Pengiktirafan : Perlu ke ‘golongan bising’?- Siri 1-

Posted: October 22, 2011 in ABSAHAN, ABSARIA

Salam Absarians. Entry kala dan kali ini khusus dicoretkan dan dicorakkan bagi memberi penjelasan atas tindakan saya menulis surat dan ditemuramah oleh berita harian pada 21 hb Oktober yang lalu. Sememangnya sedia maklum bahawa Ijazah Undang Undang daripada Universiti Sultan Zainal Abidin belum lagi mendapat pengiktirafan daripada mana mana badan. Benar, Malaysian Qualification Agency (MQA) sedang dan telah memproses kelayakan Unisza khususnya Ijazah ini bagi dianugerahkan pengiktirafan daripada badan tersebut.Kami terutamanya graduan batch pertama dan kedua sangat berterima kasih atas segala usaha yang dijalankan.

Tuntas,apa relevannya untuk saya menceritakan pada seluruh Malaysia akan keadaan batch kami yang sudah keluar dari  universiti? Andai ada junior yang juga membaca entry ini , sedang belajar bertungkus lumus dalam menghabiskan pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang undang,teruskanlah berlajar bersungguh sungguh,namun anda perlu bersedia untuk menerima hakikat bahawa anda tidak akan menjadi peguam sebagaimana yang diidamkan. Seperti kami ,usai pengajian maka bertempiaranlah batch kami mengasak ruang pekerjaan di luar sana. Alhamdulliah ,ada yang diterima agensi tak kurang pula nauzibillah,ada juga yang masih mengharap tuah yang tak kunjung tiba. Secara jelasnya,majoriti belum mendapat pekerjaan atau pekerjaan yang diperolehi boleh saja diberi kepada sesiapa yang berkelulusan SPM atau Diploma. Moralnya,tak perlulah berbangga sangat tatkala naik ke pentas menerima skroll daripada Permaisuru Agong nanti.: )

Namun,adakah keadaan kami ini mendapat perhatian Fakulti,Pihak pengurusan Universiti mahupun pihak lain seprti Kementerian pengajian Tinggi dan Badan Peguam? Saya katakan tidak. Mengapa saya mendakwa sedemikian? Kerana sehingga kini tidak ada penjelasan tentang apakah yang sedang berlaku dan apa yang telah dilakukan bagi menjernihkan keadaan.Pernahkah fakulti mahupun pengurusan universiti melihat apakah yang sedang berlaku kepada hasil sulong dan kedua mereka? Memang saya yang berada di Terengganu ini sering bertanya dan mengasak Pihak pengurusan supaya diadakan perjumpaan bagi alumni namun ia seolah olah tiada kepentingan yang dilihat dan mengharapkan agar alumni memahami sendiri apa yang berlaku.’Yelah,kamu dah besar,so faham faham je la’.

Cuba anda bayangkan bagaimana keadaan sebilangan alumni yang sanggup mengikat perut demi menperolehi segulung ijazah undang undang dengan harapan tatkala keluar nanti boleh membela dan membela keluarga,terpaksa pula menanggung liabiliti pinjaman yang bertimbun.Bagaimana agaknya hutang yang bertimbun itu dapat dilangsaikan sekiranya kerja yang didapatii tidak pula setimpal dengan ijazah yang diperolehi.Tak kurang pula keadaan alumni yang berhijrah merentasi lautan namun pulang tanpa sebarang perkerjaan.

Justeru,saya cukup yakin bahawa tindakan saya adalah benar,semata mata untuk membuka mata pihak pihak yang sewajarnya tentang keaadaan anak sulong dan kedua fakulti undang dan hubungan Antarabangsa Unisza. Saya tidak mahu seolah olah keadaan yang tergambar sepertinya sudah pandai mengandungkan dan melahirkan,tapi dibiarkan pula sang anak kelaparan dan kebuluran. Saya juga tidak mahu keadaan yang terlihat sepertinya sang anak menyaman ibu dan bapa kerana keadaan anak yang lahir cacat anggotanya. Saya tidak mahu keadaan hasil FUHA bertindak menyaman pengurusan kerana keadaan ini, walaupun dari sudut perundangannya contohnya seperti legitimate expectation ,membolehkan tindakan itu diambil.

Khulasohnya,UUM dan MMU sudah pun mendapat pengiktirafan walaupun bersyarat.Maknanya sekarang generasi yang keluar dari pintu UUM dan MMU sudah boleh ‘chambering’ dan akhirnya bergelar PEGUAM setelah 7 tahun dan 7 generasi merempat tanpa sebarang kerja yang selayaknya. Perlu diberi perhatian bahawa silibus kita dan UMM serta MMU hampir sama bahkan dikatakan dicedok dari UIA yang sudah lama diiktiraf Legal Profession Act (LPA). Berbeza dengan USIM,Ijazah mereka adalah DOUBLE DEGREE iaitu Ijazah Undang undang dan Syariah,berlainan sama sekali dengan kita. Maknanya,andai mahu disamakan keadaan kita dengan USIM,adalah tidak wajar sama sekali. Ada pula yang berpendapat bahawa ‘Common Bar Course (CBC) akan diperkenalkan,jadi kita akan tunggu sahaja keputusannya’. Perlu anda ingat ,CBC sekiranya diluluskan ,hanya akan bermula pada tahun 2013. Apa akan jadi dengan mereka yang sudah bergraduasi 4 tahun dan menjadi pengganggur yang setia?

Saya perlu menegaskan bahawa tindakan saya adalah bertujuan menjadi pemangkin keadaan dan bukan merebakkan barah dalam perjuangan. Saya dan kawan kawan akan terus bertindak,bukan mahu menghukum sesiapa ,tetapi mahu prosesnya dipercepatkan. Kami tidak menafikan bahawa ini adalah proses tetapi kami menidakkan keadaan yang melambatkan proses tersebut,kerana akhirnya ia akan memberi mudarat besar kepada kami dan anda yang akan keluar nanti. Jangan sampai ada ibu yang pergi mengadap Illahi,sebelum dapat menunaikan impiannya melihat anak kesayangan memakai jubah/robe peguam atau ada ayah yang terpaksa terus mengerah keringat dan membanting tulang seorang diri demi sesuap nasi walhal anak mereka sudah bergelar Graduan Undang Undang!!.

P/s: Bertindak lah walau setapak,melangkahlah memperjuangkan hak.

Use your gun or just keep it silent !

Comments
  1. dya says:

    burhan this is good!post la entry ni kt tempat lain jugak biar lebih ramai boleh baca dan faham.

  2. Sya says:

    adakah hingga kini masih tak diiktiraf? mohon pencerahan

    • absarlegal says:

      Ijazah sarjana muda Undang-Undang ini sedang melalui proses biasa daripada Legal Professional Qualifiying Board (LPQB) sebagaimana yang telah dilalui oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) dan beberapa universiti tanah air yang lain. Keputusan pertama hasil lawatan pertama beberapa tahun lepas menuntut fakulti undang-undang ini melakukan beberapa penambahbaikan dan sehingga ke hari ini fakulti dengan bertungkus lumus melaksanakan penambahbaikan tersebut sebagaimana yang disarankan oleh LPQB. Penilaian kedua akan dibuat pada awal tahun ini dan dijangka pada awal april 2015. Maka sama-sama kita nantikan apakah pengiktirafan akan diberikan atau sebaliknya.

  3. CastWriter86 says:

    May I know where is the “Siri 2”?

  4. Azmieda says:

    Sekarang dah diiktiraf kan? Baru tengok website unisza tadi. Graduan 2015 dah tak payah ambik clp exam.

    • absarlegal says:

      yup. Alhamdulillah. Tetapi utk kami yang batch 2015 ke bawah, kami masih perlu berjuang utk dapatkan CLP,walaupun begitu kos ditanggung oleh pihak UNISZA. U r welcome to join UNISZA sis. SKrg da recognised. : )

      • afeqa says:

        Kos ditanggung utk peperiksaan shj, 4k? ( dah lulus clp baru boleh claim)? Or how?
        Kos 4k ( urusan clp dgn lpqb) + kos utk hadiri class dgn BAC @ ATC ( estimated at least 9K), is it ok to majority of the alumni? How u are struggling for better solution other than having the CLP?
        Still think that, total unfair for the previous batchas they are leave with tough situation, but the latest batch just hv direct life.
        i’m 2nd batch law grad from usim,just wonder how the previous batch from unisza facing this issue.
        usim llb has no different with other public university. Even we learn the islamic law subjects concurrently with the civil law subjects, those subjects are separated.
        Share your thought if u don’t mind

      • absarlegal says:

        Salam. Sori lambat.Awak mungkin da dapat jawapan bagi soalan yang ditanya. Kendatipun begitu saya sarankan awak tanya diri dulu,mana bangunan yang awak ingin panjat,sebelum awak sandarkan tangga pada dindingnya. Kos kekal Kos , andai awak tak nampak apa pulangannya. Btw,da ada batch yang da lulus CLP n diterima masuk jadi pengamal undang-undang.

Leave a comment