Archive for May, 2009

Thanks For A Friend…

Posted: May 9, 2009 in ABSARIA

Salam buat rakan sekalian.Ketika sedang menemani para pendebat menjalani latihan intensif bagi persediaan ke pertandingan tak lama lagi,sempat untuk menulis sedikit penghargaan buat rakan yang telah memberi ‘penghargaan’. Hakikatnya,banyak jenis penghargaan dalam persahabatan.Jujur dalam percakapan,benar dalam pertuturan,suci dalam membetulkan dan senang dalam memaafkan. Itu antaranya.Bagi entry kali ini,saudari nuyu( http://www.nuyu88.blogspot ) ,tentunya salah seorang rakan saya,telah menginterpretasikan penghargaan beliau pada persahabatan kami melalui penganugerahan award rakan bloggers.Hakikatnya,gadis kecil molek , lincah bersemangat,dan rancak bertindak seolah tiada halangan bagi beliau dalam mencapai apa yang diimpikan,telah menyedarkan betapa perlu untuk mengungkap pengharhargaan kepada persahabatan.thanks nuyu. Award ini tidak dapat saya penuhi peraturannya,kerana saya anugerahkannya pada nuyu dan semua rakan bloggers yang membantu saya dalam membantu diri saya.seterusnya,untuk kalian pembaca,saya hadiah kan sajak inggeris ini untuk anda:

I Will always in Town

Real friend don’t need words

Love them with care…so they will never hurt,

Let me be your friend,

when you are sad and down,

because of you…i’ll always be in the town.

By:Sandra R.

salam buat kalian…malam yang memenatkan.bercerita sekadar teman kebosanan.bengkel debat sedang berjalan.persedian ke pertandingan masih banyak yang belum disiapkan.Mana kan mamapu,berjuang tanpa senjata yang lengkap.huh,rebah sebelum melangkah ke medan peperangan.Jadi,perlu korban sedikit masa untuk beroleh suka.minggu ni mungkin masih ada ruang untuk melabuhkan tulang belakang ke tilam di waktu siang.Namun minggu depan,parktikal di Mahkamah bermula.10 hb Mei hingga 10 hb Jn 2009 ,perlu menghadirkan diri ke ruang bicara keadilan bagi mempelajari bagaimana tatacara pengadilan dibuat.selepas waktu bekerja,terus ke Udm untuk ke bengkel debat.Dalam masa yang sama ,perlu mencari sponsor untuk lawatan sambil belajar ke Indonesia 22 hb mei ni.Agak perit,namun perlu dilaksankan.Hmmm,bengkel untuk sesi hari ini dah nak tamat.Ada janji temu dengan teman di Pak wan kopitiam lepas ni.Ok guys,c u again.