Sepi itu Pasti.

Posted: August 5, 2010 in ABSARIA

Adapun sunyi itu salah satu fasa dalam kehidupan,ia merintih untuk diisi dengan kemeriahan dan senyuman,adapun sepi itu suatu yang pasti di hari mendatang,tatkala temannya hanya nisan dan juga papan,ia menuntut ditemani amal dan iman,agar hari hari tiada bosan dan usang.Pesan baginda junjungan,ingat mati itu amal orang yang bijaksana.Cinta dunia itu prinsip si dangkal yang kaya nafsu namun miskin jiwa.Pun begitu ,jangan ditinggal terus dunia yang mewah dengan khazanah,tapi bimbitlah ia tanpa cicir kan akhirat matlamat yang nyata.Jadikan dunia ladang yang subur dengan tanaman amal takwa,agar nanti boleh dituai di padang mahsyar,padang yang ramai petaninya muflis dengan hasil tuaian.

Sejenak terbaca tulisan sahabat blogger,Cik Cahaya Mata ,yang sentiasa mengalir ideanya tentang kehidupan,fikiran ku tersentap seketika bahawa rupanya hidup ini sedetik jaraknya.Namun aku dan manusia sering banyak ceritanya,besar pula cita citanya.Diriku tak akan memujuk si penulis ini agar tabah dengan apa yang berlaku,kerana diriku tahu penulis seorang¬† besar jiwanya dan kental pendiriannya.Namun apa yang lebih ‘teruja’ ingin ku kongsikan adalah,kita dan manusia ini sering lupa bahawa detik itu terlalu singkat rupanya.Waktu yang dipinjamkan tuhan kepada insan,seolah olah tiada langsung detik yang mampu kita isi dengan hobi seperti memancing mahupun dengan mengisi lubang lubang di padang.Meskipun begitu,kita seolah olah diasak dengan kepantasan era kehidupan,diajar oleh budaya yang kita sendiri pun tidak tahu mana asalnya,sehingga semua itu seperti wajib untuk semua orang ada,walhal tidak langsung akan diberi markah tatkala soalan ditanya oleh malaikat ,bila jasad sudah menjadi mayat.

Apa yang ingin ku kukuhkan dalam diri ini melalui penulisan ini adalah ,perlu untuk sama sama kita pusatkan seluruh gerak badan ,semua perkara yang dilakukan hanyalah untuk memenuhi janji insan kepada tuhan.Diriku sentiasa dan hampir setiap hari,terlupa,atau sengaja melupakan bahawa aku ada janji dengan tuhan dan janji ini sentiasa aku mungkiri sehingga melanggari fitrah sebagai seorang khalifah bahkan menjadi fitnah kepada ummah.

Sebelum roh ditiup ke jasad dahulunya,manusia berjanji dengan tuhan,bahawa dunia perlu diharmoni dan dimanfaatkan untuk kehidupan akhirat,perlu untuk manusia hidup dan hidupnya hanya untuk tuhan dan bukan untuk nafsu apatah lah lagi untuk syaitan yang pasti akan mengheret manusia dengan kemanisan dunia yang sifatnya sementara.Namun begitulah manusia,yang indah di mata,itulah yang bakal beraja,walaupun mereka tahu,yang indah itu hanya seketika.

Buat mereka yang telah pergi,roh mereka mungkin sedang bersama tuhan.Bagi mereka yang sudah menepati janji,pastinya tenang dan senang dibawah rahmat Maha Penyayang.Bagi mereka yang mungkir ,malah bertuhankan nafsu,pastinya sedang gugur satu persatu seluruh isi badan ,gentar dan gusar menanti hukuman tuhan.Pastinya merintih ,minta dikembalikan ke dunia agar dapat mereka tunaikan kembali,janji mereka kepada tuhan.

Bagi kita yang masih diberi peluang,Janji itu perlu dipegang.Hidup ini perlu dimanfaatkan.Mereka yang sudah pergi,perhitungan itu sudah terhenti.Jawapan bagi mereka sudah pasti.Namun bagi kita yang masih menghitung hari,detik itu tak siapa yang tahu,bila dan dimana akan berlaku…Buat diriku yang selalu mungkir janji bahkan sengaja melupakan nya semata mata mahu meraikan kehendak hati,aku malu untuk mungkir lagi..Terima kasih buat sahabat yang sentiasa menjadi muzakkir.Sama samalah kita harmoni kan amal sebatikan takwa dalam setiap helaan nafas yang masih diberi pinjam oleh tuhan pencipta alam..Setiap perbuatanku hanya untukmu tuhan.Didiklah aku,ajari daku…dan ampunkanlah aku.

P/s: Pesan seorang sahabat Nabi,taubat manusia itu akan sentiasa diterima oleh tuhan,walaupun setiap kali dia melakukan dosa dan dia bertaubat,dia melakukan dosa lagi dan dia bertaubat lagi dan begitulah seterusnya.Seorang sahabat yang lain bertanya,sampai bilakah ianya akan terus diterima taubatnya itu wahai amirul mukmin? Jawab sahabat tersebut, “sampai syaitan putus asa… “.Cerita ini saya olah dari mafhum saya dari sepotong cerita yang saya pegang dan yakin bahawa selagi nyawa belum sampai ke halkum,pintu taubat itu masih terbuka,kerana tuhan itu Maha penyayang lagi maha Pengampun.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s