Archive for June, 2011

Bara Baru yang sedang di Buru.

Posted: June 30, 2011 in ABSAHAN

Bercakap soal bara,tergambar kepanasan dan kesakitan tatkala mengenggam nya. Pesan bijak pandai,’ Genggam bara api biar sampai jadi arang’. Falsafahnya,buat lah sesuatu kerja itu walau sangat sukar dan susah,biar sampai selesaikan dengan baik. Bercerita pula tentang Bara Baru Yang diburu, aku kini sedang serius dalam mendidik diri menjadi pendidik dan dan penyuntik semangat buat diri dan masyarakat sekitar. Benar,ini memang antara yang ku cita cita kan. Namun,sepanjang berlangsungnya sesi pembelajaran dang pengajaran, setiap apa yang ku kata itu diuji dan diuji. Benar kata seorang teman,’Kita diuji pada apa yang kita katakan ,untuk melihat sama kah apa yang dikata dengan apa yang dikota. Aku akui,terkadang diri lemah mengotakan apa yang dikata. Diri mudah berkata tanpa mengota. Namun lumrah manusia,perlu terus belajar mengelak dan memahami tipu daya syaitan yang tak pernah penat dan putus asa,menipu daya ummat muhammad.

Begitulah,bara baru yang sedang diburu. Bara baru ini adalah keseronokan dalam bergaul dengan masyarakat dan menyampaikan apa yang telah ku pelajari di institusi satu ketika dahulu. Bukan sekadar apa yang berada dalam silibus,namun apa yang diajar dalam subjek kehidupan di kampus juga sangat berharga. Buat sahabat yang masih di alam universiti,belajar lah erti menjadi seorang manusia yang versatile dan pelbagai. Kalian sangat diperlukan di dunia luar. Masyarakat sangat menagih perhatian dan pimpinan kalian. Jangan sekadar fokusnya pada buku dan nota,tapi juga pada fikir dan akal untuk ilmu mendekati ummati.

Benar,aku seronok dengan bara baru ini dan akan terus ku burui sampai bara itu dapat menyemarakkan api perjuangan sebuah kehidupan dan akhirnya menyalakan pelita pelita baru yang sedang belajar mengenal dunia. Doakan aku wahai kalian,agar bara baru yang diburu,boleh terus memberi cahaya pada yang sedang gelap gulita termasuk diri si penggenggam bara.

Jalan…

Posted: June 22, 2011 in ABSARIA

Salam buat absarians. Kali ini tajuknya mudah…Jalan. Bicara soal jalan ia mungkin cerita yang penting ,boleh juga jadi suatu yang enteng.Namun bicara ku ringkas ,sekadar meningatkan diri pada jalan jalan yang akan ditempuhi. Terkadang terhampar banyak jalan di depan. Mana satu ya harus dijadikan pilihan? Terkadang pula hanya ada satu jalan ,namun jalan tunggal ini berliku liku, penuh dengan lopak dan lubang berlecak. Tak kurang pula dengan kekaca yang menghiasi tepian jalan yang bisa mengguris sesiapa yang melaluinya.Hakikatnya untuk melaluinya perlu pada banyaknya sabar dan padunya redho. Terkadang untuk memilihnya,kita terpaksa melepaskan banyak,dan memilih yang satu. Tak semua mampu dikaut dan diikut.

Biar sedih mahupun pedih, hakikatnya kita tak mampu hendak penuhkan hati kesemua insan dan lalui kesemua jalan. Pilihlah yang terbaik,selepas fikir dan fikir. Laluilah dengan pasrah,tanpa berpaling untuk menyesal. Adat dan lumrah memang kita akan diuji dengan payah dan susah,namun kelak bila sampai ke destinasi,taman nya indah segalanya akan mudah. Saat itu senyum mu tak tertahan,senang mu tak terhalang. Terkadang sesekali perlu untuk memilih jalan yang payah,agar kita menghargai saat dikurniakan nikmat jalan yang mudah. Akhir kalam,ku ucapkan selamat Jalan..buat yang telah membuat pilihan ,jalan mana harus dilalui…

Absar bersama Ketua Orator BM dan Mantan serta MPP Unisza di MBKT…Selamat Jalan buat kalian.

mata yang kabur.

Posted: June 18, 2011 in ABSAHAN

Menghirup udara di Negeri Sembilan sememangnya saat ku nantikan. Kesempatan ini juga ku gunakan untuk singgah ke Pejabat Penasihat Undang undang Negeri Sembilan melihat  gaya hebat para pengamal undang undang melaksanakan tugas mereka. Memang hebat. File bertimbun ,kes berlambak, lewat petang baru pulang. Ada juga yang terpaksa bermalam di sana. Aku terus bersama mereka. Malam hari dihidangkan pula dengan BBQ dan steamboat tajaan penolong pegawai undang- undang negeri dan akhirnya embun pagi menemani suara kami di Terminal 2,Seremban.

Apa yang mahu dikongsi bukan cerita ku di negeri sembilan semata. Akal ku ligat berfikir dangan idea yang fakir bagaimana mahu mengelap mata yang kabur dan membajai hubungan yang makin berkubur. Entahlah,Jun ini aku asyik diuji dengan ahmar perhubungan dan silaturrahim. Memang,aku sentiasa berpesan.Telan sahaja kepahitan demi sebuah kemanisan yang berpanjangan. Namun,kali ini aku memilih untuk tidak menelan.

Falsafah perhubungan yang erat akan hilang bila hilang rasa hormat. Tandanya mudah,bila lafaz tiada endah,bila kata menghasil luka, bila rasa menjana duka. Bebenang halus menjadi sempadan antara sayang dan rasa hormat. Bila kamu sebarkan sayang mu pada mereka yang kamu sayang,mereka perlu tahu batasan sayang dan hormat. Namun bila sayang semata bertakhta,mereka sangka duka mu menjadi suka ,luka mu pula menjadi baja kononnya menjana cinta. Itu tandanya rasa hormat sudah tiada. Mereka boleh beraksi sesuka hati,kerana fikir nya kamu sayang dan tetap sayang.

Walau bagaimana pun,inilah universiti kehidupan. Aku belajar dan terus belajar. Walau sayang setinggi gunung, jangan disangka ia tidak diuji. Terkadang ,gunung itu berubah menjadi gunung berapi yang membinasakan. Sedangkan pantai lagi berubah,inikan pula perhubungan manusia yang punya hati dan naluri.

Aku juga nantikan kebenaran itu dapat kau tahu,bukan untuk meletakkan diri ku sebagai pejuang,cukuplah untuk kau tahu bahawa aku benar ikhlas dengan kata sayang dan pada sebuah persahabatan.

Tak semua kotoran di mata dapat dibersihkan dengan segelas air yang kau rasa sangat cukup.

Re- Fresh Me…

Posted: June 16, 2011 in ABSAHAN

“thank you for being one of the best speakers tht I have never met in any event … by the way, nice to meet u today …”

Quoted from one of my client in a  Jihad Educational Seminars in SMA Marang. Even there are many good comments have been received,but this one really motivate me to be better and better. Thanks sis.

Some of them..

Thanks..for a good lesson.

Posted: June 14, 2011 in ABSAHAN

Cerita perihal debat,memang ia merupakan antara cinta pertama ku.Di sini lah aku belajar tenatang dunia dan keperibadian ku. Namun harga nya bukan murah. Luka dan torehan dalam yang menghiasi perjalanan dunia debat sentiasa menjadi teman tatkala diri berjuang memperbaiki diri. Awal perjuangan memang terasa berseorangan. Belajar hanya dari pengalaman yang belum tentu betul tak tentu jua ia salah. Namun aku tak berhenti. Biar ramai yang menggesa dan menduga.” Berhentilah,ko dah lama sangat dalam debat”. Kata kata begini antara perhiasan dalam rumah cabaran dan rintangan di dunia perdebatan. Namun aku nekad untuk tidak berhenti.Biar perjalanan ku tanpa Piala Iringan atau puji pujian,aku tidak pernah kisah walau sesekali hati tersentuh sayu,cepat cepat aku pujuk agar ia tidak beku dek sejuk nya merajuk.

Hari ini,bangga melihat mereka berdiri di pentas. Aku kira,ia kegembiraan terbesar sejarah debat ku. Biar bukan aku yang berada di pentas akhir,yang tak pernah aku pijak semasa aku masih berjuang,namun ia ibarat pengubat segala luka dan torehan dalam yang aku terima suatu ketika dulu. Ku kira ini satu permulaan.Benar,aku gembira,buat mereka.

Namun mungkin sudah lumrah. Dalam suka akan ada duka. Aku dianggap pemusnah jalan kejayaan. Penyebab terbantut nye sebuah pengorbanan. Biar mata sedang banjir dengan kejernihan ,hati ketawa sambil berkata,’ apa mereka fikir aku mahu musnah kan segala yang aku bina?’. Lagi menyakitkan ,hinaan dan torehan dalam datang dari insan yang sangat aku sayang. Benar,tak pernah ada rasa sebegitu pada orang lain. Tapi tak mengapa. itu habuan untuk ku. Thanks..a good lesson for me.

Aku punya penjelasan tersendiri yang tak perlu  untuk ku jelaskan pada kamu yang tak mahu memahami. Mungkin benar aku terlalu takut untuk membiarkan burung itu terbang kerana melihat lagak dan gayanya yang belum betul betul pandai terbang. Namun aku jua lupa,biar hujan mahupun ribut diluar sana, itulah sebenarnya yang membuatkan si burung jadi gagah dan hebat.Aku berjanji, sangkar itu ku buka seluasnya. Terbanglah,mengikut gaya dan aksi mu tersendiri.Tak kan ku berpaling lagi pada sangkar yang lama.

Buat semua,maaf kiranya sangka mu aku penyebab terhenti kejayaan yang aku sendiri dambakan. Maaf kiranya sangka mu aku punca terbantutnya pengorbanan dari insan yang aku jua dambakan pengorbanannya. dan maaf kiranya kau sangka aku yang bukan sesiapa ini faktor kepada berlaku nya kegagalan dalam pondok yang aku mimpikan kegemilangannya. Hingga saat ini,aku masih buntu dan termanggu,kenapa ya aku diuji sebegini…walau bagaimana pun..Thanks..for a good lesson.