Cerita Perihal Bulan Kemerdekaan.

Posted: September 9, 2008 in ABSARIA

Salam kawan kawan ku…hari ni dah masuk 9 september 2008,bersamaan dengan 9 Ramadhan 1429, bermaksud sudah 9 hari kita berpuasa,9 hari kita meninggalkan detik bersejarah 31 Ogos tanda kemenangan negara tercinta.Untuk entry kali ini,saya cuba berkongsi dengan kalian apa yang berlaku pada bulan kemerdekaan ini.Mungkin sebab tak berkesempatan untuk bercerita kepada kalian perihal ini.Hmmm,Dalam pertengahan Ogos baru baru ini saya telah dijemput untuk menjadi panel bagi satu Forum kemerdekaan yang bertajuk ‘Semangat Patriotik dikalangan Mahasiswa semakin lesu’. Tajuk yang agak menarik.Saya agak berpuas hati dengan persediaan dan persembahan malam itu .Walaupun perbincangan agak sedikit melencong namun secara keseluruhan nya penganjur (Kelab Bahasa dan Intelektual Pelajar) berpuas hati dengan apa yang kami bentangkan.Antara panel bersama ialah,saudara Isa(wakil MPP),Ustaz Shaiham (Press FKI) dan Saudara Zaki (wakil pelajar Bahasa Inggeris) dan sahabat saya saudara Amar Arafat sebagai Moderator. Melihat kedatangan Mahasiswa yang pada mulanya agak lesu,tidak pernah mematahkan semangat untuk berkongsi idea dan pengalaman.Namun Alhamdullilah sambutan kian menggalakkan.Juga respon daripada peserta agak memberangsangkan.Topik malam itu menjelaskan bahawa ,mahasiswa kita sebenarnya tidak pernah lesu semangat patriotismenya.Antara bukti bukti ialah kejaya para mahasiswa kita yang mendapat anugerah dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.Antara isu terbaru yang juga ditimbulkan oleh panel ialah isu Auku yang telah dipinda.Pindaan ini merupakan gesaan dan tanda sensitivit mahasiswa kepada politik negara.Isu ini juga menunjukkan bahawa mahasiswa kita bukan sahaja dengan buku buku mereka ,namun tetap setia menjunjung semangat cintakan negara.Tamat sesi malam itu,saya merasa cukup gembira dapat bertukar idea dengan panel dan para peserta .Tidak banyak yang saya harapkan,sekadar sekelumit kesedaran bahawa kita mahasiswa merupakan peneraju tonggak kemerdekaan negara,justeru amat perlu untuk memiliki semangat patriotisme.Selepas malam forum itu,saya mendapat tawaran untuk menjadi ahli panel bagi satu forum auku dan satu forum yang bakal dijalankan bagi mencipta satu rekod Malaysia untuk ulangtajun kemerdekaan yang ke 52.Mengikut perancangan seramai 52 ahli panel akan berforum tanpa henti sehingga detik 12 malam.Satu usaha yang bagus bagi memperlihatkan bahawa Mahasiswa kita tidak lesu semangat patriotismenya.Bagi diri ini,demi anak bangsa dan juga demi agama,sanggup untuk lakukan apa sahaja.Walaubagaimana pun,kegembiraan itu terhenti seketika apabila melihat sambutan ambang kemerdekaan yang telah dengan jayanya dilaksanakan oleh pihak penganjur UDM.Malam gilang gemilang itu diserikan dengan pelbagai acara,antaranya nyanyian lagu tradisional,dan moden,sketsa,dan sajak.Namun,panas rupanya tak sampai ke petang.Hati kecil ini cukup sedih apabila melihat mahasiswa mahasiswa yang menjadi harapan negara ini seolah olah tidak menghiraukan  ‘jalur gemilang’ yang rebah sepi di bawah telapak kaki mereka.Apa yang mereka utamakan adalah biji biji gula gula yang ada pada tiang bendera.Habis gula gula ditelan,dibuang sahaja jalur gemilang.Benar lah sejarah membuktikan ,bahawa kita begitu senang untuk ‘dibeli’.Lihat sahaja sejara ini,hanya sekadar dengan gula gula yang nilainya tidak sampai RM0.50,kita sudah melepaskan jalur gemilang dari tangan.Padahal ada sejarah agung yang menceritakan ,ada pejuang negara ,walaupun putus kedua kaki dan tangan ,masih terus berusaha untuk memastikan bendera negara mereka tak tercalit debu di tanah.Sebagaimana respon dan komen dari sahabat saya ,norZ,saya bersependapat bahawa kita masih belum berpuas hati dengan tahap pemahaman semangat cintakan negara dikalangan mahasiswa kita.Usaha untuk pemupukan semangat ini perlu diperketatkan lagi dan perlu diperbanyakkan.Saya cuma mengharapkan satu anjakan paradigma dari kalangan mahasiswa untuk buktikan bahawa segala tanggapan di atas adalah salah,dan kita sama sam gembleng tenaga untuk pulihkan anak bangsa.Bagi diri ini,saya akan terus bangunkan diri dan rakan rakan seperjuangan.Moga segala usaha kita mendapat kejayaan dan keberkatan dariNya.

Leave a comment