Kisah Hati yang resah.

Posted: December 22, 2010 in ABSARIA

Hati itu kata orang ,berubah ubah sifatnya. Selari dengan makna glosari  ‘Al-Kalbu’ yang bermaksud ‘berbolak balik’.Pesan seorang teman,bila hati itu resah, biarlah resah itu bernilai ibadah,bukan nya mengundang padah. Banyak yang tersirat dari apa yang tersurat. Aku resah.Namun apakah resah ku itu bernilai ibadah. Atau sekadar mengundang parah dan padah yang akhirnya ia menuju susah dan punah.

Hari hari aku berdepan dengan banyak hati.Hati hati aku cuba mengenali hati agar tidak ada yang terasa hati. Namun tetap ada yang sakit hatidan jauh hati bila aku tak berhati hati dalam mengenal hati hati ini. Akhirnya aku sedar. Tak mudah mahu puas kan hati semua hati. Sebab hati itu berubah ubah sifatnya. Sekali lagi,berbolak balik maknanya. Terkadang susah hati aku berfikir ,bagaimana mahu puaskan hati semua hati.Sudah ku cuba sekuat hati,namun masih banyak yang makan hati.Mula lah hati hati ini jauh hati,jauh sekali untuk jatuh hati.

Tapi awas,walau apa keadaan hati,jangan biar hati itu mati. Kerana bila hati mati,budi itu sudah tidak lagi menjadi erti. Benci pula mudah menjadi sebati dalam diri. Walhal hati itu tetap hati.Cuma ia telah mati. Justeru,bagaimana mahu dihidupkan  hati ? Sekadar perlu berhati hati mengenal hati. Ia mati dek kerana terlalu turutkan kata hati. Andai hati berpaksi pada tuhan Insani,insyaAllah,syurga jadi matlamat abadi. Namun jika hati mahu kejar duniawi,bidadari hanya dalam mimpi,bau syurga jauh sekali.

Aku ingin bercerita perihal hati.Kerana ketika detik ini,hatiku seolah olah mati.Mungkin mati kerana aku sendiri pun tidak pasti,ke mana dan apa yang ingin aku cari.Akhirnya aku pasti,yang aku masih belum layak bercerita soalnya hati,sebelum aku benar benar pasti,yang aku sudah bersedia,menerima apa jua bentuk hati,untuk ku satukan hatinya,dengan hati ku yang lara dan banyak lompongnya. Mungkin perlu,untuk ku rawat terlebih dahulu,hati ku yang penuh dengan sakit dan carik,sebelum ku penuhi segala rahsia hati mahupun ruang hati… Sabarlah wahai hati, usah kau resah,usah kau gelisah,kerana Dia lebih tahu,apa yang terbaik untuk mu.Teruskan wahai hati,pujuk hati mu,untuk terus hidup sebagai hati yang senang , tenang lagi terang disinari pelita hati…

Benar,belum tiba masanya untuk ku bercerita soalnya hati…walau sebuah cerita tentang… ‘kisah Hati yang resah…’

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s