Hidupan dan tuhan fahim segala perasaan

Posted: August 21, 2013 in ABSARIA

Aku hamba namun lagak  tuhan,

barah noda ,darah dosa ku telan,

seolah tiada balasan , seolah tiada batasan,

Akhirnya ku sangkaku tuhan ,

dek insaf tak lagi hinggap di jiwa insan.

 

Bila ku lihat gelora di lautan,

ku katakan ia hidupan,

bila kulihat tebalnya hutan,

ku katakan ia kehidupan,

sedang ku hirup nafas kelupaan,

bahawa gelora lautan dan tebalnya hutan,

semuanya itu  bertuhan.

 

Bila diri ku dilanda gelora kedukaan,

aku bersimpuh menghirup persoalan,

kalau aku ini tuhan, siapa pula pencipta kedukaan,

andai aku tuhan kenapa duka jadi persinggahan,

Sedangkan aku tuhan ,

pencipta noda dan pencari kepuasan,

bisa menjentik segala kedukaan.

 

Sesekali menjengah lautan,

terlihat indah biru tanpa sempadan,

sesekali menjengah hutan,

terdampar hijau tanpa pengakhiran,

semua itu kukira hidupan,

sedang  tenggelam aku dalam kekalutan,

kekalutan menjadi tuhan kemaksiatan,

sampai lupa tuhan fahim segala perasaan.

 

Aku biru dan hijau,

tatkala aku mahu merah dan kuning,

aku suram dan geram,

tatkala aku mahu gembira dan riang,

andai aku ini tuhan,

kubisa memilih permata mahupun intan,

merah kuning dan apa jua pilihan,

namun aku bukan tuhan,

kerana hanya menerima apa yang ditentukan,

bukan apa yang diimpi nafsu insan.

 

Kini ku sedar, aku bukannya tuhan,

tapi hamba yang punya peranan,

taat dan patuh pada perintah tuhan,

Aku juga hamba tuhan,

tapi hamba yang sentiasa melanggar arahan,

hanya Dia tuhan sekian insan,

tuhan gembira dan tuhan kedukaan,

tuhan fahim segala perasaan.

 

 

~absar.16/8/2013.Pulau Perhentian~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s