Nafas Ramadhan..bertenggeklah di wakaf taubat.

Posted: August 18, 2011 in ABSARIA

Syukur masih terus bernafas di detik detik akhir ramadhan. Biar diri tiap masa kaya dengan dosa,namun wajib bagi diri insan bertenggek di wakaf taubat. Singgah lah setiap masa, kerana kita tak lepas dirudung noda. Sekilas fikir si fakir iman, sekilas juga dosa hadir melitupi sang hati yang kian lemah yakinnya. Di subuh hari sujud meratap bumi,wajah suci dihadap ke lantai yang dipijak kaki. Kenapa? bermaknakah? Semuanya sia sia kalau kita masih lupa bahawa kita bukan sesiapa,melainkan hamba yang hina penuh dengan prasangka.

Kemudian Zohor hadir,kita sujud lagi. Usai saja salam akhir diungkap,bahkan dalam solat sudah ter bayang nikmat mana yang belum diratah. Insan mana yang belum didengki, dan ciptaan mana yang belum dimaki. Berjalan dan terus berjalan. Bahtera dosa sentiasa dinakhoda. Melihat manisnya aurat wanita,menjilat lazatnya kacak lelaki. Kemudian mulalah berfantasi, kononnya mahu menambah kreativiti.Manusia selalu pandai menafi. Menafi untuk mencari kesempurnaan diri.Maka nikmat tuhan yang mana yang belum kamu dustai?

Biarpun babul ramadhan masih terbuka,namun babul qalbi kita terkunci mati. Tak pernah mahu membuka pada besarnya rahmat Illahi. Nafsu terus meratah iman dan Islam dalam diri. Bukan kah Syaitan sudah dirantai? benarkan Iblis juga dikunci? tapi mengapa masih Jahat dan benci beraja dalam diri? Betul,kalian betul..Syaitan dan Iblis sudah rapat terkunci di neraka berapi.Rupa rupanya jahat dan benci itu sudah menguasai diri. Sudah bernanah dan terpatri dalam jasad dan hati. Leburkanlah…leburkanlah dengan tarbiah ramadhan. Puasa lah…makan minum dan hawa nafsu. Kunci lah mata,kuncilah telinga dan seluruh anggota dari berbuat dosa. Latihlah…

Asar datang pula. Sujud. Rukuk. Salam diberi lagi. Kenapa? Taatkah? atau malu pada manusia lain? Fahamkah? kenapa perlu sujud dan rukuk ? kalau faham kenapa diakhir akhir waktu baru kamu mahu sujud dan rukuk? Takbiratul ihram membisik kalimah ALLAHUAKHBAR! Allah maha Besar,pantas diucap dihujung lidah,tanpa hadir di pinggir hati . Maka ia hanyalah lafaz. Dunia yang lebih besar,maka kerana itu lah solat itu di penghujung waktu. itu hakikat pegangan diri. Nauzubillah. Ya Allah ,Sedarkan kami…

Apabila Maghrib pula mendatang, imaginasi mula membayang. Pelbagai juadah dihidang tersedia untuk berperang. Benar,tembolok perlu diisi. Masa untuk membalas dendam. Penuh,penuh dan penuh. Tiba waktu mahu sujud,perut memulas,khusyuk pun terlepas. Ya,didikan syaitan berjaya,walau mereka didalam neraka. Isya’ menanti sudah tidak dipedulikan. Tak mengapalah, isya’ waktunya panjang. Tidurlah kita dalam kekenyangan. Kalau masih ada nyawa di badan,bersyukurlah tuhan masih beri peluang. Kalau masa sudah tidak panjang,celakalah kamu wahai insan. Duduklah bersama guru mu iblis dan syaitan di dlam neraka jahanam.

Absar berpesan buat diri sendiri,sementara babul ramdhan masih terkuak indah, berlabuh lah di tikar solat, didiklah jiwa dengan ubat taubat. Biar taufan mengocang iman,Solatlah sebenar benar solat. Kerana itu,kunci hati yang kuat.Jangan pernah biarkan jiwa terawang terasa tersingkir,bagai terasing dihumban sepi,kerana tuhan itu maha memaafi. Selangkah kita kembali pada Nya,seribu langkah Dia berlari kepada kita. Ayuh diriku dan sahabat sekalian,kembalilah sementara masih ada waktu. Ramadhan sudah menghampiri pergi, biarpun menghayun langkah dalam keperitan,biarpun menggalas warak dalam kepayahan, demi manisnya iman dan kasih pada tuhan,ayuh kita berjuang,mengendong sebuah ketaatan, moga berakhir dalam ketakwaan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s