Sekeping CD.

Posted: October 15, 2012 in ABSARIA

Salam Absarians. Apa Khabar? Harap sihat sihat hendaknya. Buat adik adik yang usai menduduki Peperiksaan PMR, tahniah diucapkan atas usaha yang digandakan.Bagi adik adik yang bakal menduduki SPM tak lama lagi,teruslah gandakan usaha.Absar juga baru usai menelaah sebahagian daripada kitab konun untuk peperiksaan esok hari. Bersedia dengan sedikit buah silat untuk bertarung dengan lawan.Mana mungkin boleh terus masuk ke gelanggang tanpa ada persediaan.Kalah menang belakang kira,siap siaga wajib ada,supaya indah khabarnya sama dengan rupa.

Baru baru ini absar berkesempatan dalam kesempitan untuk melawat ke negara jiran.Syukur dapat melihat perbedaan dan perbezaan di bumi orang yang akhirnya mentunaskan lafaz syukur di pinggir bibir tatkala berada di negara sendiri, dan membuatkan absar lebih untuk menghargai apa yang ada di bumi Malaysia ini. Bercakap isu ‘menghargai’,entry kali ini tajuknya ‘Sekeping CD’ jua ada kaitannya perihal menghargai.

Dalam perjalanan pulang, absar singgah ke pasar sehari di sebuah negeri. Cumanya nak disampaikan kepada kalian,sedang asyik absar menilik barangan,sayup terdengar sebuah lagu dendangan sebuah kumpulan muzik underground yang rentaknya dan liriknya cukup indah.Absar bersegera ke tapak jualan,menanyakan berkenaan lagu yang didendangkan.Ianya lagu lama dari band Malaysia yang dinyanyikan kembali oleh band Indonesia dengan sedikit gubahan alunan muzik.Lagu itu dimuatkan ke dalam sekeping CD bersama lagu lagu lain yang Absar langsung tidak tahu mana pokok pangkalnya dan siapa penyanyinya serta apa pula liriknya.

Tanpa Absar fikir panjang,terus ditanyakan harga dan tanpa berlengah CD itu akhirnya  kepunyaan Absar. Sampai sahaja di kereta,CD itu dimainkan berkali kali sehingga ke hari ini menjadi teman setia absar ke setiap destinasi. Jadi,apa ke cer nya? Sahabat Absaraians, dalam tak sedar,rupanya,Absar sudah membeli sekeping CD,yang di dalam nya ada bersama 10 lagu yang langsung absar tidak pernah dengar, hanya kerana sebuah lagu yang menjadi fokus absar.  Sempat  menarik nafas seketika,sambil mendengar alunan lagu kegemaran itu,absar bermonolog, ‘aku bisa melupakan 10 perkara yang aku tidak suka atau mungkin tidak suka,hanya dengan aku melihat satu perkara yang aku suka pada sekeping CD. Bahkan aku juga bisa menolak membeli sekeping CD,kerana satu lagu yang aku tidak suka ,walaupun ada 10 lagu yang menjadi kegemaranku.’

Sama jua keadaan nya,jika kita punya sahabat,teman atau orang yang kita sayang. Kita boleh membenci mereka,hanya dengan satu perkara yng kita tidak suka,walhal ada 10 perkara lain yang kita senangi,atau sebaliknya.Namun, keputusan tentang perasaan itu akhirnya,diri sendiri yang menentukan,samada fokusnya pada suatu perkara yang kita suka atau tidak kita senangi.

Pun begitu,absar ingin coretkan bahawa,setelah diulang beberapa pusingan lagu,absar dapati,hanya kerana 1 lagu yang absar minat dalam sekeping CD itu,akhirnya telah menenggelamkan 10 lagu yang absar tidak pernah dengar.Akhir akhir ini, kesepuluh lagu itu kini makin menjadi halwa telinga absar dan menjadi sebahagian daripada lagu kegemaran.Lihatlah sahabat absar yang disayangi,hanya kerana satu lagu dalam sekeping CD yang ada bersamanya 10 lagu yang lain,akhirnya membuatkan kita suka pada keseluruhan lagu lagu itu. Sama jua keadaaannya,dengan satu sifat sahabat,kawan mahupun teman seperjuangan ; kita boleh memilih satu sifat mereka yang kita senangi,yang akhirnya akan menenggelamkan sifat sifat mereka yang kita tidak suka.

Ingatlah,sekeping CD,mungkin hanya ada satu atau dua lagu yang kita suka,tp kita tidak bisa memilih untuk tidak menerima lagu lagu yang lain,kerana ianya sekeping CD,ia datang bersama dengan lagu lagu yang lain.Maka raikanlah,dan percayalah kita akan biasa dan bisa menerima,rentak dan irama lagu lagu yang sebelum ini tidak menjadi kegemaran kita.Hargailah sahabat,kawan meskipun teman dalam percintaan,dengan melihat pada baiknya mereka,bukan pada satu sifat buruk mereka,maka terus kita tinggalkan sepuluh kebaikan.Semacam,sekeping CD…

 

P/s: Harapanku,buat teman sekalian..Aku jua umpama sekeping CD.Mungkin hanya satu perkara yang menjadi kesukaan mu tentang diriku,namun aku berharap ,dengan satu sifat ini lah yang mampu untuk terus menautkan ikatan persahabatan kita yang akhirnya menenggelamkan beribu ribu sifatku yang kamu tidak suka.Sekeping CD ini akan terus berputar dan menjadi halwa telinga mu. Fahamilah alunannya,supaya kamu bisa menerimanya seadanya,sama seperti diriku menerima mu seadanya.

Advertisements
Comments
  1. adilaCR says:

    hakikat kehidupan ~ input yang menarik!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s