Archive for February, 2011

ABSAHAN (2)

Posted: February 7, 2011 in ABSAHAN

Bila aku mahu berhenti mengecewakan diri sendiri?

Cita cita ku letak setinggi langit…

usaha ku tabur bagai debu dan buih ..

mudah terbang dibawa angin,

mudah pecah dipukul ombak…

hmm..

Aku sering kecewa,

bukan kerana orang lain,

tetapi kerana diri sendiri..

Diri..

Berjanjilah untuk tidak mengecewakan diri sendiri lgi.

ABSARA (1)

Posted: February 7, 2011 in ABSARA
Tags:

‘ Setiap apa yang kamu sayang,itulah yang akan menjadi ujian”

 

Ini juga bisa jadi ujian buat mu…

ABSAHAN (1)

Posted: February 7, 2011 in ABSAHAN
Tags:

BENAR KATA MU

Biar apa orang kata,

cukup dengan apa yang kita rasa,

kerana kita lebih tahu apa maknanya jiwa,

kita lebih tahu apa ertinya cinta,

kini,kita sedang diduga,

benar atau dusta,

pada apa yang kita rasa dan cinta,

tuntas,

kita yang memilih,

meniarap menelan debu,

atau telentang menghirup embun,

berundur menunduk malu,

atau rebah menentang arah yang payah,

benar kata mu,

biar apa orang kata,

hanya kita yang berjiwa,punya rasa dan cinta,

tuntas,

biar apapun yang melanda,

embun sama dihirup,debu sama ditelan,

payah sama dicicah ,susah sama diredah,

benar kata mu,

biar tanpa piala dan sanjungan,

cukup aku ada kamu dan kamu,

cukup aku dengan pondok usang ku,

cukup untuk buat ku tersenyum.

-ABSAHAN-

Posted: February 6, 2011 in ABSARIA

Salam absarians..Tema yang seterusnya ini absar tiru gaya penulisannya dari ikon debat,Brother KNB dan juga salah seorang bloggers yang absar selalu ikuti perkembangan blog nye,Mohd Wafi. ABSAHAN ini membawa maksud ‘pengesahan’. Dalam blog blog yang absar sebutkan tadi,tema ABSAHAN ini dirujuk sebagai ‘Pengakuan ‘ atau ‘Konfesi’. Ianya berkisar tentang apa yang berlaku dan apa yang ingin dinyatakan oleh penulis berkenaan hidup mereka seharian. Tindakan berkongsi cerita ini dilihat dapat meringankan beban atau berkongsi kegembiraan absar dengan absarians.

Absar ambil perkataan ABSAHAN ini sememang nya kerana ada aksara ABS di depannya. Manakala tambahan aksara’…AHAN’ melengkapkan maksud perkataan menjadi ‘ PENGESAHAN’. Tuntas,apa apa kejadia yang absar tempuhi pada hari hari mendatang,yang absar kira perlu untuk dikongsi bersama absarians,absar akan tulis dalam tema ini.

Diharapkan tema ABSAHAN in mendapat sokongan daripada absarians.

P/s : Terima kasih buat Brother KNB dan Mohd Wafi. Sila beri tunjuk ajar.

-ABSARA-

Posted: February 6, 2011 in ABSARIA

Salam absarians..: ) cam kelakar kan bile sebut ‘absarians.. apapun ini tag line terbaru absar bagi menyambut kalian yang berkunjung ke blog ABSARLEGAL..Hmm ,entry kali ini sekadar mahu memberitahu kewujudan tema tema entry yang akan mengkhususkan penceritaan sesebuah entry absar. Absara adalah tema bagi entry entry yang memaparkan mutiara kata atau kata kata yang absar kira menjadi penguat semangat dan memotivasikan absar dalam merentasi kehidupan. Absar juga berharap,dengan adanya tema ‘ABSARA’ ini, ia juga akan menjadi motivasi buat absarians.

Sebagai contoh, absar petik kata kata dari Zig Ziglar yang absar pegang ;

” Jangan takut tidak dapat rezeki,tapi yang perlu ditakuti ialah malas mencari rezeki”

Mungkin entry nya akan sependek ini,namun absar mahu absaraians mendalami apakah maksud di sebalik phrasa ini. Asal perkataan “ABSARA’  ini sebenarnya adalah daripada perkataan ‘AKSARA’ yang membawa maksud ‘Huruf”. Maka kerana itulah absar mengangkatnya sebagai tema bagi entry yang mempamerkan huruf – huruf yang akhirnya menjadi cahaya dalam kegelapan mendepani masa depan.

Semoga pembaharuan dalam ABSARLEGAL mendapat sokongan absarians. : )

Guru ke cikgu? ke Jurulatih ?? : )

Posted: February 5, 2011 in ABSARIA

Salam buat semua…Ingin saya rakam kan kegembiraan saya berkenaan entry yang lepas sebagai mukaddimah. Ramai yang memberi respon yang positif dan ramai juga yang bertanyakan lebih lanjut tentang isu wanita ini.Hahaha. Dah rasa macam Dr. Love lak. Biarpun belum punya teman hati sehidup semati,tapi pengalaman ada la sedikit sebanyak,tambah lak dengan kajian kajian ,hehehe. Isunya,layak kah untuk memberi nasihat,pengajaran atau ilmu jika diri sendiri tak ‘berpunya’ ?? Lebih mudah,layakkah untuk jadi ‘GURU’ atau ‘CIKGU’ atau ‘JURULATIH’ ?

Biasanya orang yang dirujuk sebagai insan yang memberi pengajaran atau ilmu ni,dipanggil GURU. Kadang kadang  digelar ‘CIKGU’. Pasal JURULATIH belum mahu kupas lagi : ). Baiklah.. sama ke maksud GURU dan CIKGU ni? Kalau dirujuk kamus Dewan Bahasa,memang perkataan GURU dan CIKGU ni memberi maksud yang sama.Cuma perkataan GURU ni digunakan lebih kerap dan lebih umum. Contoh Guru Bahasa Melayu ,Guru Penolong Kanan,Guru Besar. Janggal rasanya mahu sebut Cikgu Besar,melainkan fizikalnya yang besar : ) (No harm sir..) Manakala,CIKGU pula biasanya digabungkan dengan nama ,seperti Cikgu Syahmi Mokhtar,Cikgu Rogayah Ghozi dan sebagainya. Namun,Tugas agong yang digalas oleh golongan mulia ini tidak berbeza. Mendidik,mengajar dan berkongsi.

Secara etimologi (asal-usul kata atau sejarahnya) kata ‘guru’ berasal dari bahasa sanskerta, merupakan sebuah kata nama yang membawa maksud cikgu, lebih tepatnya pembimbing kerohanian atau pembimbing ilmu pengetahuan kerohanian.

Secara kata sifat (adjektif), ‘guru’ bermaksud ‘berat’ atau ‘hebat’ , dimana dalam kontek bahasanya sifat ‘berat’ atau ‘hebat’ ini merujuk kepada sifat seseorang yang ‘berat (penuh / banyak / luas) dengan pengetahuan’ atau ‘hebat dengan ilmu kerohaniannya’ atau ‘hebat dengan pelbagai ilmu pengetahuannya’.

Perkataan ‘guru’ berakar dari kata “gri” yang dalam bahasa sanskerta bermaksud ‘untuk bangkitkan (menyedarkan)’ atau ‘untuk memuji (tuhan)’. Ia juga berkait rapat dengan kata “gur” yang bermaksud ‘untuk bangun (sedar)’ atau ‘untuk menghasilkan usaha’.
Secara sukukata pula ‘gu’ bermaksud ‘kegelapan’ dan sukukata ‘ru’ bermaksud ‘cahaya’ atau ‘diterangi’. Maka ‘gu’ & ‘ru’ bolehlah diertikan sebagai ‘insan yang membimbing seseorang keluar dari kegelapan (tak berilmu) untuk diterangi cahaya ilmu’. Pendapat lain mengatakan ‘gu’ & ‘ru’ ini adalah ‘seseorang yang melenyapkan kejahilan kerohanian seseorang dengan membawa sinar pertunjuk (cahaya ilmu) kerohanian kealam spiritualnya’.*(*www.aurakaya.blogspot.com)

Hmm,itu definisi yang biasa dirujuk. Perkara yang bermain dalam kepala saya adalah,ada antara guru atau cikgu ni,berkongsi dan mendidik murid murid mereka berdasarkan beberapa sebab. Saya hanya fokuskan perkataan GURU atau CIKGU ini buat mereka yang benar benar meletakkan martabat GURU ini pada tempatnya.(means tak termasuk mereka yang sekadar makan gaji atau sekadar sebab dah dapat kerja jadi cikgu,jadi kenelah ajar anak murid).

Sebab pertama,mereka ingin berkongsi ilmu dan pengalaman mereka dengan harapan murid murid dapat membina diri dengan ilmu supaya jadi macam dirinya atau lebih baik darinya. Sebab kedua,Guru berkongsi ilmu dan pengalaman agar muridnya tidak menjadi sepertinya dan tidak mengulangi kesilapan yang sama sepertinya. Kedua dua kategori insan ini perlu diberi penghormatan yang sama.

Hebat kan mereka ni… Mereka terkadang tak pernah terfikir akan kepentingan diri,asalkan anak didiknya dapat mengecapi kejayaan yang sepatutnya.Emm,saya ada seorang sahabat. Memang gila orangnya. Mengajar tanpa mahu gaji. Sudahlah perjalanan dari rumah nya ke tempat murid muridnya mengambil masa 45 minit,namun demi jiwa ‘GURU’ yang ada dalam dirinya,langsung tidak terfikir akan dirinya. Baru baru ini sengaja saya bawa anak muridnya ke rumah beliau untuk melihat jalan jalan yang dilalui oleh guru mereka supaya mereka tahu apa yang dah dikorbankan.Sengaja juga saya kenalkan mereka pada ahli keluarga Guru mereka,pun ada sebabnya.Kos minyak,masa untuk diri dan keluarga ,meskipun masa rehatnya, semuanya dikorbankan. Saya sendiri pernah mencemuh,’ Gila la ko ni..apa yang ko dapat dengan mengajar diaorg ni??’ agak beremosi kerana saya faham keaadaan nya. Katanya mudah, ‘Aku percaya apa yang aku buat ini akan membuahkan sesuatu’. Huh, sangat senget bukan? Sekadar dengan kepercayaan,sanggup dia korbankan apa yang mungkin tak mampu saya korbankan.Saya sendiri pernah mengajar. Namun perkara seperti kos minyak dan masa juga menjadi kira kira dalam fikiran saya.

Ini antara orang orang di sekitar saya yang sanggup berkorban dengan ilmu dan pengalaman. Inilah maksud ‘GURU’ atau “CIKGU’ mahupun ‘JURULATIH’. Tak kira lah apa nama diberi,mereka ini golongan yang mulia. Ayuh,kita cuba letakkan matlamat dan JIWA yang sama,agar kita semua mampu sedarkan bangsa kita dari kemandulan ilmu dan pengalaman.

Tuntas,tak kiralah mereka ini berjaya dengan ilmu dan pengalaman mereka dan mahu orang lain yang dididiknya berjaya sepertinya juga ataupun mereka ini belum temui kejayaan,tapi tidak mahukan orang lain menempuhi kegagalan yang pernah dilaluinya dengan matlamat yang sama,agar orang yang dididik nya mencapai kejayaan,mereka layak di gelar ‘GURU’, ‘CIKGU’ mahu pun ‘JURULATIH’…DR.LOVE ?? Boleh juga…selepas dapat PHd..: )..Nantikan entry saya perihal W.A.N.I.T.A…sesungguhnya aku mengagumi mu..wahai wanita..

 

 

Love is always bestowed as a gift – freely, willingly, and without expectation…

We don’t love to be loved; we love to love.

Cinta selalu diberikan sebagai sebuah hadiah-secara cuma-cuma, sukarela, dan tanpa pengharapan…

Kita tidak mencintai untuk dicintai; kita mencintai karena cinta itu sendiri.

~ Leo Buscaglia ~

P/s : Terima Kasih,sahabat yang menjadi GURU,adik adik yang menjadi CIKGU dan para guru yang telah menjadi JURULATIH…

Wanita & Jaminan…

Posted: February 2, 2011 in ABSARIA

Apa jaminan yang aku akan diambil jadi Isterinya? apa jaminan yang dia boleh jaga aku bila dah berumah tangga? Apa pula jaminan yang dia boleh membahagiakan aku dan zuriat ku? …

Entry kali ini ku angkat martabatnya untuk memerihal tentang ciptaan Terbaik Tuhan ..WANITA.Beberapa kali ku didatangi oleh para sahabat,berkongsi masalah dan kerisauan,tentang perhubungan. berdasarkan perkongsian ini,ku simpulkan beberapa kategori wanita yang sedang dalam perhubungan.Ada wanita yang umpama angin kus kus.: ) sekejap baik saja mood nya.Sekejap pula,tidak semena mena,ribut pula yang melanda.Ada pula wanita yang sepanjang perhubungan itu tenang saja airnya, namun diakhirnya,ketenangan itu melenyapkan terus perhubungan tersebut.sang wanita terus menghilangkan diri tanpa apa apa tanda.Tenang bukan ? 🙂

Tak kurang pula yang sangat membenci pada awalnya,tapi akhirnya,sayang bukan kepalang.Kalau tak dapat tengok sang lelaki sehari,rasanya bagi setahun lamanya tidak berjumpa.Ada juga yang sayangnya bukan kepalang di awal nya,tapi akhir perhubungan,tak mampu untuk melihat batang hidung sang lelaki pun,dek kerana benci.

Jawapan kepada permasalahan wanita di atas saya telah jawab dalam mukaddimah . Wanita wanita memerlukan jaminan. Jaminan untuk terus dilindungi ,disayangi dan dikasihi. Tercipta sang hawa itu dari rusuk adam untuk dilindungi dan dikasihi. Tatkala wanita dapat merasakan kewujudan jaminan tersebut,InsyaAllah,hubungan akan berkekalan.

Jaminan yang saya maksudkan bukanlah dari kata manis lidah tak betulang semata. Tapi perlulah zahirkan kata itu .Dari sudut pengetahuan agama,ekonomi mahupun akhlak peribadi. Bila wujud kriteria ini pada sang lelaki,sang wanita pasti tersenyum puas,yang sang heronya sememangnya benar benar hero dan bukannya dongengan semata.

Namun begitu,sang wanita jangan cepat mengatur langkah.Pastikan jaminan itu asli.Ada yang pandai berlakon dan tak kurang pula yang hanya bertopeng. Di depan lagaknya bagai malaikat,tetapi di belakang,tuhan saja yang tahu.

Apapun yang anda fikir sekarang,tuhan sudah lama berpesan. Wanita yang sholeh,pasangannya adalah lelaki yang sholeh. Sang hawa yang Tholeh,pasangannya sang Adam yang Tholeh.Akhir kata,tepuk dada,tanya sama iman.Sudah cukup bersedia kah aku berdepan dengan tanggungjawab menyambung zuriat kaum muhammad??? Bukan sekadar menyambung zuriat,tapi perlu bertanggungjawab mendidik dan mengasuh agar tidak menjadi beban dan liabiliti di akhirat kelak.

P/s : Pesan ku pada seorang teman : Apa pun yang jadi , JANGAN KAWIN LARI : )

Aku Dirantai Rindu…

Posted: February 2, 2011 in ABSARIA

salam alaik..tajuk entry kali ini tampak seperti datang nya dari seorang yang agak jiwang.Hahaha.Benar,aku dirantai rindu..entah kenapa,aku merasakan detik detik semester akhir ini semakin cepat singgah hari demi hari. Usai menyelak blog blog rakan sekelas yang teruja dengan entry entry baru memaparkan gambar gambar hari hari terakhir,seolah olah cuba menyedarkan lagi bahawa detik yang tinggal amatlah singkat.Tak sampai 4 bulan lagi bumi unisza ini akan ku tinggalkan.

Jenis manusia macam aku ni ,sebelum rindu sebenar datang ,aku sudah rindu..sebelum sedih sebenar datang,aku sudah sedih..haha,lawak bukan. Bagi diriku,ini satu kelebihan. Tuntas,aku cuba habiskan masa seberapa lama bersisakan baki masa yang ada.Biarpun cuti semester,terasa berat untuk ku tinggalkan kampus ini. Dalam menghitung hari,ku hitung jua apa yang sudah ku kecapi hasil dari ladang tanaman kampus ini.Banyak,sangat banyak.

Bermula dari metafora persahabatan sehinggalah monolog kepimpinan. Diri ku terbina oleh persekitaran kampus ini. Aku suka memerhati.Lagak dan gaya sang siswa mahupun lenggok anggun sang siswi sentiasa menjadi guru buat diri ku melangkah setapak ke depan. Senoir dan junior punya kehebatan tersendiri. benar,manusia yang diutus memimpin manusia. Junjungan mulia Muhammad SAW diturunkan menyempurnakan hidup ummat insani.Tuhan tak hantar malaikat untuk pimpin bani Adam.

Benar,aku dirantai rindu.Rindu ku pada teman yang sentiasa menyemarakkan api perjuangan.Rinduku pada rakan yang menjadi contoh dan teladan. Rindu ku pada adik adik sumber inspirasi ku penerus dan peneraju pergelutan.

Namun ,hidup perlu diteruskan.Episod dan lembaran baru kehidupan yang sudah lama ku nantikan. Aku mahu coretkan sejarah .Paling tidak untuk ku kenang dan ceritakan buat dodoian sang cucu . Hmm,Benar ,aku dirantai rindu…

P/s: Tajuk entry adalah sumbangan seorang teman..