Guru ke cikgu? ke Jurulatih ?? : )

Posted: February 5, 2011 in ABSARIA

Salam buat semua…Ingin saya rakam kan kegembiraan saya berkenaan entry yang lepas sebagai mukaddimah. Ramai yang memberi respon yang positif dan ramai juga yang bertanyakan lebih lanjut tentang isu wanita ini.Hahaha. Dah rasa macam Dr. Love lak. Biarpun belum punya teman hati sehidup semati,tapi pengalaman ada la sedikit sebanyak,tambah lak dengan kajian kajian ,hehehe. Isunya,layak kah untuk memberi nasihat,pengajaran atau ilmu jika diri sendiri tak ‘berpunya’ ?? Lebih mudah,layakkah untuk jadi ‘GURU’ atau ‘CIKGU’ atau ‘JURULATIH’ ?

Biasanya orang yang dirujuk sebagai insan yang memberi pengajaran atau ilmu ni,dipanggil GURU. Kadang kadang  digelar ‘CIKGU’. Pasal JURULATIH belum mahu kupas lagi : ). Baiklah.. sama ke maksud GURU dan CIKGU ni? Kalau dirujuk kamus Dewan Bahasa,memang perkataan GURU dan CIKGU ni memberi maksud yang sama.Cuma perkataan GURU ni digunakan lebih kerap dan lebih umum. Contoh Guru Bahasa Melayu ,Guru Penolong Kanan,Guru Besar. Janggal rasanya mahu sebut Cikgu Besar,melainkan fizikalnya yang besar : ) (No harm sir..) Manakala,CIKGU pula biasanya digabungkan dengan nama ,seperti Cikgu Syahmi Mokhtar,Cikgu Rogayah Ghozi dan sebagainya. Namun,Tugas agong yang digalas oleh golongan mulia ini tidak berbeza. Mendidik,mengajar dan berkongsi.

Secara etimologi (asal-usul kata atau sejarahnya) kata ‘guru’ berasal dari bahasa sanskerta, merupakan sebuah kata nama yang membawa maksud cikgu, lebih tepatnya pembimbing kerohanian atau pembimbing ilmu pengetahuan kerohanian.

Secara kata sifat (adjektif), ‘guru’ bermaksud ‘berat’ atau ‘hebat’ , dimana dalam kontek bahasanya sifat ‘berat’ atau ‘hebat’ ini merujuk kepada sifat seseorang yang ‘berat (penuh / banyak / luas) dengan pengetahuan’ atau ‘hebat dengan ilmu kerohaniannya’ atau ‘hebat dengan pelbagai ilmu pengetahuannya’.

Perkataan ‘guru’ berakar dari kata “gri” yang dalam bahasa sanskerta bermaksud ‘untuk bangkitkan (menyedarkan)’ atau ‘untuk memuji (tuhan)’. Ia juga berkait rapat dengan kata “gur” yang bermaksud ‘untuk bangun (sedar)’ atau ‘untuk menghasilkan usaha’.
Secara sukukata pula ‘gu’ bermaksud ‘kegelapan’ dan sukukata ‘ru’ bermaksud ‘cahaya’ atau ‘diterangi’. Maka ‘gu’ & ‘ru’ bolehlah diertikan sebagai ‘insan yang membimbing seseorang keluar dari kegelapan (tak berilmu) untuk diterangi cahaya ilmu’. Pendapat lain mengatakan ‘gu’ & ‘ru’ ini adalah ‘seseorang yang melenyapkan kejahilan kerohanian seseorang dengan membawa sinar pertunjuk (cahaya ilmu) kerohanian kealam spiritualnya’.*(*www.aurakaya.blogspot.com)

Hmm,itu definisi yang biasa dirujuk. Perkara yang bermain dalam kepala saya adalah,ada antara guru atau cikgu ni,berkongsi dan mendidik murid murid mereka berdasarkan beberapa sebab. Saya hanya fokuskan perkataan GURU atau CIKGU ini buat mereka yang benar benar meletakkan martabat GURU ini pada tempatnya.(means tak termasuk mereka yang sekadar makan gaji atau sekadar sebab dah dapat kerja jadi cikgu,jadi kenelah ajar anak murid).

Sebab pertama,mereka ingin berkongsi ilmu dan pengalaman mereka dengan harapan murid murid dapat membina diri dengan ilmu supaya jadi macam dirinya atau lebih baik darinya. Sebab kedua,Guru berkongsi ilmu dan pengalaman agar muridnya tidak menjadi sepertinya dan tidak mengulangi kesilapan yang sama sepertinya. Kedua dua kategori insan ini perlu diberi penghormatan yang sama.

Hebat kan mereka ni… Mereka terkadang tak pernah terfikir akan kepentingan diri,asalkan anak didiknya dapat mengecapi kejayaan yang sepatutnya.Emm,saya ada seorang sahabat. Memang gila orangnya. Mengajar tanpa mahu gaji. Sudahlah perjalanan dari rumah nya ke tempat murid muridnya mengambil masa 45 minit,namun demi jiwa ‘GURU’ yang ada dalam dirinya,langsung tidak terfikir akan dirinya. Baru baru ini sengaja saya bawa anak muridnya ke rumah beliau untuk melihat jalan jalan yang dilalui oleh guru mereka supaya mereka tahu apa yang dah dikorbankan.Sengaja juga saya kenalkan mereka pada ahli keluarga Guru mereka,pun ada sebabnya.Kos minyak,masa untuk diri dan keluarga ,meskipun masa rehatnya, semuanya dikorbankan. Saya sendiri pernah mencemuh,’ Gila la ko ni..apa yang ko dapat dengan mengajar diaorg ni??’ agak beremosi kerana saya faham keaadaan nya. Katanya mudah, ‘Aku percaya apa yang aku buat ini akan membuahkan sesuatu’. Huh, sangat senget bukan? Sekadar dengan kepercayaan,sanggup dia korbankan apa yang mungkin tak mampu saya korbankan.Saya sendiri pernah mengajar. Namun perkara seperti kos minyak dan masa juga menjadi kira kira dalam fikiran saya.

Ini antara orang orang di sekitar saya yang sanggup berkorban dengan ilmu dan pengalaman. Inilah maksud ‘GURU’ atau “CIKGU’ mahupun ‘JURULATIH’. Tak kira lah apa nama diberi,mereka ini golongan yang mulia. Ayuh,kita cuba letakkan matlamat dan JIWA yang sama,agar kita semua mampu sedarkan bangsa kita dari kemandulan ilmu dan pengalaman.

Tuntas,tak kiralah mereka ini berjaya dengan ilmu dan pengalaman mereka dan mahu orang lain yang dididiknya berjaya sepertinya juga ataupun mereka ini belum temui kejayaan,tapi tidak mahukan orang lain menempuhi kegagalan yang pernah dilaluinya dengan matlamat yang sama,agar orang yang dididik nya mencapai kejayaan,mereka layak di gelar ‘GURU’, ‘CIKGU’ mahu pun ‘JURULATIH’…DR.LOVE ?? Boleh juga…selepas dapat PHd..: )..Nantikan entry saya perihal W.A.N.I.T.A…sesungguhnya aku mengagumi mu..wahai wanita..

 

 

Love is always bestowed as a gift – freely, willingly, and without expectation…

We don’t love to be loved; we love to love.

Cinta selalu diberikan sebagai sebuah hadiah-secara cuma-cuma, sukarela, dan tanpa pengharapan…

Kita tidak mencintai untuk dicintai; kita mencintai karena cinta itu sendiri.

~ Leo Buscaglia ~

P/s : Terima Kasih,sahabat yang menjadi GURU,adik adik yang menjadi CIKGU dan para guru yang telah menjadi JURULATIH…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s