Kita mudah lupa.

Posted: January 6, 2010 in ABSARIA

Suatu ketika dulu,Tun Mahathir pernah merakamkan kesedihan beliau kepada bangsanya sendiri melalui bait bait puisi nya ‘Melayu mudah lupa’…bahkan pernah disisihkan kerana bukunya ‘Dilema Melayu’.Hakikatnya bukan mahu mencaci bangsa sendiri,apatah lagi membuka pekung di dada bangsa yang dicintai,tetapi untuk membangunkan minda dan membukakan mata Bangsanya yang bergelar MELAYU.Tajuk entry kali ini ‘Kita Mudah Lupa’ adalah bertujuan untuk sama sama kita fikir kenapa agaknya dan apakah jawapan yang sesuai untuk menjawab punca kenapa kita mudah lupa.Teringat suatu ketika dahulu,sempat saya menuntut di bumi KUSZA yang ketika itu ditadbir oleh kerajaan negeri.Bukan mahu memburukkan,tapi sekadar berkongsi.Keadaan bilik kuliah ketika itu agak dhoif.Kipas yang selalu rosak,tingkap yang seperti hidup segan mati tak mahu,kerusi yang hampir syahid menyembah bumi dan segala ke’antik’an yang boleh anda bayangkan.Namun hari ini ,KUSZA diambil alih oleh kerajaan pusat ,segalanya berubah  dalam sekelip mata.Keadaan usang dahulu seolah olah tidak pernah wujud.Akhirnya saya merumuskan bahawa,punca ‘kita mudah lupa’ adalah salah satunya kerana kita mudah mendapatkan sesuatu perkara tanpa kesusahan atau keperitan yang menghalangi dan mendalanginya.Maka,kita juga mudah untuk tidak menghargainya.Lihat saja lah mahasiswa kita,lebih dekat lagi ialah diri  saya sendiri.Apabila penghawa dingin rosak sedikit,kelas tak dapat diteruskan.Kononnya mat n minah London lagaknya,tak boleh panas sikit.Padahal semuanya makan Belacan!Begitulah keadaan yang sama waktu dengan nya.Ada sesetengah insan LUPA untuk menghargai insan paling berjasa kepada mereka,iaitu ibubapa,kerana lahirnya mereka sehingga ke hari ini,ibu bapa sentiasa dekat di mata.Seolah sudah menjadi lumrah,kita sentiasa menghargai seseorang itu selepas kita kehilangan mereka.Kelak bila ibu dan bapa sudah tiada,barulah terhegeh hegeh hendak ke kubur,membacakan yassin dan sebagainya.Semasa mereka hidup,tak pula mahu berjasa.Itulah kita…,Kita Mudah Lupa.Sama keadaannya dengan  agama Islam.Ramai yang lahirnya ke dunia sudahpun di ‘bin’ dan di ‘binti’kan.Terus diazan dan diiqomahkan,tanda sudah lahir para mujahid Islam yang baru.Namun tak sampai umur 2 dekad,sudah mula menunjukkan sifat dan sikap musyrik dan munafiqnya.Itulah hakikatnya,kita mudah mendapatkannya,maka kita mudah untuk melupakannya.Islam itu hebat dan rasailah kehebatannya dengan merasai kehebatan mengangkat dan memakmurkannya.Akhir sekali,jangan mudah lupa untuk menghargai insan yang menghargai anda.Bukan niat untuk menghidangkan jalan yang payah untuk insan yang ingin mendekati anda dan yang ingin anda dekati,tapi cukuplah untuk tidak melupakan jasa dan pengorbanan mereka kepada anda…Buat Mama dan Abah serta setiap insan yang mewarnai hidup ini…Terima kasih yang tak terhingga buat kalian.

Advertisements
Comments
  1. sahabiah says:

    Moga kembali seperti dulu, sama2 b’juang dalam medan perjuangan.kami tidak lupa pd org yg pernah mentarbiah diri kami suatu ketika dahulu. “Ya muqolibal Qulub, Sabit Qulubana ala Deenik Wa ala Toatik”…Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s