Archive for November, 2012

Aku disaman lagi..

Posted: November 29, 2012 in ABSARIA

Masuk kali ini ,dah terlalu banyak ku rasakan saman yang telah ku terima. Masa perbicaraan di depan Hakim Agung akan tiba bila bila masa. Cuma aku pelik,kenapa pada saman itu tidak ditulis bila kan tiba hari perbicaraan. Fikir ku, lagi mudah untuk aku siap kan hujahan ku andai aku diberitahu bila tarikh aku bakal mengadap Tuan Hakim yang Agung. Ku cuba membelek helaian saman itu semalam. Di atasnya dicoretkan pelbagai kesalahan yang dah dibuat,tarikh dan tempat serta siapa yang mendapat kecelakaan akibat tindakan ku itu. Diberitahu pula akta kesalahan yang menyebabkan aku disaman. Pelbagi maklumat perundangan diterangkan helaian saman itu namun cuma satu yang tidak dinyatakan, Tarikh Perbicaraan.

Aghh, aku mahasiswa perundangan. Aku arif perihal undang-undang ini. Tak perlu ditulis pun aku tau akta mana yang berkuat kuasa. Keluh ku.Cuma yang aku perlu sekarang adalah tarikh perbicaraan. Beritahu aku wahai insan yang menyaman. Khabarkan pada ku supaya aku dapat berdebat dan berhujah di depan tuan Hakim yang Maha Bijaksana. Sekuat mana aku berteriak dan menjerit,jawapan itu masih belum ada.

Aku terus membaca helaian saman, tiba tiba aku terbaca satu perenggan kecil yang ditulis sebagai nota kaki di bawah saman saman itu. Katanya : “Segala kesalahan tuan di atas boleh diampunkan dengan Taubat Nasuha. Sekiranya pihak tuan telah memohon ampun dengan taubat nasuha sebelum tiba hari perbicaraan,sila abaikan saman ini. Terima kasih.” Ku pusingkan helaian saman di muka belakang. Ditulis pula prosedur Taubat Nasuha. Tertera di muka belakang saman :

Prosedur Taubat Nasuha.

Pihak tuan perlu memenuhi prosedur di bawah sebelum tiba hari perbicaraan:

 *Menyesali apa yang telah berlalu.

* Meninggalkan perbuatan tersebut.

* Berniat untuk tidak mengulanginya di masa yang akan datang.

* Mengembalikan hak orang lain

kalau dosa tersebut berkaitan

dengan hak orang (seperti mencuri

dan lain-lain).

*Memohon keampunan daripada Allah dengan bersungguh sungguh dan sepenuh hati.

Absarians, saman saman itu akan terus diberi atas sebab manusia akan terus melakukan kesalahan dan dosa. Kita bukan malaikat yang imannya mencanak naik sentiasa. Tapi kita juga bukan syaitan yang keingkarannya sentiasa menjadi raja yang bertakhta. Tapi kita manusia,yang imannya senipis kulit bawang,yang kadang kadang naik,kadang kadang turun. Namun, walau sebesar mana pun dosa kita, keampunan tuhan sentiasa terbuka ,hinggalah ruh berada di pangkal halkum. Ayuhlah sahabat ku sekalian, langsaikan saman saman ini dengan taubat nasuha,sebelum tiba hari perbicaraan di depan tuan Hakim yang Maha Agung. 🙂

Perihal Tarikh perbicaraan, jangan di tanya bila kerana Allah sengaja membiarkan ia menjadi rahsia. Seperti Jodoh dan rezeki , hidup dan mati itu dibiar tuhan menjadi teka teki. Kerana itulah dinamakan iman. Percaya pada Qada’ dan Qadar. Tugas manusia, berusaha , berusaha dan berusaha. Urusan tuhan, Dia yang Maha Mengetahui jawapan daripada usaha manusia,samada berhasil atau tidak. Semuanya yang berlaku sudah ditentukan. Cumanya kita diuji sejauh mana kita beriman kepada Nya. Ayuh,selesaikan saman saman mu, sementara masih punya masa dan waktu. Kata Seorang ulama pada muridnya, Mati adalah yang paling dekat dengan kita,keran akita tidak pernah tahu masanya. Siapa sangka ,mungkin usai  absar mengupload usaha dakwah ini, malaikat maut datang sampaikan pesan buat yang yang sedang menulis ini. Andai benar,maafkan diriku dan doakan perjalanan ku ke sana dalam keadaan langkah kanan. : ) Dan sentiasalah ingat pada pesan Nabi junjungan Mulia ini, ‘orang paling bijak dari kalangan mu adalah orang yang paling banyak mengingati MATI.’

Asal kita hina, namun Allah yang muliakan kita. Andai kita kembali hina, adakah mustahil untuk Allah memuliakan kita kembali seperti yang pernah dilakukanNya dahulu? Fikirkan dan biarkan Iman mu yang menjawab.. 🙂

Taal ya akhi wa ukhti, ittakullah..laalakum tuflihun..

Monolog ku…

Posted: November 19, 2012 in ABSARIA

Salam Absarians. Memulakan entry kali ini suka untuk absar berkongsi tentang suatu elemen yang sentiasa menjadi punca kepada kejayaan atau kegagalan seseorang. Pernah anda dengar tentang monolog? bukan,itu monoloque,kumpulan muzik urban Malaysia. Monolog bermaksud berdiaolog dengan diri sendiri,cakap dengan hati,bisik pada diri. Contohnya lah, “Eh,aku nak makan apa ek hari ni? makan burger pun best sejuk sejuk nih…lagipun da lama tak makan burger nih..”.

Itu sekadar contoh. Kaitannya,monolog ini boleh jadi positif,boleh juga jadi negatif. Semacam pisau,boleh diguna untuk potong buah,boleh juga guna untuk tikam penjual buah. Maka,bagi yang cintakan kejayaan ,monolog harusnya sentiasa bicara perihal yang memotivasikan diri sendiri. Vice versa, bagi yang sentiasa mahu berundur dari garisan penamat dan tidak percaya pada potensi dirinya,maka monolog akan berpakaian negatif dan menari nari atas pentas pemikiran sang pengalah. Maknanya, anda yang memilih pakaian monolog anda,dan pakaian ini yang menentukan anda kekasih atau musuh kejayaan.

Lebih menarik, Absar terbaca dalam satu buku, bagi yang sedang berlari ke garisan penamat, monolog ini harus diketepikan. Maknanya, bogelkan saja monolog Ini, dan biarkan ia menyorok dan menyepi. Maksud saya,anda tak perlu gunakan elemen monolog dalam diri. Jangan sesekali dengar bisikan diri sendiri. Anda rancang segalanya di atas sekeping kertas, dan terus ikut perancangan yang dibuat. Contoh la,saya sudah merancang untuk berlari 24 km dalam masa 20 minit pada jam 5 petang. Tuntas,bila tiba jam 5 petang, tiba tiba monolog berbicara,’ hari ni kita rileks la,kumpul tenaga,kita tido dulu.’. Maka,saranan penulis buku, ‘just do it!’. Buat saja,tanpa dengar apa saja kata monolog. Justeru, perancangan berjalan seperti dirancang. Best bukan?

Tapi harus diingat, bukan semudah bicara, Absar beberapa kali mencuba. Ada yang berjaya,dan ada yang gagal. Seolahnya, perlu berperang dengan diri sendiri. Namun, apa yang penting,kita perlu sedar , monolog atau tidak,semuanya kita lakukan untuk kebaikan diri sendiri. Khulasahnya, rancang dan laksanakan… Insyaallah , kejayaan milik saya dan anda. Jumpa di puncak kejayaan! : )

20121119-090701.jpg

Kenalkan..Monolog ku..

Kepercayaan

Posted: November 15, 2012 in ABSARIA

Salam Absarians. Hari ni 1 Muharam,bermula tahun baru Hijrah. Ramai yang terus berlari mengejar azam yang masih belum langsai. Tak kurang pula yang berhenti meninggalkan cabaran yang tak pernah selesai. Ada pula yang semangat juang yang kadang kadang memuncak kadang kadang merudum,akhirnya dirinya kelam dan tenggelam dek semangat yang suram.

Apa yang buat manusia terus berlari mengejar mimpi? Apa pula yang buat manusia berhenti dari bermimpi? Hanya satu jawapan yang terlintas di fikiran muluk ini adalah ‘kepercayaan’. Absar punya teman yang begitu percaya akan dirinya dan terus berlari walau apa jua halangan di depannya. Tak kurang jua,Absar punya ramai teman yang berhenti bermimpi tatkala rintangan melanda dan menghujani diri. Maknanya,bila kamu berhenti bersifat optimis pada diri,maka diri kalian jua akan berhenti menjana energi dan sinergi merapati mimpi.

Entri sebelum ini Absar bicara perihal ‘monitoring’ dan ‘mentoring’. Perihal ‘kepercayaan’ ini Ada kaitan dengan ‘mentoring’. Apabila kalian sandarkan pembentukan diri pada seseorang yang kalian anggap mentor,perlu Ada ‘kepercayaan’ secara total kepada beliau. Percaya yang jatuh beliau harus menjadi jatuh anda,dan bangkit beliau harus menjadi bangkit anda. ‘kepercayaan’ ini yang dipegang oleh sahabat sahabat Nabi junjungan kita. Melihat batang tubuh Nabi beribadat,mereka ikut secara total, walau ditentang kafirun,kerana percaya ajaran Nabi adalah ajaran yang benar. Andai tiada kepercayaan yang kuat,mustahil bagi bilal untuk terus kekal dengan kalimah Allah,walau ditindih batu besar , dan mustahil bagi sumayyah,untuk kekal dengan kalimah tauhid,saat dirinya disikat dengan sisir besi sehingga tercabut kulit rambutnya.

Tuntas, andai kalian punya individu yang anda ingin ikuti,percaya lah pada kekuatannya sepenuhnya,dan ikuti jejak langkah baiknya dengan teliti. Usah diragui di pertengahan nya,tapi selesaikan hingga kamu jadi sepertinya. Absar akui, memang Ada saat getir yang bisa buat kita gusar dan gentar untuk melangkah ke tapak seterusnya. Seolah olah sudah hilang dayung ditangan untuk terus melayarkan perahu harapan. Ambil lah helaian dan helaan nafas yang panjang,berehat dan fikirkan matlamat yang perlu dicapai. Seperti perlumbaan Formula one jua,perlukan rehat di kokpit untuk teruskan perlumbaan. Kalaulah diteruskan jua,mungkin akan mengakibatkan kemalangan dek kerana kondisi kereta tersebut tidak diselenggara saat ia perlukan selenggaraan. Itu kereta, inikan pula kita manusia, lagi la perlukan masa untuk berehat dan membetulkan pendirian.

Khulasahnya, Absar sekadar mengingatkan diri Absar supaya terus berlari,biar jatuh beberapa kali.tak bermakna Absar kalah. Paling penting Absar perlu terus percaya yang Absar akan habis kan larian itu,walau ia mengambil keseluruhan masa hidup Absar. terus percaya pada diri. Kita semua diciptakan untuk sesuatu peranan yang penting di bumi ini. Percaya lah.

20121115-210612.jpg

P/s : Sahabat Absar melangsungkan perkahwinannya pada awal Muharam..kepercayaan yang diikat atas nama perkahwinan. Ku doakan kebahagian kalian sampai syurga idaman. InsyaAllah, sahabat mu ini akan menyusul nanti ..; ).