Archive for June 7, 2009

Apa nak jadi dengan ‘kita’

Posted: June 7, 2009 in ABSARIA

“Apa nak jadi¬† dengan ‘kita’ ?” … semasa sedang meninjau blog rakan rakan,saya teringat kembali kepada satu sesi perbualan antara saya dan seorang guru kaunseling di sebuah jabatan(sebenarnya lebih kepada konsep ceramah;banyak dia yang bercakap).Kami ditakdirkan berjumpa di pejabat Exco Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman.Dalam perbualan ini,ada suatu yang menyentap pemikiran saya.Saya diaju bertalu talu dengan persoalan yang saya jawab dengan diam seribu bahasa.Memang tiada jawapan yang terpacul di bibir saya sebagaimana lazimnya.Mungkin disebabkan tidak terfikir perkara sebegitu akan berlaku,atau memang saya tiada jawapan untuk soalan itu.Isunya berkaitan dengan peranan mahasiswa dalam mendekati pemuda pemudi bermasalah.katanya,ramai orang pada masa ini,hanya pandai menunding jari.Bila berlaku masalah,kerajaan yang salah,pihak ini yang tak betul,orang ini yang tak buat kerja dan sebagainya.Sedangkan pernah kah kita meluangkan sedikit masa untuk golongan muda mudi yang bermasalah ini ? pernah kah kita menepuk bahu Mat Rempit di jalanan dan bertanya khabar pada mereka? Sudahkah kita bertanya dan bersembang dengan Minah Dadah yang Gian apa agaknya punca dirinya terjebak dalam kancah hina itu? Yang kita tau,bila golongan ini pecah masuk rumah kita untuk mencari wang bekalan dadah,kita kutuk polis tak buat kerja.Yang kita pandai melabelkan Mat Rempit dengan pelbagai Label,bila mereka melanggar orang awam.Sedarkah kita,mereka juga anak bangsa kita? BUkan Cina,tidak juga pada India…Tapi MELAYU!...Akhirnya,perbualan itu ditutup dengan persoalan” Apa nak jadi dengan KITA?” dan yang lebih menyempitkan jiwa memanaskan raga,”Apa yang Mahasiswa kita dah buat? Apa peranan ‘orang bijak’ kita?”…Hmm,jawapan dari saya = Bisu tanpa kata,kerana semua benar belaka.

Kesempatan berada di Mahkamah Sesyen/Majistret Terengganu mengiyakan lagi kenyataan tersebut.Hampir 90% yang keluar masuk Mahkamah adalah Orang ‘kita’. Tak malu juga untuk saya mengaku,begitu banyak pemuda pemudi di tahan dibawah Akta Dadah Berbahaya dan mereka adalah anak melayu.Ibu bertudung litup,ayah pula berkopiah putih,datang menjemput anak bergari besi,membawa sejumlah wang,sebagai cagaran anak pulang.Benar kata Raihan,Iman tak dapat diwarisi.Tapi ianya boleh diajari.Malangnya,kita mudah rasa selesa.”Ah,x pe la,itu bukan anak aku,itu bukan adik aku” Benar,mungkin bukan hari ini.Tapi esok belum pasti.

Saya juga sempat meninjau ke Mahkamah syariah,yang tersergam indah ,untuk muslimin muslimah,yang mungkin tersalah arah.Huh,sekali lagi diri ini mengeluh.Kebetulan hari itu ada 8 kes yang disebut dan dibicarakan oleh mahkamah.6 daripada nya adalah kesalahan ta’zir dibawah seksyen 31 akta jenayah ta’zir,kesalahan khalwat.Tak perlu saya terangkan lagi,itu emua orang kita.Melayu Islam.

Konklusinya,kalu ada diluar sana Mahasiswa,bantu saya untuk menjawab soalan guru saya ini,”Apa nak jadi dengan ‘kita’?” KITA bukan untuk orang lain,tapi bangsa melayu beragama Islam. Apa mahasiswa dah buat? Apa peranan orang bijak kita? kalu ada rakan bijak diluar sana,tolong saya untuk mengisi jawapan yang kosong ini.Sama sama kita fikir…“APa NaK JaDI DengaN KiTa?”

Pengalaman Yang cukup berharga

Posted: June 7, 2009 in ABSARIA

Salam buat rakan sekalian.Hmmm hampir sebulan blog ini ditinggalkan,agak la berdebu setebal mana.walau bagaimanapun,peninggalan ini x akan sia sia.banyak pengalaman yang ku timba.Selama detik itu,banyak perkara yang berlaku.Lawatan ke Indonesia walau hanya seketika,cukup memberi kesan kepada diri ini.Benar,banyak perkara menarik di sana.Antaranya rakyat indonesia sendiri yang begitu ‘berdikari’ dan ‘berhati kental’ demi mencari sesuap nasi.Hari pertama tiba,diri ini cukup kagum melihat bangunan pencakar langit yang berderetan gah tersergam di ibu kota jakarta bagi penghuni kelas atasan.Tak kurang juga setinggan yang bersepah di bawah jambatan untuk penghuni kelas bawahan.Diri ini berkira kira,bumi indonesia ini cukup sempurna.Namun mungkin kerana kepadatan penduduknya melampaui daripada pendapatan negara itu sendiri,maka¬† keterdesakan yang wujud tidak dapat diatasi.Jurang kekayaan yang cukup besar antara golongan atasan dan glongan bawahan.Yang kaya,teramatlah mewah,yang miskin teramatlah susah.Rupanya,cerita cerita indonesia yang menjadi tatapan wajib rakyat malaysia,rupanya hanyalah gambaran sebahagian daripada kehidupan rakyat Indonesia.Buktinya lihat sahaja rakyat Indonesia yang sanggup berenang beratus ratus meter semata mata untu sampai ke tanah semenanjung,sanggup bertindih tindan di dalam sampan,semata mata untuk menumpang senang di bumi Malaysia.Maka seharusnya kita bersyukur,di lahirkan di tanah bertuah ,Malaysia.Di Indoneia,kesempat untuk bertemu dengan Mahasiswa Fakultas Hukum(Mahasiswa Undang Undang) Universtas Indonesia dan juga Cik Hana Azkia,Oralis Terbaik untuk pertandingan Mooting (Mahkamah olok olok).Saya juga berkesempatan untuk singgah ke Universitas Chatolic di Bandung.Hmmm,sebagai penutup,sekadar berkongsi,sedikit kata kata perangsang daripada tokoh mooting,cik hana azkia,buat Tatapan semua:

“What ever u do,just enjoy it,and feel comfort with it,so that u will achieve the success…Do no put the target ,which will put u in stress,just do the best and beat the rest” ( kata kata darinya yang masih saya ingat dan mungkin sedikit penambahan : ))

P/S: Segala gambar di Indonesia,insyaAllah selepas bulan 7.