bergetarkah hati bila menyebut mati ?

Posted: August 19, 2011 in ABSARIA

Saat kematian itu pasti,cuma bila dan dimana itu yang belum diketahui. Kata Nabi,orang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati. Kenapa agaknya ? Antara sebab mudah yang boleh dijelas oleh dalil akli,kerana orang itu bijak menilai mana yang sementara dan mana yang selamanya. Ingat mati bukan sekadar memikirkannya ,tapi bertindak dan bersedia ke arahnya.

Ada antara kita memilih dunia sebagai tempat tinggal selamanya. Tak kurang juga meninggalkan terus dunia,kerana katanya akhirat paling utama. Islam mengajar erti wasatiah,iaitu kesederhanaan dalam semua perkara. Maksudnya,tidak berlebih lebihan dalam mengejar dunia,tidak pula lupa bercucuk tanam untuk ladang akhirat.

Namun isunya, dunia ini penuh nikmat,akhirat pula hanya bayang manis yang terdengar di telinga namun tidak tergambar di mata. Sedangkan sajian hebat nikmat dunia, sentiasa menjadi tayangan perdana televisyen manusia. Mana mungkin mati itu sentiasa diingat? Usai solat Jumaat,ku pandang jari jemari seorang tua yang solat disebelahku. Dahinya kerut seribu. Wajahnya kusam dan lesu. Pelbagai persoalan timbul,namun hanya satu yang aku pasti. Si tua ini pernah muda,pernah merasai nikmat dunia. Sama seperti ku yang sedang melalui episod ceria sepertinya suatu ketika dahulu. Simpulan fikir yang mudah ditaksir,dia pernah menjadi seperti aku,dan aku pula akan menjadi sepertinya,jika umurku panjang.

Mati pula adalah titik akhir bagi diriku dan si tua itu. Soalannya masih sama,bila masanya mati itu tiba dan di mana pula liang lahad akan dibuka. Bila junjungan besar sifatkan orang yang bijak adalah orang yang paling ingat pada mati,bermaksud,kita boleh terus menhidupkan hidup,cumanya sentiasa ingat bahawa hidup ini takkan terus hidup. Maka bersedialah untuk suatu yang kekal iaitu akhirat.

Bukan mahu mentafsirkan kepada kalian ,bahawa diri yang menulis ini paling ingat pada mati,walhal terasa diri ini paling alpa dengan pesan nabi dan Ilahi. Cuma apa yang bermain di minda malam ini,bergetarkan hati ini bila menyebut mati? sudahlah dengan dosa yang menghiasi diri,amal pula setakat dihujung jari kaki. Benar,hati ini seumpama tiada faham apa itu erti mati. Hati ini mati sebelum benar benar mati. Ayuhlah sama sama bermohon,semoga 10 akhir ramadhan ini ,kita gunakan sehabisnya untuk menghidupkan semula khauf dan getaran takut bila mengenang mati yang akan kunjung tiba bila bila masa..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s