Tak payah sembahyang…

Posted: December 27, 2010 in ABSARIA

Teringat cerite dari seorang ustaz yang berkongsi lawak dari kisah seorang penuntut kitab kuning (kitab agama lama yang muka suratnya kekuningan sebab dah terlalu lama usianya),ditambah pula dengan cerita panas ‘Aku Masih Dara’ yang baru ditayangkan di pawagam ,membuatkan aku ingin berkongsi sedikit komentar berkenaan dengan sembahyang ni. Cerita ustaz tu,katanya,ada seorang penuntut kitab kuning ni,mengistiharkan dirinya sudah sampai peringkat sufi dan tak perlu untuk sembahyang lagi.Katanya menurut kitab tersebut,bila sudah sampai tahap sufi,maka ‘tak payah untuk bersembahyang’ .Glosari ‘tak payah’ bukanlah merujuk kepada ‘tidak perlu’ tetapi dimaksudkan sebagai ‘tidak susah’ yang membawa makna,tatkala sudah sampai peringkat sufi, orang tersebut tidak hadapi masalah dan senang untuk solat. Hal ini disebabkan kefahaman sufi akan kepentingan solat dan kewajipannya sebagai seorang muslim. Apa kaitan dengan cerita ‘Aku masih Dara’?

Disember, aku sempat bersama Fruitale meluangkan masa di pawagam.Bukan dirancang,tapi bagi memenuhi ruang masa. Cerita nya dipilih rambang. Ditakdirkan ‘Aku Masih Dara’ jadi pilihan. Hmm,cerita nya bermesej walau pada permulaannya aku hampir mahu meninggalkan panggung dek kerana perkataan jijik dan aksi panas yang memanaskan kerusi ku untuk bangkit keluar. Tapi aku cuba berbaik sangka dan akhirnya dapat jua ku bertahan dan fahami apa yang ingin disampaikan oleh pengarahnya. Ada satu rangkap dialog yang membuatkan aku tertarik dengannya. Hani,watak perempuan sundal dalam cerita ini, mempersendakan ibu dan ayahnya yang boleh dikatakan taat mendirikan solat (walau tak da satupun scene yang tunjuk diaorg solat). Kata Hani,’Mak aku sembahyang, ayah aku sembahyang, tapi hidup merempat jugak..buang masa je!’…Huh,bikin panas bukan. Itulah pahit yang perlu kita telan. Realiti yang perlu kita berdepan. Masyarakat kian kembali pada zaman jahil. Benar kata Nabi,Islam itu datangnya dagang,dan ia akan kembali dagang. Apa maksud nabi? Islam dulunya dianggap asing,namun dengan dakwah nabi,ia diterima dan didakap erat oleh penganutnya. Namun kini, Islam kembali dangang dan benarlah ,ia sudah kembali asing.

Orang pelik tengok wanita bertudung labuh,tapi tak pula pelik tengok wanita berbaju sendat. Orang pelik tengok lelaki berkopiah,tapi tak pula pelik tengok lelaki berseluar pendek. Hmm ,opss, itu nanti kita sama sama bincang dalam isu yang lain. Dalam kepala dah ada satu lg entry,yang tajuknya ada kaitan dengan dialog dalam cerita ni…Katanya,’orang pakai tudung ni,nak tutup love bite,so kau pakai la tudung,bleh la tutup love bite tu’. Tapi tu nanti k. I nak bincang sal solat dulu.: )

Memang,tak ku nafikan.Aku sendiri pernah terdetik,kenapa orang Islamyang  majoritinya dihiasi dengan kemiskinan dan kepapaan. Kenapa Lim Goh Tong cina kafir pula dipakaikan dengan kemewahan dan kekayaan,kenapa ananda krishnan y ang tak pernah rukuk dan sujud pula yang jadi jutawan dan hartawan…Hmm Ini fitnah! Fitnah yang perlu kita sama sama sedar.Bukan Islam punca kemiskinan. Bukan Islam punca kepapaan. Tapi Muslim itu sendiri. Dan ingat,Firaun,qarun dan sebagainya ,tak pernah sujud pada tuhan,tapi diberi kekayaan dunia yang takkan habis walau pun untuk 1 juta tahun. Itu kerana sifat Rahman dan Rahim tuhan. Biarpun Qarun dan firaun atau Lim Goh Tong dan Ananda tak pernah sujud padaNya, tapi mereka berusaha untuk mencari kekayaan. Dengan sifat penyayang tuhan,Dia berikan segalanya, tanpa mengira Hambanya sujud atau tidak pada Nya. Allahhuakbar!

Kita perlu sedar, Tuhan tak akan ubah hidup sesuatu kaum itu,selagi kaum itu sendiri yang merubahnya. Itu janji tuhan. Maknanya,walau si hamba itu solatnya 24 jam sehari,tapi tak pun mahu berusaha mencari harta ,takkan tuhan turunkan harta dari langit untuk isikan perut mereka.Justeru,ianya perlu seimbang atau dengan kata lainnya wasotiah. Dunia kita angkat ,akhirat kita genggam.

Tapi bagi muslim,perlu beringat. Kadang kadang kemewahan buat kita lupa dan alpa. Sebab itulah,kadang kita dah berusaha,tapi tak juga kaya kaya. Jika itu yang terjadi,bersangka baiklah pada tuhan.Beringat,kita hamba,bukan nya tuan untuk punya semuanya. Maha Pencipta tahu apa yang terbaik untuk Hambanya. Aku pernah tersentak dan tersedar,bahawa dengan kesusahan dan kemiskinan lah boleh buat si hamba sentiasa merasakan dirinya hamba. Mungkin tuhan tahu,jika kita kaya,kita akan lupa pada Nya.Dek keran sayang pada kita,Dia berikan apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita mahukan.Pun begitu tuhan tak pernah menfikan kebebasan hanmbanya untuk mengumpul kekayaan,asalakan semuanya dilakukan keranaNya.

Satu perkara lagi, Solat itu wajib buat semua muslim. Namun jangan pernah menganggap dengan kewajiban yang tertunai itu boleh dijadikan tiket untuk mengejar kemewahan ataupun kesenangan. Semuanya hanya denganrahmat dan redho tuhan. Kita tak mampu membeli syurga dengan kewajipan yang dilaksanakan,tapi hanyalah dengan redho dan rahmat dari Allah. Justeru jangan berbangga dengan amala yang dibuat,kerana belum pasti itu jadi tiket ke syurga. Jangan pula terlalu sedih dengan dosa yang lalu ,kerana kita manusia,ada pasang dan surutnya iman dan hapuskanlah ia dengan taubat kepada Maha Penerima Taubat. Kita bukan malaikat yang taat membuat amal,namun kita jua bukan syaitan yang hanya tahu mengagungkan kemungkaran. Kita manusia,ada kalanya bersifat malaikat dan ada kalanya bersifat syaitan. Itulah manusia…tiada yang sempurna.

Tuntas, ayuh kita jauhkan fitnah itu dari Islam.Islam itu tinggi dan tidak ada yang tinggi melainkan Islam. Jangan pula kita Muslim sendiri  merendahkan martabat Islam di mata kafir.Muhasabah untuk diriku dan diri mu bersama…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s