Lelaki ber’anu’kan syaitan

Posted: June 10, 2009 in ABSARIA

Puas memikirkan gelaran yang sesuai untuk makhluk durjana ini.sampaikan tak sanggup untuk merendahkan martabat binatang dengan melabelkan lelaki puaka ini dengan gelaran lelaki binatang.Realitinya binatang sekalipun tak akan berperilaku sebegitu.Hari ini berpeluang sekali lagi mengikuti Tetuan Anwar dan Tetuan Azziadi ke MahkamahTinggi  Syariah.Yang Arif Hakim sempat berkongsi cerita dengan satu ke yang dihadapkan dihadapan beliau.Seorang Ibu memohon kepada Mahkamah supaya mengeluarkan arahan untuk membatalkan hubungan ibu dan anak dari sudut penjagaannya.Hakikatnya si ibu tidak sanggup untuk berdepan dengan kenyataan.Ceritanya bermula apabila Si Ibu ini bercerai dengan lelaki ber’anu’kan syaitan ini.Apabila bercerai,dirampasnya anak perempuan yang masih menyusu badan daripada si Ibu.Dibela oleh lelaki ini selama hampir 10 tahun umurnya.kini anak dah hampir dewasa.Punya susuk badan mengiurkan dan punya daya tarikan kewanitaan.Dipendekkan cerita,bapa durjana ini meratah dan menjamu si anak seolah olah lupa,dia juga penyumbang benih kelahiran anak tersebut.Mungkin sebagai membalas jasa nya,menjaga si anak dari kecil.lihat ,binatang pun takkan sanggup berbuat sebegitu.Nak ditambah lagi kedurjanaan nya,dikongsi pula badan montok si anak dengan datuk dan juga Guru mengaji Quran,serta beberapa kawan karib si Ayah celaka.Setakat ini hampir 6 orang ditahan mahkamah kerana terlibat dalam kes merogol si anak ini.Harapkan Pagar,Pagar makan padi,haruan makan anak.Si Ayah,datuk dan lagi durjana si ustaz mengajar mengaji sudah ber’anu’kan syaitan.Hai ustaz,lupa pada pesan tuhan dalam surah Assoff, ‘mengapa kamu katakan apa yang kamu tidak lakukan,sesungguhnya amat besar kebencian disisi Tuhan’…ke hulu ke hilir duk kelek quran,ke sana ke sini duk mengajar ngaji,rupanya hatinya keji.Nauzubillahminzalik.Bila difikir fikir,kenapa jadi sebegini hina manusia,diri ini buntu.kalau benar pun dah tak tertahan sangat nafsu serakah tu,kenapa sanggup diratah si anak yang hasilnya dari air mani sendiri.Kenapa sanggup melihat si anak terkulai layu ,musnah masa depannya kerana perbuatan sendiri.Moga kita sama sama muhasabah,kerana ini tanggung jawab kita sebagai masyarakat.Memang benar si anak ini bukan anak kita,bukan adik kita.Tapi tu hari ini,esok belum pasti.

Advertisements
Comments
  1. sarah_USIM says:

    Ya ALLAH…
    teruknya masyarakat skg.
    Langsung takde hati perut.
    Tak layak dipanggil manusia utk makhluk camni..
    Astaghfirullah!

    btw, maksud ayat Quran tu camni “Wahai org beriman, mengapa kamu katakan ape yang tidak kamu lakukan”…Wallahu a’lam.

    • absarlegal says:

      thanks…saya dah betulkan.Memang teruk,tp ianya lebih teruk kalu generasi kita membutakan mata memekak kan telinga,buat dek je dengan apa yang berlaku disekelilingnya.

      • absarlegal says:

        act,awalnya mmg agak keberatan unt menulis sebegitu,tapi itu sememangnya perkataan yang dilabelkan…em,tapi,bila difikir fikir,ada betulnya.Bagi wanita yang solehah dan baik ,kita sanjung dan angkat sebagaimana dimuliakan agama.Namun,ada juga yang sebaliknya.Lelaki juga sama keadaannya.ada yang dipuji dan ada yang dikeji.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s