Siri Belajar Dengan Alam : Sang Labah Labah

Posted: August 9, 2011 in ABSARIA

Salam Absarians,kali ini absar tambahkan lagi satu sudut atau topik penulisan absar buat perkongsian bersama. Siri belajar dengan alam ini bakal menterjemahkan pengajaran yang diperolehi daripada alam sekeliling termasuk lah manusia. Pembelajaran adalah proses yang berterusan manakala gurunya boleh jadi sesiapa sahaja atau apa apa sahaja. Kata seorang sahabat nabi,kalau tak silap saya, saidina Abu Bakar yang menyatakan bahawa,‘ Lihatlah apa yang diperkatakan oleh seseorang dan bukannya melihat siapa yang menuturkannya.’

Entry pertama siri belajar dengan alam ini,absar ingin bercerita tentang pengajaran yang boleh kita ambil dari Sang labah labah. Satu perkara besar yang boleh kita pelajari terutamanya buat adik adik Kelab Tutor Remaja adalah daya fokus sang labah labah ini. Cuba sama sama kita perhatikan saat labah labah ini memerangkap mangsa. Keadaan nya tidak bergerak sehinggalah mangsanya terperangkap pada sarang labah labah yang melekit itu. kesungguhan ia memaku kan diri demi matlamat yang ingin digapai perlulah diteladani dan seharusnya kita cuba untuk elakkandari melakukan perkara yang boleh menjauhkan matlamat kita dari kita. Contohnya adik adik yang bakal menduduki peperiksaan besar sepert STPM,SPM ,PMTR mahupun UPSR, anda boleh beriadah dan bersukan ,namun jangan sampai memenatkan diri sehingga tidak mampu menelaah pelajaran pada malam nya. Beriadah lah berpada pada ,sekadar mengeluarkan peluh dan menghilangkan tekanan.

Pelajaran yang boleh diperolehi dari sang labah labah juga,andai anda perhatikan ,jika ada satu getaran pada sarangnya,ia akan cepat cepat pergi pada getaran tersebut. kadang kadang ,ada juga sampah yang terbang mengenai sarangnya. Jika anda perhatikan,jika sampah itu datang buat kali keduanya,ia sudah tidak bergerak kerana ia sudah sedar dan tahu bahawa getaran itu bukan dari mangsanya,tapi dari sampah. Sebagai pengajarannya,adik adik terutamanya,perlu mengelakkan gangguan semasa sesi pembelajaran atau sesi menelaah. Contohnya,andai ada bunyi telefon berdering dan adik adik sedang menelaah,abaikan sahaja keran menelaah itu lebih penting,lebih lebih lagi jika sudah hampir dengan peperikasan. Masih ingat lagi perihal ‘Auliwiyat’ yang Absar kongsikan dengan kalian?. ‘Make the first thing first’. Anda sudah setkan atau tetapkan bahawa masa anda belajar adalah dari pukul 8 mlm sampailah 10 mlm. Antara tempoh itu,jauhi segala perkara yang merosakkan fokus anda,seperti sang labah labah ini.

Lihat,binatang kecil ini mengajar kita banyak perkara. Terkadang kita lupa,sebenarnya ilmu tuhan itu luas. Ianya beba bertempiaran dan mesej tuhan boleh turun kepada sesiapa sahaja. Maka,andai kita ketua,jangan perlekehkan nasihat atau teguran orang bawahan,andai kita bapa,jangan perlekehkan nasihat anak anak,atau andai sesiapa pun kita, jangan ambil enteng pada kata kata orang yang menyampaikannya. Ingat,lihat pada kata katanya,buka pada siapa yang menuturkannya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s