Agak skema tajuknya,tapi tulah hakikatnya.Hampir seminggu memperuntukkan masa di UNIMAS serawak untuk Debat Perpaduan memang berbaloi.Bukan kerana menang atau dapat anugerah dan sebagainya,tapi berbaloi dapat lihat suasana ‘Malaysia’ dikalangan para mahasiswa.Melayu,cina ,india dan kaum kaum lain di Malaysia ini disatukan dalam satu kelompok perdebatan.Perasan bangga menjadi rakyat Malaysia bertambah tatkala lagu lagu patriotik dinyanyikan bersama sama.Walau mungkin ada yang kata,itu hanya lah luaran ,namun saya tetap yakin bahawa kita masih dapat kekalkan keunikan Malaysia yang berbilang kaum untuk tempoh berpuluh puluh tahun lagi.Kata Bijak pandai,”kalau nak tengok masa depan sesebuah negara,lihatlah pada anak mudanya sekarang”.Apa yang ingin disimpulkan,saya bangga dapat melihat sendiri kaum kaun yang pelbagai ini,duduk satu bumbung berpijak satu lantai ,bersatu untuk satu matlamat.Dan saya yakin,ianya adalah untuk menyahut seruan kerajaan, 1 MALAYSIA.Pelapis pimpinan negara ini telah menunjuk petanda positif dan realiti Malaysia sebenar melalui pertandingan ini.Tahniah diucapkan kepada jabatan perpaduan dan integrasi nasiaonal(JPIN) kerana telah berjaya mencapai objektifnya.Tahniah juga buat MADUM atas usaha murni anda terus melahirkan oratorians yang berjaya.Terima kasih buat UNIMAS untuk bumbang dan lantai kami menumpang berteduh. Dan Teima kasih juga pada UDM tercinta atas peluang yang diberikan.
salam…
satu malaysia…satu semangat…
bangga btl sya dpt idup d bumi bertuah m’sia.
ssemoga seruan p.m kite nih dpt dihayati sepenuhnya oleh semua mahasiswa..especially.
agak2nya apa laa prog yg udm nak wat ek utk menyahut seruan kerajaan baru kite nih??
p/s:BZ btul shbt saya nih..ptt msg xreply..huhu
salam perjuangan,apa kabar abg bob…lama x mendengar kabar berita ..moga sentiasa sihat dan berada dalam petunjuk ALLAh selalu…doakan ana disini …Kita ‘satukan Malaysia’ dgn acuan Islam..Takbir ya Akh!!!!..
salam perjuangan,apa kabar abg bob…lama x mendengar kabar berita ..moga sentiasa sihat dan berada dalam petunjuk ALLAh selalu…doakan ana disini …Kita ’satukan Malaysia’ dgn acuan Islam..Takbir ya Akh!!!!..
yup..doakan abg bob gak…dah macam kapal karam dah ni..hrp2 bleh jadi kapal selam.hahaha