Ahlan wasahlan ya Ramadhan

Posted: September 7, 2008 in ABSARIA

Salam ya akhi wa ukhti,hehe,ana mau cakap arab sikit la bulan ramadhan ni.By the way,ana ingin menyatakan rasa kesal ana kerana membiarkan blog ini berdebu tanpa sebarang post or entry.Tekad baru di bulan ramadhan ,ana akan cuba create apa apa post or entry at least satu entry setiap bulan.Ana percaya melalui penulisan blog ini dapat berkongsi idea dengan kalian dan mengasah(biarpun dalam keadaan terpaksa) bakat untuk menulis.Hakikatnya displin yang tinggi amat perlu dalam menulis blog ini.Selain itu ilmu pengetahuan amat penting untuk menulis blog.Ana telah analisis blog rakan rakan yang lain,mungkin ada yang menulis blog yang bersifat diari,namun saya lebih nampak kerelevenan blog ini adalah untuk berkongsi idea yang kreatif serta kritis berkenaan sesuatu isu.Justeru,dengan semangat ramadhan ini,saya akan cuba untuk anslisis kes kes atau isu,dari pandangan mata saya,dan berharap agar dapat perhatian dan komen dari anda sekalian.Usaha ini diharap dapat membantu saya untuk lebih berfikir ke arah pemikiran yang lebih matang.Untuk pengetahuan kalian,baru baru ini,pensyarah Mooting saya ada memberikan pendapat dan idea agar pelajar nya memberikan komen dan idea pada isu isu semasa dan dihantar kepada media cetak untu diberi pendedahan.Saya merasakan idea tersebut cukup baik,dan saya mahu mulakan langkah dengan menukarkan konsep blog tercinta ini kepada perkongsian idea dan komen terhadap isu semasa.Namun,saya tetap akan berkongsi kisah kisah yang boleh kita selusuri bersama.Emmm,untuk entry kali ni ,saya tidak bermaksud untuk memberi komen berkenaan isu semasa,tetapi mahu berkongsi sedikit pengalaman berkenanaan Hari kemerdekaan.Bermula dengan debat merdeka yang diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (Jiran Tercinta) banyak sejarah yang tercipta.Antara yang perlu di highlight kan ialah,team underdog(bukan team anjing,tapi team yang bukan pilihan) telah berjaya ke peringkat final,mengatasi Universiti lain seperti UIA,Uitm,Ukm dan Universiti lain.Pertemuan UPSI dan UTP merupakan detik yang mebuka mata semua pendebat bahawa,tak semestinya juara akan kekal juara,dan apa yang lebih penting ,pepatah arab yang perlu kita sentiasa ingat,’Man jadda wa jada,man zaraa hasad’,maksudnya siapa berusaha dia berjaya,siapa yang menanam,dialah yang akan menuai.Terbukti,usaha mereka telah menemui hasilnya.Tahniah pada UPSI dan UTP.Bagi rakan pendebat yang lain,kita terus berusaha.Untuk pendebat UDM,perjuangan belum selesai,bahkan belum bermula.Justeru ayuh sama sama gemblengkan tenaga untuk harumkan nama Universiti tercinta. Seterusnya,di akhir bulan Ogos ,seluruh Malaysia menunggu detik 12 malam tanda meraikan dan menghargai 51 tahun Malaysia ku MERDEKA!.Di UDM juga sambutan ambang 31 Ogos juga dilakukan.Acara yang sederhan,namun cukup meriah dengan aksi aksi mahasiswa yang kelihatan cukup gembira meraikannya.Moga Malaysiaku kekal Merdeka. Akhirnya,tiba kita di 1 Sepetember,yang juga 1 Ramadhan 1429.Bulan ini disambut penuh dengan rasa rendah diri,dan Hamba ini hanya mampu berharap bahawa ramadhan kali ini mampu membawa perubahan dalam hidup ini.Hingga kini 7 Ramadhan,syukur masih dapat meneruskan hidup dan menghirup udara Malaysia yang tercinta.InsyaAllah entry seterusnya,kita akan sama sama berbincang satu topik dan saya akan cuba untuk mengupasnya dari persepsi saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang Mahasiswa.Sekian saja…selamat berpuasa.

Advertisements
Comments
  1. nurZ says:

    as’km…tak tulis ke rencana ‘isu blog’? Think u the most suitable person utk shut cbrn sir aritu =) nice writing,keep it up,enjoy to read it ^-^

    Tapi hal sambutan kemerdekaan tu, seronok tu memang seronok…tapi pada pandangan peribadi sy, sambutan yang berlangsung kurang ‘pengisian kemerdekaa’ dalam jati diri pelajar…lepas habis sambutan, cuba kita renung-renungkan apa yang berteraburan di atas jalan, dalam longkang dan tong sampah dan apa yang telah dipijak-pijak oleh pelajar di atas jalan? hurm…?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s