Archive for September 12, 2008

Ujian…

Posted: September 12, 2008 in ABSARIA

Salam ya akh sekalian…syukur kita masih lagi mampu menghirup ketenangan Ramadhan.Hari ini jumaat,12 Ramadhan 1429, penghulu segala hari ini sekali lagi menjadi saksi perjalanan hidup hambaNya yang penuh dengan kelemahan ini.Di pagi ini,baru sahaja selesai menghadapi satu ujian pertengahan semester untuk subjek Teknologi Maklumat .Lepas ni,ada bengkel Mooting yang disampaikan oleh Tetuan Johan Lee yang merupakan bekas mooter UIA dan kini coach team Mooter Uia pada masa kini.Cerita yang ingin saya kongsi bersama dengan kalian ialah perihal ujian yang baru saja selesai lebih kurang pukul 9.09 pagi ini.Apa yang menarik ialah banyak yang berlaku yang menjentik pemikiran ini .1 jam diperuntukkan untuk menyiapkan test ini.Ada rakan yang hanya mengambil masa 30 minit untuk menyiapkannya.Fuhhh,agak mengagumkan.Namun,bagi saya 1 jam tetap 1 jam.Saya perlu habis dan manfaatkan sebaik mungkin.Mungkin ada sebab bagi yang keluar awal.Namun saya terfikir,apakah saya yang terlalu lambat,atau dia yang terlalu cepat.Mungkin soalan tadi agak mudah bagi yang keluar awal,namun bagi saya ,tidaklah begitu mudah.Huh,apa yang ingin saya bincangkan? emmm, satu lagi perkara yang menjentik kotak pemikiran saya ialah,ada juga dikalangan ustaz ustaz yang berkopiah menjeling jeling dan menjenguk2 rakan di sebelah.Tak tahulah apa sebab nya,mungkin nak bertanya khabar rakan di sebelah atau mahu tanya jawapan.Huhuhu, kalu ustaz pun dah macam tu,apa lagi yang tak berapa nak ustaz ni.Sampai pensyarah terpaksa tegur perbuatan mereka,Yap,akhirnya saya tau apa yang saya mahu sampaikan,ianya soal prinsip dan pegangan.Sememangnya saya kan cuba pertahn untuk cuba menghabiskan masa yang diberi dengan sebaik mungkin dan tidak mungkin meniru untuk berjaya.namun,tatkala keadaan dan persekitaran sedemikian rupa,hati ini terdetik untuk mengikut arus keadaan.Mengapa berlaku sedemikian rupa.Prinsip masih tidak tegu.Akhirnya saya mendapat jawapan.Rupanya masih tidak terdapat keyakinan pada diri sendiri yang kuat.Justeru,saya kan perkuatkan latihan dan persediaan diri supaya tidak mudah untuk terpengaruh dengan persekitaran.Saya akan kongsi dengan kalian bagaimana mahu yakin dengan diri sendiri.Cukup sekadar itu,dah tiba masa untuk bengkel mooting.Saya akan edit entry ini untuk penambahan memandangkan masa tak mengizinkan.Sekian sahaja,Jumpa lagi.