menarik…

Posted: August 11, 2011 in ABSARIA

Salam Absarians. Semalam sempat bersua muka dengan family Kelab Tutor Remaja, Abang Suhaery dan abg syahmi, berbincang berkenaan perancangan hadapan kelab. Sempat juga menyelit perihal peribadi sebagai jenaka pengubat keheningan mesyuarat. Pengerusi kelab sempat juga bercerita peihal karenah anak perempuannya. Antaranya tentang anak sulong KTR ini, Naurah Husna yang menjerit menarik perhatian kedua orang tuanya(tua ke?). Lagak si kecil ini adalah fitrah. Bagi mendapatkan perhatian orang dewasa,si bayi ini menjerit ,tersenyum dan ketawa. Walau terdiam sekalipun,orang sekitarnya tetap tertarik kepadanya dan mengacah untuk melihat dia riang tertawa.

Menarik bukan? Asal manusia memang menarik. Cuma bila meningkat dewasa,dihentam luka dan duka,manusia sering bermasam muka.Daya tarikan semulajadi itu hilang dimamah usia. Alangkah indah bila mendengar khabaran dari Al Quran tentang bersinarnya wajah Baginda junjungan, Muhammad SAW. Senyum tiada putus,walau susah melanda jiwa. Tenang melawan arus,walau caci menjadi santapan baginda.

Pesan baginda,kalau mahu berjaya,hanya satu. ‘La taghdob’. Maksudnya jangan marah. Ini adalah jawapan baginda tatkala seorang sahabat bertanya kepada baginda perihal rahsia kejayaan. 3 kali soalan ditanya,3 kali jugalah jawapan yang sama.

Benar,orang yang paling kuat adalah orang yang boleh mengawal marah. Kata bijak pandai, semua orang boleh marah, tapi untuk marah pada perkara yang betul,pada masa yang betul dan pada orang yang betul adalah sukar.

Maka ,di bulan Ramadhan ini ,adalah masanya kita mentarbiah diri untuk kembali kepada fitrah,menjadi insan yang mnarik tanpa ada marah yang akan mencalarkan ketenangan wajah. Ayuh,kita usaha dan usaha dan terus berusaha,menghindar MARAH dari jiwa agar kita menjadi lebih berjaya.

Banyak yang boleh ditarbiah di bulan ini..tingal nak atau tak nak sahaja.

P/s: terkadang ke kedai hanya kerana senyuman cashier yang menarik ..: )

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s