Segala yang berlaku ada hikmahnya

Posted: September 20, 2008 in ABSARIA

Salam rakan rakan ku,alhamdullilah hari ini dah masuk 20 Ramadhan 1949.tinggal hampir 10 hari lagi ramdhan bersama sama dengan kita.Dia yang Maha Penyayang telah memberi pelbagai bentuk peluang dan rahmat kepada hambanya untuk bertaubat dan menginsafi dosa dosa yang lepas.Salah satu bentuk rahmatNya yang tiada keraguan ialah lailatulqadar.Diberi rahmat dan ganjaran berlipat kali ganda bagi siapa yang dihadiahiNya dengan malam ini.Namun ianya untuk insan yang sanggup berkorban.Beberapa hari yang lepas saya ada berbincang dengan rakan kelas berkenaan dengan Cinta.Saya nyatakan cinta bermaksud pengorbanan.Ada sebahagian yang setuju dan ada yang berpendapat sebaliknya.Saya yakin,cinta akan lahir apabila wujud pengorbanan.Cinta pada tuhan akan hadir bila kita berkorban melawan nafsu dan syaitan.Cinta akan tiba bila kita mengenal erti setia yakni berkorban untuk tidak menjadi ‘buaya’ Hahaha.Suatu perkara yang ingin saya nyatakan pada kalian,tanpa cinta kepada Allah ,yang bisa hadir melalui pengorbanan yang luar biasa dari insane biasa yang penuh dengan kelemahan,amat mustahil untuk kita perolehi rahmat Nya yang satu ini>ramai sahabat saya yang diluar sana berdialog,”oh,mlm ni dah masuk 10 akhir ramadahan,mesti solat terawih 20 rakaat nih…nak dapat lailatulqadr’.Emmm,mungkin ada yang berpendapat ini dah kira baik.Namun sedar atau tidak,kita seolah olah hipokrit.Tiba dekat dengan 10 akhir ramadhan,baru terhegeh hegeh nak pulun beribadat.Apa dah jadi dengan sebelumnya.Maksiat dilakukan sewenang wenangnya.Hakikat yang perlu saya terima,saya sebagai insane biasa juga tak dapat lari dari situasi seperti ini.Pernah melaluinya dan pernah menyesalinya.Justeru saya mengajak diri inidan rakan rakan muhasabah bersama sama.Emmm,kita tinggalkan sejenak sesi muhasabah,mari kita ringan ringankan dengan isu yang dah terlanjur kita bincangkan.Huhuhu,menarik bukan.Kali in cerita cinta telah terungkap dalam post kali ini,berkebetulan pula ‘lagu ayat ayat cinta’ nyanyian Rossa tersembul dari list winamp laptop saya.Fuh,segalanya bagai telah dirancang.Itulah AgungNya Tuhan.Hmmm,minggu ini ujian yang hadir dari diri yang kerdil berjasad besar ini lebih menjurus kepada bau bau “cinta’.Perkataan ini cukup ajaib>ianya seolah olah dadah untuk atlet yang kepenatan,umpama lobak kepada keldai,umpama pelincir kepada kereta.HmmmSegalanya umpama pemangkin kepada kehidupan manusia.Biar saya mulakan cerita saya.Beberapa minggu yang lalu,diri ini umpama kekosongan tatkala kepenatan menghabiskan tugasan yang diberi oleh para pensyarah,Selepas selesai semuanya,hati terdetik untuk memikirkan suatu perkara yang sekian lamanya ditempis.Namun kali ini,bola bola itu Berjaya bolos ke jaring pemikiran ku.Huhu,its not about the goal keeper,but its about the power of the ball.Huh,lantas terasa diri ini mahu menyayangi dan disayangi.Mulalah mengatur beberapa perancangan nakal.Banyak insan insan yang tersenarai menjadi sasaran ku.Ahaks..kelakar bukan.Malangnya,satu persatu gugur dari senarai(ramai yang ‘diam tak berlagu’),hingga tinggal 2 nama yang tersenarai.hmmm,mendebarkan.Setelah rancangan rapi dibuat,sayangnya ’board of director’ menyifatkan kedua dua nya tak sesuai(atau dengan kata lain dah berpunya la).As a conclusion,I wiil go on with my bachelor status.Ahaks,namun Tuhan Maha Memahami,dalam kekalutan saya menampal balik jaring saya yang bocor akibat bolosnya bola bola cinta tadi,datang seorang insan yang menyatakan kesediaannya untuk setia disisi saya.Pehhh,cukup dramatic bukan.Hmmm,hati masa itu ,bagai mahu meletup,bukan calang calang wanita yang datang,tuhan saja yang tahu.Saya buat masa ini akan teruskan hidup seperti biasa.Namun sedikit perubahan yang perlu saya lakukan bila sudah ada insane yang setia pada kita,apakah kita mahu belot padanya.Mungkin boleh,namun tidak pada saya.Saya akan cuba beri yang terbaik.Segala cerita diatas ini adalah imiginasi saya dan saya cukup yakin ianya akan berlaku suatu masa nanti.Tapi yang pasti ,saya masih tetap saya.Single and available.Ahaks…Saya kongsi cerita ini dengan anda bukan kerna sekadar bersuka ria,namun percayalah Tuhan Maha Mengetahui apa yang berlaku pada kita,dan segalanya ada hikmahnya.,juga untuk buktikan Kuasa Cinta Illahi pada hambaNya.Sebagaimana ungkapan syair yang saya tulis hasil karya penyair sufi agung Arab memang benar.’Aku minta kekuatan lalu Kau beri kesulitan,untuk menjadikan ku gagah,Ku pohon cinta kekasih lalu kau beri mereka yangbermasalah,untukku cari penawar duka,aku harap keteguhan hati,lalu kau beri aku bahaya,untuk bahaya,untuk ku tangani.Justeru,aku tak peroleh apa apa yang aku pinta,namun aku dapat segala yang aku perlukan.walaupun saya sentiasa bertemu dengan insan yang bukan saya harapkan(semacam syair diatas) namun saya percaya,ianya untuk kebaikan saya.Justeru percayalah,segala yang berlaku ada hikmahnya…sekian

Advertisements
Comments
  1. lym says:

    ai minat jugak ke cite ayat2 cinta…ni awk yg tulis ke sape yg tulis..
    btw..sy tak minat sgt bc pnjang2 ni..
    hehehehehe
    bkn ape sbb tak der pragrph…lagi mls nak bace sbb dekat2 …
    mata ku ini sudah rabun..kamu mau aku tambah rabun ya..abg burhan

  2. nurika12 says:

    Pengorbanan…hurm…ape ye…membaca ape yang saudara Bobo (hehe) tulis nie…terfikir, dalam hidup ini, apa sebenarnya yg sy da korbankan dr diri ini? kadang-kadang, pengorbanan yg kite buat tu sebenarnyer utk kebaikkan kite jgak kan…hurm…=) setia pada yang satu…hurm…something to think about…rite =p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s