Archive for January, 2011

 

Benar,dunia debat mengasah diri ini berfikir. Apakah maknanya apabila tidak berada di dunia debat itu tidak berfikir? Persoalan simplistik ini timbul kerana kenyataan mudah yang diangkat sebagai mukaddimah. Benar,pelbagai interpretasi akan berkumandang dari pelbagai corak pemikiran.  Namun apa yang pasti,anda perlu dan mesti berfikir bila anda berdebat.Paksaan untuk berfikir inilah yang akhirnya membezakan corak pemikiran pendebat dengan pemikir yang lain.Benar,membaca dan mengkaji juga berfikir. Namun fikir itu hanyalah sehaluan. Berdebat kita sentiasa mencari Pro dan Kontranya. Benar, mengira juga berfikir. Namun kira kira sang pendebat sentiasa berbeza jawapannya daripada skema jawapan. Perbezaan jawapan ini  juga direntetkan dengan rasional perbezaan. Tuntas,melahirkan insan yang rasional dan terbuka pemikirannya. Bukan yang rigid dan emosional pendiriannya.

Sementang hebat mana pun pendebat itu berfikir,fikir itu sewajarnya diheret ke dalam solat. Kerana itulah saya menyambung phrasa premis ini dengan ayat…muhasabahku dalam solat. Setiap gerak dalam solat,perlu kepada rasional dan intrepertasi. Kita solat dan kita berfikir. setiap gerak dalam solat ada falsafahnya. Andai terasa hebat di dunia yang tiada pasti,akhirnya anda tersungkur ke tanah dalam sujud pada Nya.. Walau agung mana ada di dunia yang realiti mahupun dunia debat sekalipun,rukuk anda tiada bezanya keadaan binatang berkaki empat.Kerana itulah Tuhan berpesan,yang membezakan kita adalah takwa dan taat. Pesan ustaz,pabila rukuk,fikirlah dan ingatlah ke mana kaki ini melangkah.Ke tempat maksiat kah atau ke tempat ibadah.

Pesan ustaz lagi, bila berdoa,fikirlah dan lihatlah,apa yang tangan ini sudah buat,amalkah, atau azabkah. Pendek kata,asas pemikiran dalam debat perlu diheret dan dimanfaatkan dalam solat. Sepanjang permulaan sem baru ini,saya tersentak dan tersentap,begitu banyak masa saya ,hanya menjurus kepada keduniaan semata. Tikar sejadah tak pernah panas dan puas untuk bermuhasabah dan bermujahadah. Sebaliknya,terasa dunia memanggil manggil menyediakan tikar yang lebih empuk untuk di duduk.

Diri ini menulis agar batang tubuh ini tidak terlupa,biarpun dunia fana yang dikejar,namun dunia kekal perlu dikendong dan dibimbit sentiasa. Juga sentiasa berdoa agar tidak menjadi seperti pepatah ‘yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.’

Pagi hari aku bertanyakan pada seorang teman,apa bezanya rasa buah yang diperam di pondok dengan buah yang masak di pokok? Katanya,memang lagi sedap buah yang masak di pokok.Rasanya lebih segar,lazatnya berbeza dengan buah yang diperam. Buah yang diperam rasanya lebih kelat dari buah yang sememangnya dah masak. Tapi tambahnya,ada jenis buah yang perlu diperam sebelum ia masak dan tak elok dibiarkan ia masak di pokok. Maksudnya,andai dibiar buah itu masak di pokok,risiko untuk dimakan binatang seperti tupai dan kelawar atau jatuh ke tanah dan rosak lebih tinggi.Contohnya buah ciku.Perlu untuk diperam dan tak boleh dibiarkan masak di pokok.Sebabnya,ia akan jatuh ke tanah jika ia masak di pokok.

Aku terfikir,banyak perkara yang aku inginkan ianya seperti buah yang masak ranum di pokok.Aku tidak mahu mengambil usaha dan masa untuk mengambil dan menunggu buah yang diperam itu masak.Aku mahu semuanya mudah dengan sekadar memetik buah yang masak dan menikmatinya tanpa apa apa keringat yang perlu aku tabur. Aku juga mengagak,buah  yang diperam rasanya berbeza.Hakikatnya aku lupa,tuhan menjadikan buah buah ini berbeza asal usulnya. Ada yang perlu diperam,dan ada yang boleh dimakan terus.

Lumrah manusia,lebih indah dan mudah,jika memetik buah yang masak ranum di pokok.Tanpa sekelumit pun berfikir,bahawa sebenarnya bukan mudah untuk mendapat buah yang sebegitu,yang baik rupanya dan lazat rasanya. Benihnya perlu dari yang terpilih,bukan yang berselerak di tepian jalan.kemudian perlu ditanam di tanah yang subur kondisinya, seterusnya perlu dibajai dan disirami.

Dalam proses membesar,benih yang bercambah menjadi pohon,perlu dilindungi daripada pelbagai anasir luar,mahupun penyakit dalaman. Hujan ribut, panas terik mahupun penyakit perlu diatasi dan dihadapi dengan berhikmah. Akhirnya,barulah berputik dan berbuah dengan buah buah yang lazat. Maka,yang layak untuk menikmati kelazatan buah tersebut hanya lah orang yang mempunyai kapasiti dan kelayakan untuk memilikinya. Harga sebiji buahan yang lazat rasanya,boleh diukur dengan wang ringgit dan hanya yang mempunyai “wang ringgit” mampu untuk memilikinya..

Berbeza keadaannya dengan buah yang perlu diperam sebelum dapat dimakan. Perlu jua sabar dan tabah dalam proses memeramnya. Sememangnya rasa dan kesegarannya berbeza dengan buah yang sudah masak di pokok. Hakikatnya,kejadian tuhan itu ada hikmah nya.Samada ia tersurat ataupun tersirat,Manusia hanya perlu sekelumit masa dan usaha untuk sejenak memikirkannya,apa sebenarnya yang ingin tuhan cerita dan beritakan buat aku dan kita.

Apapun hasil buah yang diperam,aku dan kita perlu pandai memanfaatkannya. Andai ia mampu masak ranum,pasti lazatnya tak jauh beza dengan buah yang masak di pokok.Andai ia tak mampu masak seperti buah yang masak di pokok,mungkin ia boleh dibuat jeruk atau asam yang juga menjadi kegilaan ramai manusia.

Hakikatnya,apakah aku dan kita pernah berterima kasih dan bersyukur pada Dia,atas nikmat buah yang diberi? Yang aku dan kita tahu hanyalah membebel dan merungut pada kekelatan dan kepahitan buah yang diberi mahu pun dibeli. Tatkala dapat buah yang masak ranum,kita bersandar dan tersenyum. Namun bila diuji dengan buah yang kelat dan pahit rasanya,yang menuntut ianya diperam terlebih dahulu,kita merengek dan merungut menuntut kesempurnaan.

Benar,aku dan kita jarang bersyukur. Tak kiralah diberi buah yang masak ranum di pokok atau yang perlu diperam di pondok,kita manusia perlu pandai mentafsir,hikmah dan nikmah pemberian sebiji buah .Biar rahmah mahupun musibah,semuanya ada hikmah. Sama sama aku dan kita bermuhasabah merintih cinta dan redho pemberi buah.

Bukan mudah mahu hasilkan sebiji strawberry yang ranum dan lazat.

Pandai cakap,pandai buat.

Posted: January 12, 2011 in ABSARIA

Hasil muhasabah tahun 2010,satu perkara yang saya perlu terima adalah kelemahan yang perlu saya perbaiki bagi menjauhkan diri dari menjadi muslim yang celaka hidupnya iaitu muslim yang hari ini sama keadaannya dengan semalam. Malah ada diantara kita hari ini baginya adalah lebih teruk dari semalam. Lebih teruk bukan lah merujuk kepada dugaan yang dihadapi nya ,tetapi ianya dirujuk kepada bagaimana dia menghadapi dugaan tersebut.Soal masa depan, Soal cinta(pastinya antara yang pertama dan utama ketika ini) soal ekonomi, dan pelbagai persoalan perlu dihadapi dengan lebih baik daripada hari semalam.

Maka,bagi menghadapinya dengan lebih baik pada hari ini,sesutu perlu dirancang. Kata orang,kalau gagal untuk merancang,bermaksud kamu merancang untuk gagal. Datuk K dalam usahanya mendapatkan Datuk Siti pun perlukan perancangan dan strategi. Inikan pula persoalan masa depan. Namun,apa yang dirancang,bukan pula mudah untuk dilaksanakan. Ia perlukan komitmen ,disiplin dan hati yang kental. Maka perlulah sama sama beringat,Pandai Cakap, Pandai Buat…

Ramai yang cakap mahu berubah,tapi apa yang dibuatnya untuk berubah. Ramai yang cakap mahu mendapatkan sesuatu(termasuk hati sang bulan purnama) tapi apakah usaha yang diberi berbaloi atau mencukupi? Tepuk dada,tanya sama diri sendiri…

Entry ringkas ini sekadar muhasabah buat saya. Banyak yang saya cakap,tapi lebih banyak saya berdiam diri dari berbuat apa yang saya cakap. Dan penutup pada diri sendiri,menunggu 7 tahun itu,bukan usaha yang mencukupi…:) Mungkin cukup setahun atau dua tahun,tapi apa yang dirancang ,dilaksanakan..Dapat atau tidak,berhasil atau tak,semua itu bukan urusan kita.Apa yang diperlukan ialah usahakan apa yang dirancang.

Pandai cakap ,pandai buat…

Tahun baru terheret dengan masalah tahun sebelumnya. Isu harga barang naik umpama tiada jalan penyelesaian.Soal minyak kenderaan bukan lagi isu sensasi.Kini hadir isu keputusan minyak masak di pasaran.Bagai nak sawan,kementerian Pengguna mencari penyelasaian.Kata sesetengah orang,minyak sawit kita dah kekeringan minyak.Agak pening bila difikirkan bahawa Malaysia antara pengeluar sawit terbesar dunia,mengalami krisis ketandusan minyak masak di pasaran tempatan.Maka menangislah mak timah si penjual pisang goreng meratap bantuan kerajaan supaya isu minyak diselesaikan.Mungkin perlu diberi lebih elaun pada warga Felda untuk bekerja lebih keras,memerah sawit di ladang ataupun diberi baja yang lebih berkualiti untuk sawit kita agar buah nya sebesar buah epal.Maka Mak Timah terpaksa menebalkan muka mengemis bantuan orang dalam rancangan ‘sayang di sayang’ untuk menyara suaminya yang perlukan ubat yang berterusan bagi menyembuhkan penyakitnya.Hmm,marhean terus menjadi mangsa.

Isu santan naik melonjak harganya,setengah orang kata,monyet monyet di Malaysia demam dek kerana hujan yang tak henti henti.Maka,tuan punya monyet terpaksa panjat pokok kelapa sendiri.Maka keringat yang diberikan itulah punca harga santan naik.Isk,sedih bunyi nya.Maka merataplah makcik bedah si pembuat kuih,yang menyara 10 anaknya dengan menjual kuih 3 biji seringgit.Mana taknya,nak dinaikkan harga,pelanggan lari maka duit pun lari.Kalau tak dinaikkan harga,kos santan mahal,duit pun tetap lari.Bagai diluah mati mak ,ditelan mati bapak.Nampak gayanya,anak anak makcik bedah terpaksa ke sekolah dengan kasut dan seragam yang di pakai 3 tahun lepas.Biar pun campang comping ,apakan daya,santan jadi punca.Sekali lagi ,marhean jadi mangsa.

Masalah bawang yang ongkosnya naik hampir mencecah Rm6 sekilo cukup merubah menu warga Malaysia. Bawang yang dulu jadi bahan penting makanan,kini diganti dengan lain sayuran.Setengah orang kata,harga bawang naik,sebab banjir teruk di India. Maka kesannya diheret ke pasaran Malaysia.Maka menangis lah Pak mat si pembuat roti canai bawang,dek kerana peminat roti bawang lari bertempiaran,kerana rotinya naik dua kali ganda harganya.Nampak gayanya,anak pak mat minum air paip la ke sekolah.Untuk ke sekelian kalinya,marhean terus jadi mangsa.

Perlu ke cari alasan? Selesaikah masalah dengan alasan? yup,jawab nya P.E.R.L.U… Alasan kenapa perlukan alasan adalah kerana kita sememangnya terdidik untuk memberi alasan ,agar yang tempang nampak sempurna,yang tak bertanggungjawab tampak hebat dan yang bodoh nampak bijak.Hmm,Manusia yang cacat mahu jadi malaikat.Hakikat yang perlu diikat,kita ini ada baik dan jahat.Iman senipis hirisan bawang nafsu pula seluas lautan.Maka apa yang perlu bukan jadi malaikat,tapi banyakkan yang baik,kurangkanyang jahat.Kuatkan Iman dan pandukan nafsu.

Tuntas,masih perlukah ber alasan??? Jawab nya .T.I.D.A.K…Apakah salah mengaku salah? Apakah bodoh mengaku bodoh? Apakah gila untuk mengaku gila? Dua persoalan pertama,memang tak salah dan tak bodoh untuk mengaku sedemikian rupa.Kerana melalui pengakuan lah kita rentetkan perubahan.Perubahan ini lah yang kita dambakan bagi membantu Mak Timah, Makcik Bedah , Pak Mat dan ramai lagi marhean yang sangat terusik dengan perubahan iklim ekonomi negara walau sepuluh sen naiknya.

Dan bagi soalan terakhir,memang gila kalau seseorang itu mengaku dia gila. Hahaha. Sedangkan orang gila pun tak mengaku gila,melainkan mahu lari dari hukuman gantung.Sembelih mak,potong kepala bapak,n tikam dada anak,kemudian bagitau sama Tok Hakim,’saya orang gila..’ InsyaAllah selamat dari tali gantung.Tips penting buat anda,di awal tahun.: )

Konklusinya,alasan itu perlu namun bukan pengecualian untuk mengelak kesalahan. Kesalahan perlu diakui,dan perubahan perlu dicari. Kita masih bersisa 10 tahun ke arah negara maju,namun apa yang lebih penting kebajikan rakyat perlu dijaga.Apa guna Negara yang maju fasilitinya,tapi Pak Mat,Mak Timak dan MakcikBedah terus dihimpit sesak dada dan kebuntuan dalam kehidupan mereka.

Pondok itu kurasakan kian sepi…

Posted: January 5, 2011 in ABSARIA

Pondok usang tempat kuberteduh selama hampir 6 tahun lebih,telah menjadikan aku lebih dewasa mengenal dunia. Pondok usang itu tempat aku kenal erti mencabar diri,sedih ,pahit merasa hina, rendah diri dan pelbagai mehnah yang menjadikan aku lebih kuat daripada sepatutnya.Tidak kurang juga dengan merasa manisnya persahabatan sehingga aku mampu angkat martabatnya pada hubungan persaudaraan yang bisa aku kenang manisnya sampai akhir hayat ku.

Benar, pondok usang ini juga telah menjadi tempat berteduh ramai orang,dan aku kira,aku penghuninya paling lama di situ. Suka duka ,gelak dan tawa,semua aku lihat dan rasa. Namun kebelakangan ini,pondok itu kurasakan kian sepi.

Benar,aku sedih…sedih kerana kebimbangan dek masa yang tidak lama,untukku terus berada di pondok ini. Aku cukup sayang pada pondok usang ini.Biar kata mencaci,biar mata menjeling dan biar lah mulut banyak mencemuh,aku tidak pernah pedulikan kerna aku tau,pondok ini cukup berharga. Sedih juga bila melihat,warganya kian renggang hubungannya, adik baru rapuh pegangannya, dan ibu baru buat pondok ini,masih ku tunggu ‘kemunculannya’… Buat ibu baru, tidak banyak yang aku harapkan.Cuma kembalikan sirna ceria dalam pondok usang ini,supaya aku mampu berjalan keluar,dengan senyuman manis dan bangga untuk ku khabarkan pada dunia,aku penumpang di pondok usang itu.Cuma bagiku,kau belum ‘muncul’.

Bagiku,aku telah melakukan sehabis daya untukku pertahankan pondok ini,bagi adik adik baru menumpang teduh,belajar perkara yang pernah aku belajar. Aku bukan hasil yang hebat,aku bukan sesiapa,dan aku tahu di mana  letaknya diriku,tapi aku tahu, suatu ketika,pasti ada permata yang sinarnya cukup untuk menyedarkan semua insan,bahawa pondok ini juga ,mampu setanding dengan pondok pondok yang lain.

Doaku cuma satu,pondok ku kembali ‘ceria’…

Doaku buat pondok usang,

 

Pengajaran di awal tahun…Syukur..

Posted: January 2, 2011 in ABSARIA

Suatu ketika,indahnya permata dek kerana kilauannya pernah menjadikan ku umpama pungguk yang rindukan bulan. Ku idam dan ku igau setiap waktu. Bukan ku menuntut kesempurnaan,tapi ku dambakan kebahagiaan. Kerana bagiku.miliki permata yang berkilau itu tandanya bahagia. Namun, aku terlupa,kebahagiaan tercipta bukan melihat rupa dan takhta,apalagi iman yang turun naiknya tidak berkala. Tapi,itulah dipanggil lumrah.Permata dilihat begitu gah bersinar ,walhal sinar itu juga akan kelam dan pudar jika terkambus dengan debu dan kabus.sebaliknya, harga sebenar kaca itu lebih mahal dari permata andai kaca itu lebih bermanfaaat dan berguna walau luaran umpama tidak berharga. Kerana itulah tuhan berpesan,terimalah segala seadaanya,kerana Dialah Perancang yang sempurna. Mungkin yang pahit itu sebenarnya berhikmah dan yang manis itu sebenarnya padah .

 

Andai kaca yang Kau kurniakan buat ku, ku pohon kekuatan untuk kilau kan ia sebaik permata,dan andai permata yang Kau berikan,ku pohon kilauannya tidak membutakan mata hati ku..

kadang-kadang,sukar mahu bezakan kedua duanya…

 

Pengajaran di awal tahun…syukur…

 

* Jika kau terlupa,syurga sang anak di bawah telapak kaki ibu, tak mustahil suatu ketika kau juga akan terlupa syurga sang isteri di bawah kaki suami..maka aku lebih berlapang dada untuk tidak menjadi sesiapa dalam hidup mu.