Cerita tentang Rozita dan Zulaikha.

Posted: October 8, 2012 in ABSARIA

Salam absarians. Awalnya ,kita sama sama angkat syukur tak terhingga pada Dia Yang Maha Esa. Absar mahu syukur yang Absar beri adalah yang paling tinggi kali ini.Purnama ini terasa klimaks keseronokan tatkala terasa diri paling miskin masanya.Tidur hanya beberapa jam,rehat pula hanya beberapa detik. Menghirup udara lama di Unisza bersama Ahli Eksklusif Debat dan Orator serta bersama mahasiswa pelbagai jurusan bagi sesi pengajaran pengucapan awam , menghakimi pertandingan Pidato Di IPG Dato Razali, Berkongsi semangat motivasi bersama adik adik di SK Bukit Payong, menyelesaikan teka teki dokumentasi perjanjian  dan macam macam lagi aktiviti yang menjadi nadi keseronokan Absar dalam mencoret diari kehidupan yang mencecah 30 halaman.

Dalam keseronokan menari dan menyanyi di pentas kehidupan hakiki, hadirlah seorang insan bernama Rozita. Kenalan lama semasa di KUSZA. Gembira seketika tatkala mendapat berita ‘jejak kasih’ namun dicampuri dengan lesu tatkala dia sebenarnya kurang mengenali Absar.Haha,lawak der..ingatkan zaman KUSZA dulu da femes,rupanya masih ada yang tak mengenali diri ku ini (syok sendiri). Walaubagaimana pun,apa yang Absar ingin kongsikan adalah,pendekatan diri Absar guna untuk mendekatinya. Pesan seorang kawan kepada Rozita, yang menjadi tulang belakang kepada perhubungan ‘jejak kasih’ kami, cubalah gunakan pendekatan secara islamik. Maka Absar mulalah dengan memberi pesanan ringkas dengan memberi salam yang  penuh..’Assalamualaikum’..walhal sebelum ini cukuplah dengan ‘salam’ atau ‘slm’..tapi dek mahukan suasana Islamik,salam penuh diberikan.Tahu tak? Absar siap terangkan pada Rozita,kenapa perlu beri salam yang penuh ,kerana hujah Absar,salam yang penuh sahaja yang bermakna..ala ala ustaz tak? :)..Tuntas,jari jemari terus ringkas memaut harfun demi harfun ,terkait menjadi bait bait kata yang indah..tapi tetap Islamik(kerana itu temanya). Absar seronok,namun jauh di sudut hati rasanya kekok. Absar bukan Ustaz,apalagi insan kamil yang bisa menasihatkan si bengkok menjadi lurus. Maka,berpucuk di akal ini,tak wajar absar membina hubungan konkrit dengan tiang hipokrit . Andai Rozita suka Absar,sukanya harus atas dasar kebenaran. Namun sehingga kini,Rozita masih terus bermesej dengan ‘Ustaz Absar’, walaupun ‘Ustaz Absar’ sedang gelisah dalam mencari penyelesaian.

Perihal Zulaikha pula,sudah lama menemani Absar dalam sisipan diari kehidupan. Sehingga kini,sudah hampir 3 helaian namanya tertulis hampir di keseluruhan muka surat diari kehidupan. Setiap watak dalam cerita Absar coretkan,pasti kenali siapa Zulaikha ini. Orang yang baik serta punya kreteria idaman yang Absar mimpikan. Cumanya,apa yang Absar digemburkan,ceritanya zulaikha ini sudah berpunya. Tambahan pula,ada watak dalam cerita Absar ini sudah pun bertanyakan akan pandangan Zulaikha pada Absar. Kata Zulaikha,’ Saya tak nak’. Sentap bukan. Pun begitu Absar tetap Optimis.Absar cuba nafikan kesemuanya dan terus berlari mencari realiti.Jawapan dari lidah Zulaikha secara peribadi belum didengari sendiri,maka Absar beranggapan,ianya belum realiti dan tak wajar untuk Absar berhenti mencari. Maka,teruslah harapan diletakkan dalam dulang emas untuk ditatang. Cumanya Absar agak pengecut. walau pun absar tahu, sikap Zulaikha ,mahukan dan suka pada Insan yang berterus terang, absar masih kelu takutkan pilu. Absar belum bersedia untuk mendengar jawapan dari insan yang diharapkan. Fuhh, sukar bukan. Tuntas, Absar mengambil pendekatan yang diajar oleh adinda ‘cahaya mata’, setakat ini cukuplah dengan ,’better save than sorry’. Namun jangan risau,Absar sedang kumpulkan kekuatan utnuk berterus terang.Wahai Zulaikha,nantikan waktu itu yea 🙂

Maka,khulasah nya,apakah tujuan kisah tentang Rozita dan Zulaikha menjadi topik agung entry kali ini? Sekadar menceritakan kepada kalian, walau bagaimana pun rasa dari jiwa yang penuh dengan cinta ini mahu di dizahirkan,perlu punyai hikmah dakwah dalam perhubungan. Perihal Rozita ,andai Absar fikir ianya seolah olah menipu dan hipokrit ,membina persepsi indah atas kata dan madah,Absar boleh hentikan dan terus beranggapan bahawa perhubungan itu karut dan tidak wajar diteruskan. Namun apa yang Absar sedang fikirkan sekarang,ini mungkin peluang diberi tuhan,untuk Absar benar-benar berubah. Mungkin perubahan itu tidak sampai pada tahap dan taraf Ustaz,tapi cukup lah sekadar Insan yang mahu menjadi ummat nabi yang hebat.Maka apa yang perlu pada Absar,tunaikan kata indah dari lidah,menjadi amal dan ibadah. Maka,hubungan dengan Rozita bukan lagi sekadar madah,tapi juga adalah suatu dakwah untuk Absar berubah.

Perihal Zulaikha yang sudah lama bertakhta di hati,juga bisa buat Absar berintipati. ‘Kenapa belum lagi punya kekuatan untuk zahirkan kata dari hati ke hati?’  Hasil dari kira -kira,jawapannya kerana Absar masih belum bersedia.Dan lebih telus, absar tidak mahu Zulaikha kecewa andai dia mula menerima. Dari pelbagai sudut diri,semuanya masih belum bersedia.Tuntas, dakwah buat diri Absar,lengkapkan diri sebelum berperang dengan terus terang. Absar yakin, apa yang zulaikha mahukan hanyalah seorang insan yang mampu menjadi peneman yang memimpin tangannya ke sungai syurga. Namun itu lah yang belum mampu absar lakukan.

Kepada Rozita dan Zulaikha (yang namanya bukan nama sebenar)…Absar bercerita tentang kalian kerana matlamat Absar sekadar mengumpul kekuatan. Supaya Mahligai indah bakal dibina,sama indah dengan binaannya di syurga. Buat absarians, moga kebahagian Absar menjadi sisipan dalam doa kalian tak kiralah bersama rozita ataupun zulaikha atau sesiapa sahaja yang namanya sudah tertulis untuk absar di luth mahfuz sana.

hmmm..mood romantika de amour lagi 🙂 haha..

Advertisements
Comments
  1. red velvet says:

    ucapan tahniah dari kami untuk absar 🙂

  2. hope u’ll found ur zulaikha… namun, alangkah baiknya idaman Rozita menjadi kenyataan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s