Impian Lebaran.

Posted: August 11, 2013 in ABSARIA

Hari Raya ketiga : absar dikunjungi ramai sanak saudara.

rayaaaaKeseluruhan ‘kontinjen’ mencecah 50 orang kesemuanya . Mujur ianya berperingkat-peringkat.

Syukur, murah rezeki kami dengan kehadiran mereka. Riuh rendah tangis indah anak kecil hiasi lebaran kami di kediaman rasmi abah. Beberapa anak saudara dan sepupu yang absar baru kenal ,kami jalin silaturahim dengan senyum mesra. Pakcik, ayoh long n bagai bagai gelaran yang diberi. Maklum la sudah lama tidak ketemu. Mereka ini comel cantik dan segak. Absar cukup gembira.

Sedang asyik melayan telatah girang dan riang anak kecil sepupu paling bongsu, rumah abah didatangi oleh sekumpulan penduduk tempatan. Datang beraya katanya. Sambil diheret seluruh anak pinak , bersalam bergilir gilir dengan mama. Abah sedang rehat di bilik, tinggal mama yang terpaksa ‘berjuang’ bermanis muka melayan tetangga. Kami biasanya hanya menerima tetamu yang mahu berjumpe dengan abah sebagai ketua di tempat ini pada raya pertama. Sememangnya satu hari diperuntukkan untuk beramah mesra dengan penduduk tempatan. Rumah kediaman rasmi abah terbuka luas buat mereka datang beraya. Namun pada hari itu, mereka hadir membawa impian. Impian lebaran.

rumah terbukaHari Raya pertama : Open  House 2013

Bayangkan hadir mereka berjalan kaki,dari suatu kampung yang jauh. Ibu mereka yang absar kira di era umur 40 an dan berbadan gempal terpaksa meminjam motor tiga roda sepupunya semata mata mahu datang beraya di rumah yang tidak mereka kenali siapakah penghuninya. Namun mungkin kerana mereka tahu abah ketua di kawasan itu, hadir mereka walau bermuka dua. Dek keadaan itulah ,abasar yakin, mereka punya impian. Impian Lebaran. Aku kenal golongan sebegini. Di legar lebaran ini lah ruang mereka mencari sedikit simpati , mencari rezeki duit raya demi menyabung hidup anak beranak dan merasai kegembiraan syawal yang sememangnya tuhan jadikan ia bulan bergembira. mama pantas menghulur sampul bersama senyuman.Ya, Ini saja yang dapat kami bantu.tok

Aku terpaku seketika. Sememangnya jiwa ini sayu. Aku terusik dengan kegigihan mereka berpanas, berarak demi satu sampul duit raya yang terisi Impian lebaran. Duit raya ini mungkin dikumpul untuk membeli pakaian sekolah baru,kasut yang sudah lama tidak berganti atau bumbung rumah yang sudah lama rabak. Atau mungkin duit ini dikumpul buat membeli bekalan makanan anak beranak untuk dua atau tiga bulan. dan tak mustahil juga dikumpul untuk membeli ubat ubatan buat ibu yang lelah sehingga terpaksa diusung dengan motor roda tiga. Tuhan, mudahkan urusan mereka walau apa jua tujuan impian lebaran itu diminta.

rayaaaaaaaa

Namun begitu, ada juga anak-anak muda yang datang dari golongan miskin sebegini, tidak sedar diuntung. Ibu berpayah membidas susah, ayah bersimpuh menebas payah, namun mereka gah dengan Levi’s baru dan skirt terbelah. Absar sempat ketemu berpuluh puluh anak muda sebegini dalam sesi motivasi absar di sekolah sekolah mahupun Universiti. Mereka tidak kisah baju ayah koyak rabak,asal seluar sekolah mereka boleh ditempah indah . Mereka tidak pernah endah ibu mereka lelah,asal kasut converse boleh dibeli supaya sama dengan geng di sekolah. Syukur pada tuhan, Absar diberi kesempatan bersama mereka untuk sedikit Inzar keinsafan dengan harapan bisa menjentik sedikit kesedaran.

Khulasahnya, Absar cuma berharap,kalau lah absarians ada sekdikit kemampuan dan kesempatan, penuhilah impian leberan buat mereka yang memerlukan. Tidak banyak ,sedikit pun tak mengapa. Asal ia menjadi tarbiah buat jiwa yang terkadang lupa rasa susah. Pandanglah mereka, dan letakkan diri kamu di pondok mereka seketika. Ajarkan mereka cara untuk tersenyum, kerana mungkin mereka sudah lupa cara untuk bergembira. Gembirakan mereka dengan Impian Lebaran di hari yang mulia .: ) percayalah… kita akan sama sama tersenyum .. Impian Lebaran.

ra

Antara anak anak buah absar. Tunggu anak pak long k.. Haha : )

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s