Archive for April, 2010

Seminggu sekali je pun….

Posted: April 30, 2010 in ABSARIA

Usai solat Jumaat,terus mengadu pada abah tentang kualiti khutbah jumaat yang bagi saya semakin rendah standardnya.Berceramah perihal kehidupan,tajuknya tentang pekerja berkualiti.Benar,tajuknya kene pada masa kerana esok Hari Pekerja.Namun bukan kah hakikat khutbah jumaat ini mendatangkan kesedaran berkenaan Islam yang kian dagang pada Muslim yang datangnya jarang jarang ke masjid.Sekali seminggu sudah dikira syukur.Namun malangnya lagi tatkala khutbah jumaat ini dipandang sekadar mencukupkan syarat sah solat .Kalau tak dengar,berdosa la pula.Hmmm,sedang khatib syok sendiri memberi khutbah,ada seorang anak sedang membuat origami dari duit seringgit pemberian ayahnya.Mungkin untuk mendidik si anak agar ringan tangan untuk memberi sedekah.Tapi si anak itu pula bermain main dengan duit seringgit itu.Selepas bentuk burung,dibuat pula bentuk kapal terbang dan pelbagai lagi.saya sangkakan si anak ini memang berbakat dalam mencipta bentuk dari duit kertas seringgit,rupa rupanya si ayah ada di sebelah,menunjuk cara bagaimana membentuk origami tersebut.Dan itu ketika KHATIB SEDANG BERKHUTBAH!Kalau dah ayah kencing berdiri,si anak lagila,kencing berlari.Mungkin ini agaknya di panggil si ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Saya pernah beberapa kali bangun dari saff depan dan ke saff belakang semata mata mahu para jemaah itu diam ketika khatib syok sendiri menyampaikan khutbah.Bukan mahu tunjuk pandai ,tapi tak mahu mereka terus tanpa sedar menghina kesucian Jumaat dan membusukkan keagungan rumah Allah.Bertambah sedih lagi,bila saya sedari bukan saja kanak kanak yang aktif bergurau dalam masjid ketika khutbah berkumandang,tapi si ayah dan si abang yang dah bermisai dan berjanggut,ketawa terbahak bahak,dengan gurau senda,walaupun ketika itu,persoalan MATI yang dibicarakan tok Khatib.

Muslim kita diberi kewajiban datang ke solat Jumaat.Sekali Seminggu je pun… kenapa ruang dan peluang ini tidak dilihat sebagai amat penting pada ummat kita? yang berduyun duyun ke rumah Allah ini adalah bapak bapak ,ayah ayah dan pimpinan keluarga paling kurang.Mereka ini akan bertindak sebagai medium penyampai kepada anak anak dan isteri di rumah,apa kandungan khutbah. Namun jika khatib gagal sampaikan dengan baik,atau pengisiannya sekadar mahu rakyat beli barangan tempatan demi menjana ekonomi negara Islam,tak ke rosak masyarakat.Banyak lagi perkara akar umbi yang perlu diberi perhatian dan penekanan.Adakah soal pekerja cemerlang yang kita mahu agungkan, sedangkan masyarakat kita umpama telur di hujung tanduk,tunggu masa sahaja mahu hancur ,jika dilihat dengan kedahsyatan masalah akhlak dan kebejatan sosial sekarang.

Justeru,saya mengharapkan agar mutu dan tahap khutbah kita dipertingkatkan.Bermula dari kemahiran Tok Khatib menyampaikan khutbah hinggalah kepada pengisisannya.Memang malang ,bahkan susah untuk mengakui bahawa ummat sekarang bukannya rajin sangat nak ke masjid.Tapi bertambah malang bila peluang unutk mentarbiah mereka sekali seminggu ini dibiarkan sepi dipandang mati tanpa suatu kualiti yang boleh mengubah diri.Sekali seminggu je pun…

P/s: Jangan hanya kerana terlalu mahu seiring dengan masa,kualiti dan mutu khutbah kita abaikan.Tak kan lah bila musim buah buahan,tajuk khutbah kita pun ‘Belilah buah buahan tempatan’.Tak ke haru biru jadinya.

kita memang ramai,tapi nabi cakap kita ni macam buih…

Ramalan atau kebetulan.

Posted: April 28, 2010 in ABSARIA

Tatkala bercakap soal ramalan ,teringat pada pembaca ramalan kaji cuaca,hampir seluruh pelosok dunia percaya apa yang dikhabarkannya.Mungkin ada yang gembira mendengar nya,tak kurang pula mereka yang mendengus membencinya.Ada antara mereka yang membatalkan rancangan yang dicadang sekian lama,hanya kerana ramalan si pembaca berita.Ada juga yang mencipta rancangan hanya setelah mengetahui rahsia ramalan si pengkaji cuaca.Semua ini hanya kerana RAMALAN kan?.

Isu dan isinya hanyalah, RAMALAN atau KEBETULAN? Kenapa ada antara kita ini iterlalu yakin dan percaya dengan bicara si pembaca ramalan ini? adakah kerana berdasarkan pencapaian ramalan tersebut yang sentiasa betul dan mengena?atau ramalan itu datangnya dari pakar atau alim ulama’ dalam bidang kaji cuaca? atau memang masyarakat kita tradisinya  percaya pada RAMALAN?

Hakikat nya,hidup ini sukar untuk diramal,bukan?Kata tuhan,Kita ,manusia merancang,Tuhan juga merancang,namun perancangan tuhan itu mengatasi segalanya.Pendek kata,setiap insan boleh meramal,namun secara KEBETULAN,RAMALAN ini mengena,dan merekan perlu percaya,KEBETULAN ini lah dari tuhan,dan tidak dapat tidak ,perlu ditelan oleh ummat Manusia,sebagai ketentuan yang ditentukan tuhan.Dan ketentuan ini ditentukan mengikut keperluan Insan yang hanya diketahui oleh Penciptanya baik dan buruknya.

Ada orang benci akan guruh dan kilat sabung menyabung.Padahal mereka tidak pernah tahu,kerana kilat dan guruh ini lah yang menstabilkan dunia kita.Kata seorang guru kimia saya,atom atom dan molekul molekul bumi yang semakin tenat ini distabilkan melalui pancaran kilat dan petir.Kata Ustaz,kilat ini sebenarnya dipancar untuk menghancurkan syaitan yang semakin ramai di bumi ,tak kira lah yang bertopengkan manusia atau yang hakikinya memang dah syaitan.Ini mungkin antara hujah yang membuktikan bahawa kita sebenarnya tidak tahu hikmah sesuatu perkara  kepada insan.Pesan Robul lagi,dalam surah Baqarah ‘…mungkin apa yang kamu suka itu,sebenarnya buruk untuk kamu,dan mungkin apa yang kamu benci itu baik untuk kamu’. Maknanya,hanya Tuhan sahaja yang tahu,apa yang terbaik untuk hambaNya yang dhaif dan penuh khilaf ini.Pernah anda dengar kata kata indah dari sistem pesanan ringkas (SMS),katanya; ‘Apabila tuhan sembunyikan matahari dari pandangan kita,tuhan keluarkan hujan,ribut dan petir.Kita menangis bencikan hujan,ribut dan petir,dan kita minta tuhan berikan kembali sang matahari.Namun,kemudian ,hasil dari ribut ,hujan dan petir tadi yang sudah berhenti,terbitlah sang pelangi yang mewarnai kehidupan kita.Rupa rupanya,Dia mahu hadiahkan kita  dengan suatu yang lebih baik dan cantik .”

Walau apa pun,bagi saya,perkara yang paling sukar diramal adalah MANUSIA.Mungkin kita rasa kita sudah cukup kenal dengan sahabat kita.Mungkin juga ada di antara mereka,merasakan mereka sudah cukup kenal dengan kekasih hati mereka,namun jangan dipandang general dan diambil simple akan perkara MANUSIA ini,kerana hati mereka yang bernama manusia ini mudah berubah.Sebab itu hati ini di panggil AL KALBU sebagaimana dalam entry saya sebelum ini.AL KABU ini maksudnya ‘berbolak balik’.Dek kerana itulah kita disarankan untuk selalu berdoa kepadaNya; Ya Muqollibalkulub,sabbit kulubi ala dinnika wa ala toatik…Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati,Tetapkan lah hatiku dalan agamaMu dan Ketaatan Kepada Mu…Namun,andai kata RAMALAN yang sering kita buat ini betul dan kena pada tempatnya,percayalah ianya hanyalah KEBETULAN.Mereka ini(MANUSIA) akan sentiasa berubah ubah.Tak kira siapa mereka,Sahabat baik,rakan seperjuangan,adik beradik, kenalan,atau siapapun mereka,mereka ini akan sentiasa berubah ubah.Justeru,bagi mereka yang memegang gelaran gelaran ini,jangan cepat melatah untuk berubah,walau ianya memang sudah lumrah.Kerana semangkuk kita berubah,sekawah membawa bah.Bah ini mungkin baik untuk orang yang kita sayang dan mungkin juga perit untuk diterima insan yang kita gelar sahabat dan rakan. Maka pesan khulasah buat semua dan bagi mereka yang suka meRAMAL,percayalah RAMALAN itu hanyalah suatu KEBETULAN,dan PERUBAHAN itu kadang kadang menyakitkan dan kadang kadang membahagiakan .

P/s: Namun,apa yang pasti,tidak kiralah ianya RAMALAN ataupun KEBETULAN,setiap perkara itu perlu wujudnya KEPERCAYAAN.

AIN,KALBU dan seluruh panjinya…

Posted: April 24, 2010 in ABSARIA

Lumrah kehidupan insani,AIN,KALBU dan seluruh panjinya jarang menghargai sesuatu perkara,sehinggalah AIN,KALBU dan seluruh panji kehilangannya.Tatkala sesuatu perkara itu di depan AIN,AIN akan memujuk KALBU bahawa sesuatu perkara itu akan kekal di situ.KALBU akan terus leka tanpa berkata apa bermain main dengan seluruh panjinya.Sampai lah suatu ketika,KALBU mula bersuara duka,rupanya sesuatu perkara itu telah pun tiada,pergi tanpa berpaling lagi.Bila KALBU bersuara duka,maka bergetar lah seluruh panji nya tersentap kaku dan beku,termasuk lah AIN yang berteriak dengan kata kata jernih yang mengalir tak putus putus.Maka,bermula detik itulah,AIN tidak lagi bersuara,kerana kini KALBU yang menjadi pemandu seluruh panjinya. Kini KALBU mula berlari kencang,langkahnya penuh keyakinan,tanpa ada rentak yang songsang,tidak pernah lagi berpaling ke belakang.Tiada lagi  kedengaran suara  AIN yang menjadi saksi seluruh perjalanan KALBU dan panjinya.Rupanya,KALBU mula sedar,AIN perlu bersuara semula.Tapi suaranya perlu dilagukan bersama irama suara KALBU.Kini KALBU pula yang memujuk AIN,bahawa semua sesuatu perkara yang ada di depan AIN itu tiada yang kekal.Seluruh nya sementara dan bakal pergi tiada kembali.Hari ini,AIN dan KALBU bersatu,bersama panjinya menjadi padu,yang di depan mereka hanyalah SATU.Perjalanan menuju ke arah keredhaan Penciptanya Yang Maha Melihat Lagi Maha Mengetahui.AIN,KALBU dan seluruh panjinya kini tidak lagi bersuara sedih,kerana mereka mula sedar,hidup ini terlalu singkat untuk menatapi duka yang tiada makna,luka yang tiada sembuhnya…Kini AIN,KALBU dan seluruh panji mereka pula yang sedang menghitung hari,mengikuti sesuatu perkara,untuk menuju ke destinasi yang kekal abadi.Bertemu Mu ya Robbi Ya Izzati.Ya Muqalliban kulub,sabbit kulubi ala dinika wa ala toa’tika…Ya tuhan ,pandulah AIN ku,KALBU ku, dan seluruh panjiku ke jalan keredhaan dan kasih sayang Mu..Sesungguhnya aku juga seperti sesuatu perkara,akan kembali kepada Mu ,buat selamanya…Namun ya Tuhan,janganlah sampai aku kehilangan sesuatu perkara barulah KALBU ku mahu bersuara,jangan lah AIN ku ditipu lagi dengan wangian bunga palsu duniawi..Pandulah aku ya Tuhan…

Jalan ini yang ku pilih..

Posted: April 17, 2010 in ABSARIA

Setiap hari ,tiap ketika,pasti akan hadir sebuah pilihan yang perlu direncana.Ke kiri atau ke kanan,ke depan mahupun ke belakang.Kata orang,jangan lagi pandang ke belakang,kerana di depan penuh dengan kekalutan.Kata orang juga,andai mahu buat pilihan,pandang lah ke kiri dan ke kanan,bimbang ada aral yang melintang.Lumrah melayu,sering memberi jalan,agar orang hatinya senang,biarpun pilihan jadi gadaian,ya…,asal hati orang jadi senang.Namun bagiku,jalan ini yang aku pilih…jalan yang langsung tak pernah mengizinkan ,kelemahanku ditatap orang,kekuranganku dikesan insan,hmm,apatah lagi memberi jalan,pada orang agar hatinya senang.Kataku.biarlah apa orang hendak canang,pedulikan apa lagu yang mereka mahu dendang,apa yang aku tahu…jalan ini yang aku pilih…

Only For Cactus Lover…This Is NOT Just A Normal Cactus..But It’s ‘Cahaya Mata’ Cactus.

Bila Hati Sudah Bisu…

Posted: April 15, 2010 in ABSARIA

Lama sangat rasanya berdiam diri.Bukan menyepi sebarangan,tapi menganalisa diri mencari sebuah realiti yang diimpi.Kata orang yang petah bicaranya,berundur bukan bererti mengalah,tapi untuk mengatur langkah.Memang banyak yang sudah berlaku.Laman ini seumpama mati tanpa luahan hati mahupun perkongsian akli.Kali ini bicara ku pada monolog diri yang sepi tatkala hati sudah menjadi keras umpama besi,Kebisuan sudah singgah di hati,hati sudah tiada bicara lagi…Sering kita ungkap,ikutlah kata hati,andai hati itu suci,kebenaran lah menyusuri diri.Namun bila hati itu sudah tiada lagi suci,bisu mungkin pilihan terbaik bagi hati.Bimbang kebatilan menjadi pilihan insani.Bila hati sudah bisu…nafsu mula bersuara.Maka,jalannya terarah pada suara sang Nafsu.Bersuara tanpa memikirkan kesan pada diri yang sedang terapung di ruang duniawi mahupun pada akhirat pentas pembalasan abadi.Aku sedar,untuk hati kembali bersuarr,perlu pada latihan rohani,pembentukan akli dan ilmi.Namun,bila hati ini sudah bisu…semuanya umpama debuan dijalanan,dipandang enteng tiada penting.Bila hati sudah bisu…nafsu menjadi suara yang satu…