Archive for December, 2009

Usahawan kerjaya pilihan..

Posted: December 29, 2009 in ABSARIA

Tagline ini diucapkan oleh saudari mariam bagi memulakan pembentangan kertas kerja dan juga cash flow bagi Craft Creative Sdn Bhd yang bertempat di Pulau Wan Man.Berkat usaha dan kerjasama,syarikat Craft Creative Sdn Bhd mendapat tempat Ke 3 dalam sesi tersebut.Terima kasih buat semua rakan kongsi yang telah bertungkus lumus.Terima kasih juga buat Encik Aziz dan Cik Noraini dari PUNB yang memberi penerangan dan justifikasi bernas.Sesi pembentangan ini adalah sebahagian daripada Program dalam Kursus Asas Keusahawanan Kali ke 5 yang dianjurkan oleh Universiti Darul Iman dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang berlangsung selama 6 hari 5 malam di Sutra Beach Resort.Hmmm,seronok mendapat pendedahan daripada pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta yang sentiasa menyokong para usahawan.Bertambah seronok apabila para peserta yang cukup sporting dan mesra.Banyak yang dipelajari di sana;antaranya cara membuat pinjaman dan juga analisis serta cadangan dalam pembikinan kertas kerja bagi memohon bantuan.Pendek kata,berbaloi baloi.Memang tak rugi mengorbankan cuti yang sedia ada sedikit tinggal nya.Konklusi yang dapat saya kongsi daripada seminar ini adalah,jatuh bangunnya seseorang usahawan adalah kerana sSIKAP usahawan itu sendiri.Kalau nak salah kan kerajaan,dah banyak bantuan dihulurkan.Kalau nak salah kan persekitaran,samapi kiamat pun x abis.Maka ,segala jari yang menunding,akhirnya akan kembali kepada diri usahawan itu sendiri.Pendek kata,The power to change the world,is starting from changing yourself.Pesan tuhan,Tidak Aku ubah nasib sesuatu kaum itu selagi mana mereka tidak berusaha untuk merubah nasib mereka sendiri.Takdir itu boleh berubah dengan usaha seringan doa,apatah lagi usaha dengan tulang empat kerat.Bukankah Allah itu Maha Memberi lagi Maha Pemurah.Rezeki itu diberi adil kepada semua insan.Pepatah Arab ada berpesan,Man jadda wa jada,Man zara’a,hasada.Siapa yang berusaha dia yang akan berjaya,siapa yang menanam,dialah yang akan menuai hasilnya.Buat para rakan peserta ,Tahniah dan terima kasih atas pengalaman yang cukup berharga.Moga moga cita cita ku untuk menjadi usahawan muda (muda lg ke?),berjaya dicapai.InsyaAllah.


tahukah anda…

Posted: December 19, 2009 in ABSARIA

Tahukah anda akan kewujudan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994? Yup,akta ini wujud untuk memberi perlindungan kepada mangsa keganasan rumahtangga daripada kemudaratan yang selanjutnya daripada pesalah sementara kes mereka sedang menunggu penyiasatan polis atau sementara menunggu perbicaraan mahkamah selesai.Akta ini telah diluluskan pada bulan Julai 1996 dan mula berkuat kuasa pada 1 hb Jun 1996.”Keganasan rumah tangga” ertinya perlakuan seperti yang berikut:

(a) dengan sengaja atau dengan disedari meletakkan atau mencuba meletakkan mangsa dalam ketakutan akan dicederakan,

(b) menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa oleh tindakan yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal,

(c) memaksa mangsa dengan kekerasan atau ancaman untuk melibatkan diri dalam apa-apa perbuatan atau tindakan,yang bersifat seksual atau lain lain ,di mana mangsa mempunyai hak untuk menolak,

(d) Mengurung atau menahan mangsa bukan dengan kehendak mangsa sendiri atau,

(e) menyebabkan khianat atau kerosakan atau kemusnahan kepada harta dengan tujuan untuk menyebabkan atau dengan mengetahui bahawa perbuatan itu berkemungkinan boleh menyebabkan ketakutan atau kejengkelan kepada mangsa.

*Rujukan: -1) Seksyen 2 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994

2) Teo Say Eng,Hak Anda dan Undang Undang.

** Buat Saudara ku Syahmi bin Mokhtar dan puan Jamaliah,selamat Pengantin Baru.Hakikat berumah tangga,pasti akan ada sengketa menguji sentiasa.Ibarat kata pujangga sedangkan lidah lagikan tergigit ini kan pula hidup berumah tangga.Nasihatku,selesaikan dengan berhemah dan berhikmah .Hmm kalau takut dilambung ombak ,jangan berumah tangga di tepi pantai.Hahaha.Moga Berbahagia.

P/s: Thanks syah for the beautiful pic.Even i’m not there,i can feel their happiness.Congrates!

kadang kadang kita perlukan tongkat…

Posted: December 19, 2009 in ABSARIA

Hidup ini penuh dengan ujian.Kadang kadang ujian itu adalah rahmat,dan kadang kadang rahmat itu adalah ujian.Segalanya dikurniakan untuk menjadikan kita insan yang kebal dan kuat dari segala ancaman.Segala kesakitan ,kekalahan,dan kejatuhan sebenarnya pintu kepada sebuah kekuatan,kebangkitan dan juga kemenangan.Namun fitrah manusia yang lemah ,lumrah alam yang pasrah,kita perlukan sokongan dan dokongan tatkala roda dunia kita berada di bawah.Tatkala menghadapi kepayahan,kita perlukan pertolongan.Apabila didesak dengan kepiluan,kita perlukan sokongan dan ketika berdepan dengan kelumpuhan,kita perlukan dokongan.Maka istilah pertolongan,sokongan dan dokongan inilah,Insan perlu akur,kadang kadang kita perlukan tongkat… Jika orang buta matanya,tongkat digunakan sebagai penentu arah,jika orang lumpuh anggotanya,tongkat tempat mereka berpaut dan jika orang yang lemah jiwanya,maka dia perlu akui,ibadat lah tongkatnya sebagai penentu arah dan tempat mereka berpaut menuju Robbul izzati. Justeru,kita perlu akui,kita adalah insan yang penuh dengan kekurangan yang tidak dapat berdiri tanpa ‘tongkat’.

A Friend who always stand beside even in happy or sad also a crutch.Appreciate them before late,becouse a good friend like a diamond in the dark,you never realize thier existence,but you just can feel it,and you know the price of it.

“The things that you most admire about your friends are probably their attitudes”

-John C.Maxwell-

*Sekadar berkongsi,penulis buat masa ini sedang berpaut pada tongkatnya sementara menunggu kaki sembuh.Fuhh,percayalah,anda tidak mahu keadaan seperti ini.

Hari yang dinanti…Walimatul ‘urus

Posted: December 13, 2009 in ABSARIA

Setiap perkara di dunia ini diciptakan berpasangan.baik dan buruk,syurga dan neraka,kanan dan kiri dan macam macam lagi.Namun apa yang kita cukup biasa dan bisa memikirkannya adalah apabila berbicara tentang lelaki dan pasangannya wanita.Lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.Ikatan ini akan menjadi halal sekiranya diikat dengan simpulan perkahwinan.Kebelakangan ini banyak isu berkenaan perkahwinan dipertengahkan di dada akhbar mahupun media elektronik.Isu mas kahwin yang mahal,isu hantaran yang berpuluh ribu dan segala kesulitan yang sebenarnya banyak khilaf faham di kalangan masyarakat.Baginda rasul penyelamat ummah,Nabi Muhammad telah pun mengajar kita cara sebenar ikatan perkahwinan seharusnya berlangsung.Paling penting yang perlu difahami,Islam tak pernah membebankan ummat.Pengamalan masyarakat kini cukup membebankan masyarakat.Mana taknya,kalau nak kahwin,kurang kurang RM 20k mesti dalam tangan.Dek kerana itu,ada yang sanggup berhutang dan bergadai harta pusaka.Semata mata mahu memperjuangkan sebuah mahligai bahagia.Masih ingat suatu ketika dulu,sampai ada yang sanggup pinjam sama ah long,yang akhirnya membebankan keuarga kedua dua belah pihak.Perlu diingatkan,mas kahwin dan hantaran adalah suatu yang berbeza.Kebiasaannya hantaran lah yang membebankan pasangan ,lebih lebih lagi di pihak lelaki.Pesan bijak pandai,jangan sampai kita melabelkan perkahwinanan itu sebagai suatu perniagaan jual beli anak.Mana tak nye,kalau yang ada Ijazah,harganya RM25k,kalu nak murah sikit,ambillah yang ada Sijil je,itupun kosnya RM 8 k,tapi serba satu.Isk isk.agaknya kalu orang dulu dulu yang tak pas darjah enam,berapa agaknya harga….hahaha.(sekadar melawak,tiada kene mengena dengan mana mana individu).Itu kes hantaran,tak kurang pula yang nak buat pilihan.Isunya,bukan pengantin yang buat pilihan ,tapi keluarga pengatin yang lebih sudu dari kuah.Bukan maksud saya keluarga tak boleh campur,tapi biarlah berpada.Kalau dah sampai jadi andartu sebab utamakan pilihan keluarga,itu aniaya namanya.’Mak tak kisah,kalu bakal menantu mak bukan doktor atau pun lawyer(ehem,ehem),ko jangan harap nak kahwin!’…masih ingat kah kita pada cerita kassim selamat? cinta terhalang dek kerana ibu yang mata duitan.Begitulah suasana hari ini.Prioriti kreteria adalah pada kualiti duniawi semata mata.Memang tak salah.Kata kata yang klise kita dengar,’takkan nak bagi anak orang makan pasir bersulam cinta,kalu tak da duit nak kawin.’…Benar ,saya akui,namun apa yang lebih penting,adalah kualiti ukhrawi harus diseimbangkan dengan kualiti duniawi.Huh,alangkah bahagianya jika segalanya begitu sempurna.Bagi diri saya yang masih mencipta dan mencari kualiti diri,hari yang dinanti….masih jauh dan belum pasti,bila tibanya hari.Namun bagi sahabat saya,Che ku nurul anas yang telah melangsungkan perkahwinannya semalam bersama seorang pendidik,Ahmad Puad Bin Nazli,Selamat pengantin Baru…Ku doakan kalian bahagia dunia dan akhirat.Bagi yang sedang membilang hari,Sahabat baikku dunia akhirat,Syahmi Mokhtar,yang juga merupakan pengarah pantai timur Orator inttelectual consultant,moga hari yang dinanti membuka segala kunci kemurahan rezeki dan kebahagian hakiki,bersama sama insan tersayang cik jamaliah yang sudah lama dinanti.Tak lupa juga pada Maisarah,rakan sekolahku yang merancang perkahwinan pada bulan 3 tahun hadapan.Moga dimudahkan urusan.Pada anda semua,paling penting adalah,kita bahagia dan membahagiakan orang lain,dengan setiap keputusan yang kita buat.Kita merancang,tuhan juga merancang,namun perancangan tuhan adalah yang terbaik.Mungkin apa yang kita suka itu sebenarnya racun pada kita,dan yang kita benci itu ,rupanya penawar buat kita.

Selamat Pengantin Baru …

12/12/2009-anas’s wedding

Syahmi dalam keadaan gembira bercerita tentang perancangan perkahwinannya,maisarah pula termenung membilang hari..Moga Kalian Berbahagia.

Persoalan: Ramai yang bercerita,katanya,orang kawin ni rezeki akan dimudahkan dan dimurahkan…kata mereka,’rezeki orang kawin’,then bila dapat anak,banyak dapat rezeki,kata diaorang pula,’ini rezeki anak’..huh,eden tak faham ,boleh jang terangkan?adakah dengan kahwin dan lahirkan anak,kita boleh melipatgandakan rezeki yang kita dapat sebelum ini?…sekadar ributkan minda.

ungkapkan sayang sebelum terlambat..

Posted: December 11, 2009 in ABSARIA

Lumrah kehidupan manusia,kita sering menghargai  sesuatu perkara atau seseorang dalam hidup kita setelah kita kehilangannya.Mungkin ada diantara kita yang sayang pada seorang insan namun terlambat untuk ungkapkan rasa sayang,kerana insan itu telah pergi buat selamanya.Pesan saya pada diri dan anda semua,ungkapkan rasa sayang itu sebelum terlambat.Ungkapan itu mungkin melalui perkataan atau mungkin melalui perbuatan.Paling penting,jangan terlewat melakukannya.Sama keadaannya dengan BUMI kita.Kita tidak menyedari bahawa bumi yang sudah berabad lamanya ini akan hancur kerana tangan tangan kita.Ianya umpama jasad yang perlu kita jaga sebelum terlambat.Beberapa hari yang lepas saya berkesempatan bersama sama rakan rakan dari IPT pantai timur menyertai satu bengkel yang menerangkan kepentingan Pengamalan ‘Amalan Lestari’ bagi mengekalkan keseimbangan bumi antara permintaan bahan yang diperlukan untuk hidup dan juga pengeluarannya bagi menjamin  bahan atau sumber yang diperlukan adalah berterusan dan mampu menampung kehidupan generasi akan datang.Saya akan kupas lebih lanjut apa itu Pengamalan Lestari namun bagi entry kali ini sekadar mahu mengingatkan diri,dunia ini kita pinjam dari generasi masa depan ,maka kita perlu kembalikan ia dalam keadaan yang baik.Maka segala kerosakan yang berlaku,perlu kita rawat sebelum melarat,cegah sebelum terlambat,ubat sebelum ianya merebak.Jadi beringat sebelum buat,jangan amalkan sikap sambil lewa.Duk X pa ,x pa…akhirnya bumi yang binasa.Antara amalan yang boleh kita sama sama amalkan ialah memanfaatkan tong kitar semula,mengurangkan pengguna plastik dan polisterin yang sukar dilupuskan dan juga menanam pokok pokok yang membekalkan oksigen kepada manusia.Sekadar itu dulu , sama sama lah kita beringat ,sebelum terlewat..ungkapkan rasa sayang,sebelum kita tinggalkan bumi atau bumi tinggalkan kita.

aih,x serik serik! ini sudah lebih…

Posted: December 8, 2009 in ABSARIA

Geram, marah, bengang…itu yang dapat saya lafazkan bila baca akhbar hari ini. Nak panggil manusia,macam tak berhati perut.Nak panggil binatang,makhluk tuhan ni pun tak sejahat itu. Sudahlah harta diambil,nyawa pula melayang.Si suami meninggal dunia,si isteri hidup merana.Peragut lari dengan gembira.Kejadian yang menimpa sepasang suami isteri di Taman Maluri Cheras sekali lagi menuntut kita supaya tidak melihat kes ragut ini sebagai suatu perkara ringan.Benar bagai dikatakan oleh sesetengah kita,suasana di Malaysia,semuanya bermusim,hangat hangat tahi ayam.Bukan niat mahu menunding jari pada sesiapa,sekadar berkongsi rasa duka.Harga nyawa mangsa dan luka parah si isteri cumalah bernilai seutas rantai yang belum tentu asli atau palsu.Mungkin dah terdesak dan tersesak,apapun balun saje,tanpa fikir panjang.Dulu kes warga emas terbunuh,jatuh motor sebab kene ragut,hanya untuk nilai wang yang tak seberapa,sekarang si suami malang jadi mangsa.Itu yang dilaporkan di akhbar,yang didiamkan entah berap banyak lagi.

Dari prespektif undang undang,mengambil barang atau harta seseorang tanpa pengatahuan dan keizinan daripada tuan empunya barang boleh dikategorikan sebagai mencuri.Kesalahan mencuri pula boleh menjadi kesalahan merompak apabila untuk melakuakan pencurian itu ataupun semasa berusaha untuk mengambil barang itu dengan cara mencuri,pesalah itu telah dengan sengajanya menyebabkan atau mencuba menyebabkan cedera kepada orang itu,ataupun menyebabkan kematian .Jika pada masa rompakan ,pesalah membawa senjata,maka itu dipanggil rompakan bersenjata.Jadi,dalam kes di atas pesalah boleh didakwa melakukan rompakan.

Hukuman bagi kesalahan merompak di bawah kanun keseksaan seksyen 392 ,pesalah boleh dikenakan penjara selama satu tempoh sehingga 14 tahundan didenda atau disebat.Namun saya mencadangkan agar hukuman yang lebih berat diberikan agar pesalah pesalah ini atau pun sesiapa yang berniat untuk melakukan kesalahan ini,gerun dan takut untuk melakukan kesalahan ini.Mungkin hukuman gantung boleh menjadi wajar berdasarkan keadaan masyarakat sekarang yang semakin meliar.

P/S: Mungkin hari ini bukan kita atau keluarga kita yang menjadi mangsanya,namun esok lusa siap yang tahu.Dunia ibarat roda,berputar mengikut masa,tak kenal sesiapa,tak tahu mangsanya.Jadi jangan tunggu sampai giliran kita yang jadi mangsanya,cegah sebelum terlambat.

* Sumber Rujukan: Kanun Keseksaan

: Hak anda Dan Undang Undang oleh Teo Say Eng.

* *Hari raya aidil adha yang lalu,yang meragut di padang dah kita korbankan,tapi yang meragut dijalanraya,bila pula kita nak korbankan mereka?hahaha

Tahukah anda?

Posted: December 7, 2009 in ABSARIA

Tahukah anda,jika seseorang itu melafazkan kata kata berahi atau menyanyikan lagu lucah dengan tujuan untuk mengaibkan kesopanan dan kesucian seseorang wanita di tempat awam dan kata kata atau nyanyian itu boleh didengari oleh orang lain , maka dia telah melakukan kesalahan di bawah s 294 Kanun keseksaan. Jika dia mengaibkan wanita dengan mekukan kekerasan jenayah,s 354 adalah terpakai kepadanya. Jika dia mencuba untuk merogol,dia akan dihukum di bawah s 376.Kesalahan di bawah s 509 ialah kesalahan untuk mengaibkan wanita.

Untuk menjadikan suatu kesalahan di bawah seksyen ini , unsur berikut mestilah dibuktikan:

(a) tertuduh melafazkan kata kata @ mengeluarkan bunyi @ membuat gerak isyarat @ mempamerkan apa apa objek

(b) tertuduh bertujuan supaya kata kata yang dilafazkan @ mengeluarkan bunyi @ Menunjukkan isyarat @objek yang dipamerkan didengar@ dilihat wanita;

(c) tertuduh mengganggu privasi seseorang wanita;

(d) dia bertujuan mengaibkan wanita.

**rujukan: Hak Anda Dan Undang-undang,Teo Say Eng

: Kanun Keseksaan

P/S: Hargailah setiap wanita yang telah menyinari hidup anda.Lumrah manusia,kita sering memberi penghargaan kepada sesuatu hanya setelah kita kehilangannya.Sesungguhnya wanita dan lelaki itu saling melengkapi antaru satu dengan yang lain.Love everybody.

Merenung,ditenung dan…termenung.

Posted: December 7, 2009 in ABSARIA

Kadang kadang kita temui jalan buntu pada suatu permasalahan.Puas kita fikirkan penyelesaiannya.Kita merenung dan termenung,mencari jalan untuk masalah itu.Rupa rupanya,apa yang ditenung adalah penyelesaiannya.Masalah itu adalah kunci kepada masalah.Huh,agak complicated keadaan ini.Sebenarnya saya terfikir akan kehidupan selepas belajar nanti.Bagaimana persaingan dan juga cabaran yang bakal diterima.Perkara ini terdetik ketika menyertai delagasi UDM ke persidangan pemimpin pelajar undang undang,South East Asia Law Student Convention (SEALS) 2009. Ramai peserta dari seluruh Malaysia yang datang untuk bertukar pandangan pada seminar ini.Namun,apa yang mengagumkan saya,tahap kepimpinan dan wibawa para peserta cukup hebat sehingga diri ini agak kelu untuk berkata kata.Saya termenung seketika.Andai inilah sainganku,apa yang perlu aku lakukan.Merenung dan termenung.Rupa rupanya,yang ditenung itulah jawapannya.Ia ada dalam diri saya.Pepatah yang selalu saya katakan pada adik adik junior terutama yang berada dalam debat,saya sendiri gagal menggunakan sebaik mungkin. ‘We are Not born to be somebody,but we create ourself to be somebody.’Pesan pensyarah saya, a leader are not born to be,but learn to be. Hakikat kehidupan,Ilmu adalah segala gala nya. Pesan bijak pandai ,Sesiapa yang mahukan dunia,carilah ilmu,siapa yang mahukan akhirat,carilah Ilmu,dan sesiapa yang mahukan kedua dua nya,carilah Ilmu.Akhirnya,saya mengakui,diri ini masih banyak kelemahan,kurang ilmunya dan pelbagai kelompongan.Justeru ,penyelesaiannya,saya perlu bangun dari mimpi,keluar dari zon keselesaan,sahut cabaran dan ubah pemikiran.Semoga muhasabah ini menjadi titik mula sebuah reformasi…

 

merenung…

 

 

 

..even the day is not today)

Khinzir Vs Rasuah

Posted: December 7, 2009 in ABSARIA

Salam…untuk entry ringkas ini,saya sekadar mahu berkongsi dengan anda berkenaan dengan perbandingan menarik yang diberi oleh tokoh maulidirrasul ini,iaitu Al Fadhil Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah ,semasa di seminar SPRM di UKM baru baru ini.Penceramah bebas yang dilahirkan pada 24hb April 1965,di Tangkak, Perak ini sungguh lantang dan bersemangat ketika memberi ceramah kepada para peserta seminar.Banyak perkara yang menarik yang disampaikan dan antaranya perkara yang ingin saya kongsikan dengan anda sekalian.Pemegang sarjana sastera analisis polisi dan keselamatan UKM dan PhD UPM ini menyatakan bahawa makankhinzir lebih baik daripada makan rasuah.Agak menarik bukan.Pertama kali mendengarnya,saya sendiri agak terkejut. Perkara biasa bagi manusia,gemar mendengar perkara yang agak keras sebegini.Namun apabila beliau menerangkan kembali,baru seantero dewan faham apakah mesej yang hendak disampaikan oleh beliau.Terang alfadhil ustaz,kalau makan khinzir,dosanya hanya dengan tuhan,sebab tuhan yang melarang perkara tersebut,dan kesan buruk yang diterima juga,hanya kepada si pemakan khinzir tersebut,bukan orang lain. Namun berbeza dengan pemakan rasuah,ia akan mengakibatkan kesan buruk kepada ramai orang dan ianya berantai rantai.Orang yang memberi rasuah akan berdosa,penerima rausah berdosa,anak2 penerima rasuah akan makan harta rasuah,dan orang orang disekeliling juga akan terkesan dengan rasuah.Contohnya,andai si A adalah calon paling yang layak menerima geran atau permit projek pembinaan yang akan menentukan jatuh bangunnya syarikat beliau,namun walaupun mengisi borang dan sebagainya mengikut prosedur yang diperlukan,beliau gagal memperolehi dan beliau jatuh bankrupt.Kesan akhirnya,Syarikat gulung tikar,isteri mintak cerai,dan anak pun terabai.Si A merasakan beliau sudah tiada kehidupan lagi dan mengambil keputusan untuk bunuh diri.Setelah bunuh diri, si A menjadi roh yang tidak tenang,menyiasat kembali kenapa permohonan beliau untuk mendapatkan projek gagal.Akhirnya beliau dapat tahu bahawa rupa rupanya Datuk B telah pun memberi Rm5000 kepada S/U sulit Pegawai yang meluluskan tender tersebut untuk menyorok segala permohonan lain dan hanya meluluskan permohonan datuk B tersebut.Maka Roh si A naik berang dan menolak Datuk B dari banglo 5 tingkat beliau.Lihatlah,betapa besar impak rasuah,2 nyawa terkorban,anak dan isteri tak terurus,pekerja hilang mata pencarian dan sebagainya.Justeru, kita perlu sentiasa berwaspada dan berkira kira,sebelum bertindak mengikut rasa.Walaupun rasuah ini umpama debu dijalanan,yang pasti akan melekat apabila kita melintasinya,kita perlu untuk sentiasa berusaha membersihkan nya.walaupun rasuah ini umpama budaya yang tak dapat dielakkan dalam kehidupan masyarakat, kita perlu berusaha membetulkan keadaan ini agar tidak berterusan.Moga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.

** Cuba anda gantikan rokok dengan rasuah dalam entry ini. Khinzir Vs Rokok…Hahaha.Jangan marah ye perokok sekalian.Ianya benar.Anda bukan sekadar mambahayakan diri anda tapi seluruh generasi masyarakat.Sayangi diri anda dan sayang orang yang menyayangi anda.

Cegahlah…

Posted: December 7, 2009 in ABSARIA

Hi guys,salam buat kalian…Pastinya di akhir tahun ini ,ramai yang membilang hari yang masih tinggal untuk membuka lembaran tahun baru.Kata orang,nak buka buku baru la,yang lama dah jadi sejarah . Tapi,buku sejarah ini bukan untuk ditinggal sepi dibiar mati,ia perlu dianalisis dan dijadikan sumber rujukan penting,agar yang buruk kita jadikan sempadan yang baik kita gandakan.Beberapa minggu ini saya diberikan kesempatan untuk bersama sama dengan ramai tokoh tokoh dan juga pemimpin masyarakat.Bulan lepas,saya di seminar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ramai tokoh pendidikan yang hadir sebagai pengupas modul yang menerangkan kepentingan integriti dalam mencegah rasuah. Antaranya,Tuan Haji Anis Yusal,Prof Datuk Dr. Samsul Amri,timb presiden IIM,Timb Pesuruhjaya SPRM dan ramai lagi.Suatu perkara yang penting yang saya dapat lihat apabila berbincang persoalan integriti adalah sikap dan sifat masyarakat itu sendiri yang memainkan peranan dalam membentuk suasana harmoni sesebuah Negara. Bagi pendapat saya, situasi ini haruslah dicetuskan oleh para pemimpin yang sepatutnya memberi contoh yang baik kepada pimpinan mereka. Saya berkesempatan untuk minum bersama sama Pengarah pantai timur Intelectual Orator Consultant (IOC) yang sempat untuk berkongsi cerita berkenaan pemimpin masyarakat yang tidak langsung mempamerkan ciri ciri pemimpin yang baik.Pemimpin yang pernah bergelar senator suatu ketika dahulu cukup mempamerkan kegelisahan beliau apabila masyarakat datang mengadu nasib kepada beliau,tidak menepati masa yang dijanjikan,dan sebagainya.Mungkin ada yang berpendapat kita perlu bersangka baik dan sebagainya.Namun apa yang saya ingin gambarkan adalah sikap dan sifat pemimpin inilah yang akan merintis perubahan kepada sikap dan sifat rakyat pimpinan mereka.Lihat saja sejarah dan sirah manusia agung Muhammad SAW. Nabi Muhammad yang telah diiktiraf sebagai insan berpengaruh dalam buku berjudul The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History,telah menyebabkan ramai kuffar yang masuk Islam hanya dengan melihat tingkah dan laku baginda.Ramai musuh yang jadi kawan setelah melihat kejujuran rasul ini menguruskan perniagaan dengan penuh integriti. Kesimpulannya,saya suka memetik kata kata saudara Nasir,Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UKM,yang juga merupakan pembentang kertas kerja dalam seminar ini,kita perlu wujudkan budaya menjaga tepi kain orang.Maksud lain beliau adalah kita perlu saling berpesan pesan ke arah kebaikan dan bersama mencegah kemungkaran dalam membasmi masalah integriti dan masalah rasuah ini.

**Bukan kah itu sebenarnya peranan manusia sebagi khalifah di muka bumi tuhan ini? Bukankah itu sebenarnya tugas   kita yang ramai diantaranya telah lupa? Bukankah juga kita akan ditanya berkenaan tugas ini tatkala bertemu dengan tuhan Maha mencipta? Sama sama kita muhasabah…Moga yang kurang kita tambah,yang bantut kita cambah, ,yang tumpul kita asha,dan yang salah kita ubah. Wallahua’lam.