun 2017 , Muhammad Al Fateh dilahirkan. Yup, ini waris Absar dan Cik Ra(my lovely wife). Antara insan yang dihadirkan tuhan untuk membawa perubahan pada Absar. Hampir 5 bulan sehingga ke hari ini, perjuang memberi kasih sayang kepada Al Fateh diteruskan. Saban harap menatap wajah kecil ini, apa mesej tuhan untuk aku tafsirkan. Absar masih atas gelombang. Kadang-kadang separa sedar, aku ini sedang di dalam pelayaran. Terus tenggelam andai badai menimpa berterusan kerana ketikan itu tangan kaku tak berbuat apa-apa.

Al Fateh, nama hebat dalam sejarah tamadun Islam. Penakluk,antara makna tersirat. Anak kecil ini ku tatap setiap saat,memandangnya menghilangkan resah. Namun itu bukan ceritanya. Cerita besar yang ingin kukhabar, Absar ingin terus mendaki. Hadir Al Fateh sewajarnya jadi pemangkin.Diari Al Fateh ini untuk Absar coretkan perjuangan Absar bangkit dari tenang seorang manusia biasa menjadi insan yang lebih berjasa.

Diari Al Fateh,hari ini ia bermula. Penulisan akan terus dipahat disini,andai masih ada absarians yang bersama. Doakan Absar dan ayuh kita bangkit bersama.

kita semua sedang berjuang

Posted: May 31, 2017 in ABSARIA

Andai kalian masih merasai ketakutan dalam kekalahan, itu tanda anda masih belum berhenti berjuang. Pada Absar,perjuangan bukan sahaja bererti apabila tiba mehnah atau masalah,tapi ia juga bernilai dalam maksud mencari identiti diri. 

Terkadang kita lemas diulit persekitaran,sehingga persekitaran merubah diri dan persenaliti. Namun ingatlah satu perkara, kapal di lautan karam kerana air lautan memasuki dalam dirinya. Jika ia gah, di laut berombak sekalipun,layar terus merempuh badai hingga ia berlabuh di gigian pantai.

Hakikatnya, untuk terus hidup dengan lebih baik, kita perlu untuk terus berjuang. Absar mahu menjadi lebih bermanfaat, maka perjuangan menambah nilai diri takkan terhenti.

Buat Absarians, teruskan berjuang walau untuk apa saja matlamat, kerana tanpa perjuangan, hidup ibarat lilin tanpa nyalaan

April 2017 – Bulan Memberi

Posted: April 3, 2017 in ABSARIA

Memberi . satu kalimah yang aku fikir kurang dalam Pembangunan diri ku. Sangka ku memberi hanya boleh dibuat oleh orang yang punya segalanya. Aku pula bukan lah orang yang punya segalanya,sangka ku.Namun tepat aku silap. sangka ku ini rupanya lambang aku tidak bersyukur. Aku punyai sesuatu,walau mungkin bukan segalanya. Setidaknya aku masih punya juzuk huruf untuk aku atur dan ungkap buat pedoman.

Memberi tanpa syarat,tanpa mengharap,tanpa niat. Memberi apa saja kau rasa kau miliki. Walau hanya sepatah perkataan,memberi.

Salam 2017

Posted: January 27, 2017 in ABSARIA

Absarians, kabere? : )

Jom kita mulakan jumaat ini dengan BUAT apa yang patut diBUAT. Tanpa BUAT, NIAT tinggal NIAT . Dan ia kekal NIAT sampai ia di BUAT. Benar , dalam Islam ,NIAT pun da dapat pahala, tapi dalam kehidupan, A MAN’S Pride Determined By His Act NOT His Words. 🙂

Jom..kita Berlari …walau terpaksa mulakannya dengan merangkak.

senyum dan ikut nabi…

Posted: January 16, 2017 in ABSARIA

Kita sering bertanya,bagaimanakah atau apakah yg dimaksudkan dengan kejayaan terhebat. Bagi aku, VMO yg plg utama adalah senyum dan cuba amalkan sifat para nabi. Jujur, amanah, tabligh dan fatonah..yuk,kt jd hebat mcm nabi… Burj Sid Academy sdn Bhd

Hujan dalam diri.

Posted: January 4, 2017 in ABSARIA

Salam Absarians. Pernah tak kita tertanya tanya,bagaimana orang berjaya tu dapat istiqomah usaha dan usaha sampai dia dapat apa.yang dia nak? Pernah?