Archive for November, 2008

Tertangguh lagi…ahaks: )

Posted: November 26, 2008 in ABSARIA

Salam buat rakan semua…hari ni tingaal lg sehari untuk buat persedian ke Pertandingan Debat DiRaja di Uia.Penat,pening,bosan,dan sebagainya sentiasa bermain dilubuk pemikiran.Kenapa x lepak kat rumah je?tengok TV lg best.nape nak sibuk2 ngan mende mende mcm ni?…hmmm,antara persoalan yg sering bermain difikiran.Namun,hati tetap percaya ,semuanya untuk kebaikan diri sendiri di masa depan.Sepanjang latihan debat berjalan,banyak perkara baru saya belajar.Terutama daripada adik adik yang bersama sama terlibat dengan latihan.Bukan sahaja mengenai debat,tapi juga mengenai erti sebuah kehidupan.Namun,apa yang nyata,saya dah TERTANGGUH untuk memberi respon dan berbincang dengan kalian perihal isu perundangan terkini yang berlaku di sekeliling.Tapi x pe,saya pasti akan lakukannya jua.Hmm,selepas daripada paper Islamic Transaction baru baru ini,saya dapat rasa tekanan sentiasa hadir.Ntah mengapa,mungkin kifarah dosa,ataupun sebab ujian berpahala: ).namun yang pasti ,ianya amat mencabar diri.Saya perlu akur,tuhan x selalu beri apa yang kita nak,tapi Dia beri apa yang kita perlu.Saya terus Optimis bahawa ujian ujian ini adalah imun bagi saya untuk hadapi ujian yg lebih besar di masa depan.Saya akan kongsi dengan kalian,mungkin ada rakan rakan yg ingin respon tentang apa yg berlaku ,saya alu alukan.Hari ini wujud satu persoalan besar pada diri ini.Adakah perlu seorang pemimpin yg memimpin org org hebat¬† itu perlu menjadi paling hebat kerana dia meminpin orang orang yang hebat,supaya kredibilitinya tidak tercalar?Pening…saya tinggalkan soalan ini di pengakhiran entry ini agar boleh kita bincang untuk entry akan datang..tq.

Dunia oh Dunia…

Posted: November 17, 2008 in ABSARIA

Salam mahabbah wa mawaddah(kata Majlis Perwakilan Pelajar UDM yg baru,pinjam jap)…entry kali ni juz untuk memastikan blog ini tidak sepi tanpa penulisan.Saya masih belum sempat untuk menunaikan janji untuk memberi kupasan berkenaan dengan dunia perundangan yang kian hangat dibincangkan dari hari ke hari.Tak mengapa ,janji akan kekal janji.InsyaAllah saya akan tunaikan,kerana saya sangat berminat untuk berkongsi dengan kalian dan berbincang isu berkenaan.Ada juga intai intai blog rakan rakan yang asyik dengan kehangatan isu isu ini.Cukup cemburu.Namun dek kerana kekangan masa yang sentiasa menghambat,saya pasrah : P… Namun untuk kali ini ,sekadar mahu berkongsi denga kalian tentang apa yang dah berlaku dengan dunia baru ABSARLEGAL… Besok adalah paper final terakhir,insyaAllah untuk sem ini(Islamic Law of Transaction)…agak mencabar,n masih banyak perkara yang masih x dapat diingati,huhuhu. Tapi x mengapa,saya akan terus lakukan yang terbaik.Kata kata motivasi rakan seperjuanganku semalam,yang masih terngiang ngiang di telinga tatkala saya cuba memotivasikan diri dengan berkata ” Hmm,saya kan buat apa yang termampu”, itu kata kata saya.Namun beliau dengan nada agak keras,tidak bersetuju dengan kata kata tersebut.Dalam loghat terengganu,”mana bleh kate gitu,kita kene cakap,kita kene buat habis baik mungkin”, Dari semalam hingga ke hari ini,ayat ayat inilah yang menjadi perdebatan dalam diri sejak semalam lagi.Hmmm,bunyinya agak sama,tapi akhirnya,saya kenal pasti satu perbezaan ketara.Ayat yang pertama,bunyinya dikeluarkan oleh orang yang pasrah,dan seolah olah tidak yakin dengan diri,tapi ayat yang kedua bunyinya dari orang yang penuh dengan rasa optimis dan penuh keyakinan.Maka saya mengambil keputusan untuk menerima ayat yang kedua.Huh,dunia ini penuh dengan retorika bahasa kan? Namun ayat ayat sebeginilah¬† (ayat motivasi) yang menjadi minyak kepada perjuangan sesetengah individu.Hakikatnya kita saling memerlukantara satu sama lain.Umpama dirian bangunan ,akan runtuhlah jika sebatang tiang hancur.Makak,kita perlu saling menguatkan anatara satu sama lain,memberi motivasi sesama sendiri demi kejayaan yang diimpikan bersama.Hmmm,sebut perihal motivasi, semalam setelah selesai kerja di library,saya singgah ke latihan debat untuk persiapan Debat DiRaja 27hb ini.Hmmm peningkatan adik adik dan rakan rakan agak memberangsangkan.Selepas tamat sesi berdebat dan dalam keadaan ingin bersurai,datang seorang adik pendebat ni(pendebat junior la).Saya terus memuji peningkatan beliau malam ni,n tetiba adik ni menitiskan air mata.Dalam hati ,saya fikir dia terharu dengan pujian saya.Hmm tapi rupanya ada suatu yang terpendam jauh dilubuk hatinya.Adik ni agak junior berbanding dengan junior junior yang lain.Katanya,dia tak layak untuk duduk sebaris dengan pendebat pendebat lain.Air matanya terus bercucuran.Saya sedar ,inilah masa untuk saya meminkan pernan sebagi pendebat senior yang telah banyak melalui onak n duri dalm dunia debat ini dan apa yang lebih perlu meminkan peranan sebagai seorang abang.Saya yakinkan dia bahawa dia dipilih kerana bakat yang ada dan juga disiplin yang kuat.Saya sentiasa tekankan perihal semangat dan disisplin yang tinggi pada adik adik pendebat.Saya yakin,walaupun hebat kita,walaupun p[andai kita,tanpa disiplin,everything is useless.Hmm,agak lama juga saya cuba yakinkan beliau.Alhamdulliah,diakhir perbincangan saya dapat lihat ukiran senyuman di wajahnya.HUh,alhamdulillah ,rasa puas dalam hati yang teramat.X mengapa adikku,terus kan perjuangan .Jalannya masih jauh.Ini hanya permulaan. Hmmm,selepas apa yang berlaku ,saya siapkan diri untuk mengadap tuhan ,jalankan tanggungjawab sebagai muslim,n then tanggungjawab sebagi pelajar.Hampir jam 3.30 pagi,baru dapat lelapkan mata. Pagi ni,saya teruskan perjuangan “buat habis baik”,di library. Dah agak lama study ,terasa rindu kat blog nii,lama gak masa yang diluangkan disini.Apa yang lebih menarik,tengah khusyuk menaip,kak nor daripada sebuah badan kebajikan persendirian(saya pun x pasti badan yang mana satu).Kak Nor ni amatlah hebat sudut perjuangan nya.Memperjuangkan nasib orang orang susah,membela nasib orng yang memerlukan dan tolong orang apa yang beliau mampu.Saya pernah mengikuti rombongan ke sebuah rumah yang membantu sepasang suami isteri tua yang dah uzur keadaanya di sebuah ceruk kampung.Kami kemas kan rumah,bersihkan badan dan sebagainya.Sejuk rasanya hati melihat golongan yang buat amal tanpa sebarang balasan.Kali ini kak nor memberitahu bahawa keadaan kedua orang tua ini sudah tenat,terabai dan tidak mendapat perhatian sewajarnya.Beliau minta saya dan kawan kawan agar dapat menjenguk pakcik n makcik tersebut.InsayAllah kak nor,”saya buat Habis Baik”. MMMM,rasanya dah banyak masa dah terlebih,(rancang nya sejam je,huhuhu) oklah setakat itu dulu,moga ada peluang dan ruang untuk kita sembang lagi -Speak The Truth-

Tahniah Adikku…

Posted: November 13, 2008 in ABSARIA

img_2859Salam … sekadar hendak berkongsi kegembiraan …adinda ku Nurul Aisyah Munirah Binti A. Rahim ,12 tahun,SMk Sultan Sulaiman Trg telah pun lulus UPSR dengan cemerlang. Beliau mendapat 5A bagi peperiksaan ini.Emm Tahniah adikku,u deserve to get it.Bagi calon calon lain tahniah juga bagi kecemerlangan kalian.Bagi yang kurang berjaya,cuba lagi.Masih jauh perjalanan kita.Teristimewa buat adikku Munirah,jangan sesekali mudah berpuas hati dengan kejayaan sekarang,perjuangan kita belum selesai,tanggugjawab besar menantimu di hari muka.So keep it up.We climb together to the top.Pasti Mama dan Abah Bangga dengan mu.Abang jua bangga dengan kejayaanmu.TAHNIAH -Speak The Truth-

SPM bermula…

Posted: November 11, 2008 in ABSARIA

Salam semua,minggu ini SPM bermula. bermula 11 hb hingga lah 6 Disember.Adinda kesayangan ,Ahmad Imran Kifli Bin A.Rahim, adalah antara ribuan calon yang akan menduduki peperiksaan rabu ini. Orangnya agak degil,namun penuh dengan cita cita yang menggunung. Katanya,mahu turut serta dalam dunia perundangan,nak ambil jurusan undang undang juga.Tapi x nak belajar sama sama universiti dengan abangnya.Katanya,low class.Hmmm,apa apa saja lah adikku.Yang penting anda ada tanggungjawab yang lebih besar selepas ini.Abang akan terus menyokongmu walau apa jua pilihan mu (yang baik saja lah,hahaha).All the best to my bro n all the candidates.Moga rahmat Allah sentiasa bersama.Buat rakan rakan,mari kita sama sama doakan agar adik adik kita ni yang bakal berjuang dalam peperiksaan menemui kejayaan di penghujungnya. Thats all for this time.img_0139

Hanya Di Mercu…

Posted: November 8, 2008 in ABSARIA

Hanya Di Mercu

Mimpi dan harapan cecita yang tinggi…menjulang…

Tak pernah terluahkan hanyalah di hati tersimpan,…terpendam,

keterbatasan diriku menjadi penghalangan,

sampai bila Aku bertanya sampai bila,Ku harus mencuba,

Bila lagi desak hatiku , bila lagi ,

Aku harus berani .

Laluku bangkit ,tegak berdiri,

mengatur langkahku,terus mendaki,

cita citaku ….

Di Mercu.

Mimpi dan harapan bagaikan duri yang mencengkam…Ooooo,

Segannya kubiar Cecita dihati,

tersimpan,terpendam…

keterbatasan tak wajar menjadi penghalang…

sampai bila Aku bertanya ,sampai bila….

KU harus mencuba,

Bila lagi desak hatiku bila lagi,

Aku harus berani…

Laluku bangkit tegak berdiri,

mengatur langkahku terus mendaki,

cita citaku,

Di Mercu…

Aku mencari kekuatan, dalam kelemahan…

Aku temui kejayaan dalam kebranian.

.Sarat dengan kata kata motivasi dan sesuai dengan iramanya yang tenang.Nyanyian Ayu ,One In A milion…Ayuh sama sama hayatinya dan sebatikan dalam diri. ‘Aku Temui Kejayan Dalam Keberanian’….-Speak The Truth-

Baru bangkit dari lena…

Posted: November 5, 2008 in ABSARIA

Salam buat rakan rakan yang telah lama ku tinggalkan ,hahaha,maaflah,beberapa minggu kebelakangan ini agak penuh dengan kekalutan.Walaubagaimana pun ,yang dah lepas biarkan berlalu pergi.Satu kebangkitan lebih baik daripada sepuluh kejatuhan ( nak cover la ) Hmmm,setelah sekian lama menyepi,saya sedar telah banyak isu yang menarik tak berkesempatan saya bincang dengan kalian.Bermula dari isu ketua hakim yang baru hinggalah isu pembentangan bajet semlam .Walaubagaiman pun,saya tidak berhajat untuk bincangkan nya sekarang kerana entry ini umpama muqaddimah pada janji saya yang lepas.Saya telah berjanji pada kalian bagi entry yang ke hadapan kita akan sama sama bincang perihal isu isu perundangan yang berlaku luar dan dalam negara,termasuklah undang undang kampus mahupun istitusi kecil yang lain.Justeru saya mengharapkan respon dari sahabat sekalian untuk kita kembali serius bincangkan perihal perundangan ini bagi melihat apakah situasinya bertambah baik atau sebaliknya. Saya mengalu alukan pandangan mahupun kritikan sepanjang penulisan ini keran saya percaya,perbincangan seperti ini akan bertambah menarik dengan pandangan pandangan bernas kalian. Namun sekiranya saya telah melampaui batasan ,tegurlah saya.Niat dihati cuba untuk membincangkan isu ini agar menjadi pengetahuan bersama.Setakat itu saya kira.kita jumpa di entry seterusnya.

– Speak The Truth-

ju1