Archive for September, 2012

Diari kehidupan semakin hari semakin menebal. Banyak tulisan khayalan dan kebenaran disimpan menjadi sisipan yang bakal dikenang di hari mendatang.Helaian tulisan ini juga akan menjadi rujukan di setiap pengembaraan. Namun penulisan mula terasa kosong tanpa hadir sang peneman perjalanan.

Akhir akhir ini,isu teman kehidupan ini sering kali menjadi tajuk perbualan keluarga, teman ,rakan dan taulan. Ada yang menjadikannya usikan , tak kurang pula yang melahirkan kebimbangan. Absar ada kreteria insan  idaman. Bak kata orang,ada kualiti yang diharapkan.Semacam orang lain, keinginan mencari ‘soulmate’ bukan lah suatu yang senang. Usai membelek fail di pejabat, absar sempat menghilangkan penat dengan perbualan ringan yang menjadi berat tatkala perbualan beralih isu ini,bersama teman sepejabat. Teman ini bukan calang calang dalam ‘bidang’ ini. Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dalam merentas kehidupan berumahtangga,Absar boleh anugerahkan sarjana bagi mengiktiraf pengetahuan beliau.

Maka, dengan ‘sarjana’ yang ada, kuliah dan pesanan  diberi,absar ringkaskan menjadi sebegini ; ” Kita mungkin ada 10 kreteria yang kita harapkan daripada pasangan . Namun mustahil ada 10 perkara tersebut dalam diri seorang individu. Kita mungkin ada 10 orang calon,namun semuanya tak kan lengkap dengan 10 kreteria yang kita mahukan.Tuntas,pilihlah yang paling memenuhi,dan lihatlah kelebihan itu sehingga menutup kekurangan yang ada padanya.Penutupnya, jangan hanya mencari yang ‘sedap mata memandang,tapi hati sakit memendam’. : )

Walaupun pesannya ringkas,namun inilah antara yang terkesan di hati. Pesan teman teman sebelum ini pun sentiasa absar ambil jadi pengajaran. Cuma nya mungkin diri ini belum ada kesungguhan.: ) Diari Absar baru di muka surat ke 28,masih banyak helaian yang mahu dicoret dan dicorakkan seandainya usia masih panjang. Pilihan menentukan, samada nyanyian dan tarian dalam diari kehidupan  selepas ini,dipentaskan secara solo atau berduet. Absar masih dalam  membina diri,mencari identiti dan meneliti erti insani. Terasa masih banyak kekosongan dan kelompongan. Maka monolog yang timbul, layakkah diri ini untuk memimpin si rusuk kiri andai diri masih belum teguh seperti jati.Persoalan yang masih tiada jawapan. Sama seperti soalan ; Siapakah dirimu wahai peneman kehidupan? :)… Moga ada jawapan untuk soalan ini dalam doa kalian.

p/s: Mood : Jiwang skali skala..

sekadar ada…

berlari ke awan

Posted: September 21, 2012 in ABSARIA

Salam september.: ) Kehidupan ini perlu terus diloloskan. Bagi yang mencari dunia,teruslah  berlari menjinjing beg dunianya. Bagi yang merindui akhirat,teruslah bergerak menggalas beg akhirat.Namun bagi yang bijak,beg dunia dijinjing,beg akhirat tak lupa digalas.Biarpun dilihat berat,namun itu usaha yang paling wajar dibuat.Wassotiyah anjuran agama. Kesederhanaan dan keseimbangan perlu sentiasa didepankan bagi mencapai matlamat muslim sejati.Entry kali ini bunyinya klise.Pernah juga tajuk ini dijadikan tajuk sebuah filem yang dibintangi oleh lagenda Rosyam Nor.” Berlari Ke awan”. Ia terlintas di kotak fikiran Absar saat menganalisis beberapa perkara yang berlaku sepanjang minggu ini. Kita perlu terus berlari. Tidak kiralah tinggi mana harapan kehidupan ,jangan biarkan diri ketinggalan. Andai penat berhentilah sebentar,namun berhentinya mengumpul tenaga. kenapa yea tidak mahu ketinggalan? Absar masih belum jumpa jawapan yang bisa buat absar berpuas hati.Mungkin anda ada . Namun yang absar tahu,selain perlu terus berlari demi memenuhi kehidupan,kita perlu sedar,yang dunia ini kejam. Tak bermata untuk menilai tata susila,tak bertelinga untuk mendengar manisnya bicara,dan tak berotak untuk memikirkan apakah baik atau jahat golongan yang berjalan di atasnya.Apa yang diangkat di dunia,siapa yang punya darjat dan harta dialah yang akan jadi raja.

Tapi,masih ada persoalan. Kenapa perlu jadi raja? Jawapan mudah absar,raja lawannya hamba. Tahukah kamu apa maksud ‘Hamba’? Kastanya hina,dimaki dan dicerca,hidup hanya melukut di tepi gantang. terikat dengan tuan , hidup hanya memenuhi kehendak dan kehidupan orang.Tiada bangga apa lagi dibanggakan.Maka,apakah kehidupan yang tiada kebanggaan ini yang kita mahukan? Kenapa manusia boleh jadi hamba? kerana mereka tidak mahu terus berlari. Mereka lebih selesa untuk berhenti dan berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Hidupnya hanya memenuhi hari,bukan memenuhi hajat jiwa yang tinggi. Hidupnya hanya menghiasi bumi,bukan menjadi paksi kehebatan duniawi. Maka apa perlunya mereka berlari andai mereka tidak punya sebab dan keperluan.

Seterusnya,buatlah pilihan anda.Kerana kehidupan ini perihalnya membuat pilihan. Kejayaan atau terus dengan kegagalan,Berlari atau pilih sahaja berhenti. Akhirnya memilih untuk  menjadi raja atau hamba. Sememangnya akan penat.Setiap perkara ada harganya,namun setiap usaha akan ada hasilnya. Berlari dan terus berlari. Walau apa yang terjadi ,berlari lah tanpa henti : ) ayuh kita berlari ke awan. Jumpa anda di puncak.

Hanya kerana ingin tahu

Posted: September 12, 2012 in ABSARIA

Salam absarians. Entry ringkas kali ini tajuknya semacam tajuk lagu. Namun ,inilah nadi kepada kebanyakan kehidupan manusia. Di samping mempunyai naluri sebagai seorang manusia,atau kita panggil ia fitrah,kita juga punya rasa ingin tahu atau dengan bahasa lain nya  inkuiri yang tinggi. Bermula hanya kerana ingin tahu,manusia mula mencuba itu dan ini.

Sebab itulah terkadang,bila ditanya orang  atau  bermonolog dalaman, kenapa aku lakukan ini dan itu? Jawapan yang tinggal hanyalah ‘Hanya kerana ingin tahu’. Pelbagai perkara yang dicuba hanyalah ‘hanya kerana ingin tahu’. Hari ini absar terjumpa dengan ramai manusia, yang melakukan suatu perkara ‘hanya kerana ingin tahu’. Namun silapnya mereka, membeli dan  memenuhi rasa ingin tahu,dengan harga sebuah rasa cinta yang tulus dan muluk dan juga dengan harga sebuah perhubungan yang ikhlas dari yang mukhlis. Sekali lagi bila ditanya,kenapa kalian lakukan ini dan itu? Jawapan yang ada, ‘Hanya kerana ingin tahu’.

Pesanan absar buat anda dan diri sendiri,pastikan harga ‘hanya kerana ingin tahu’, tidak semahal harga cinta sejati yang mungkin menjadi api penyinar kepada sebuah benua kehidupan yang bahagia. Jangan gadaikan sesuatu untuk sesuatu yang jauh lebih bernilai. Sebagai manusia yang berakal sempurna,nilailah sesuatu dengan bijaksana.Sebelum ‘hanya kerana ingin tahu’ menjadi teman setia,meninggalkan semua insan yang hadir dalam diri kalian,yang hadirnya ‘hanya kerana mahu memberitahu’.

refreshment.

Posted: September 6, 2012 in ABSARIA

Salam Absarians.Maaf lama tak bertanya khabar di blog ini. Lama juga tak menulis entry berkongsi rasa berbahagi minda bersama. Penulisan pembuka setelah sekian lama berpuasa hanyalah berkenaan rasa. Rasa seronok tatkala dapat berdebat bersama adik adik debat di uitm membangkitkan kembali semangat orator dalam diri.Tambahan pula petang tadi usai suatu perbicaraan di Lembaga Rayuan yang menyengat semangat untuk terus berdebat kerana Absar yakin debat ini lah nadi untuk Absar terus berada dalam bidang Perundangan. Berdebat soal kebenaran,pada siapa harus diberikan kemenangan,tentu sekali yang tepat hujahan dan yakin dalam perdebatan.

Refreshment. Tajuk entry ini juga memaparkan suatu rasa.Rasa yang memberi makna suatu kepuasan dalam kehidupan yang perlu digali dan terus dicari.Keep refreshment. tata.