Suka nya kita menghukum…

Posted: August 7, 2010 in ABSARIA

Tatkala manusia sudah mula hidup beradab dan bermasyarakat,timbul naluri mereka tentang persoalan sifat undang undang dan fungsinya.Sedangkan di rimba ada undang undangnya,inikan pula dalam masyarakat madani yang kian bertamadun.Setiap binatang ada sempadannya,setiap orang ada tahap kesabarannya.Tambah pula bila kita di zaman ramai manusia yang meletakkan nafsu di pundak kepala.Maka,undang undang menjadi ukuran,bagi mengelak setiap pertikaian.Kata Plato, Si sasterawan yang bijaksana,undang undang itu sebagai satu jentera untuk mengawal kehidupan sosial,suatu alat untuk mengecapi kebahagiaan serta suatu jalan untuk menemui gambaran realiti tentang struktur masyarakat.Pendek kata,undang undang dibuat untuk mencapai kehidupan yang bahagia.

Namun persoalannya,adakah bahagia kehidupan kita sekarang?kalau masalah semakin meruncing ,jenayah dilihat semakin kreatif bentuknya,malah tak segan masyarakat semakin berani mempamerkan nafsu merekahkan ketenteraman persekitaran.Anak haram lahir umpama air mengalir,ditendang pula ke sana ke mari,tak kisah lah kalau ada yang sanggup menjual anak sendiri.Undang undang yang tercipta,diselangi dengan hukuman demi hukuman,kononnya dapat menamatkan riwayat jenayah,membantutkan keaktifan masalah.Sebaliknya,semakin rancak hawa nafsu itu dikocak,semakin hebat gendang dosa itu dipalu.Isunya,sejauh manakah hukuman melalui perundangan ini berkesan?

Rotan,penjara, malah denda ribuan ringgit akhirnya hanya mampu melahirkan graduan tirai besi yang bersijilkan sejarah hitam yang usainya akan membangunkan lagi industri kemaksiatan dalam negara tanpa ada sekelumit keinsafan dalam diri.Apakah ini fungsinya undang undang? Bukankah kalau mengikut Plato,ia seharusnya membentuk masyarakat yang harmoni? Kalau lah hukuman ini tidak pernah mahu mendidik apatah lagi menginsafkan,apa erti sebuah undang undang yang lengkap dialaskan dengan perlembagaan.Adakah hanya perhiasan sebuah negara yang marheannya pelbagai ragam pelbagai macam. Sukanya kita menghukum…namun akhirnya persoalan yang timbul,apakah hukuman itu mampu untuk selesaikan masalah yang wujud?atau sekadar menyedapkan rasa gundah buat seketika waktu? Sama sama kita muhasabah,52 tahun merdeka,belum lagi kita boleh duduk dan goyang kaki,kiranya ummat semakin berahi berkiblatkan falasi,tanpa sekelumit malu pada diri…

P/s: Sukanya kita menghukum…terkadang tanpa usul periksa,tanpa senafas bertanya..layakkah kita untuk menentukan apa hukuman untuk kesalahan manusia.Sedangkan pencipta sudah pun bercerita,hukumanNya adalah yang terbaik buat hambaNya.  Sekadar mahu berkongsi rasa…

Advertisements
Comments
  1. hakam says:

    katakanlah…

    apakah sistem perundangan kita yang lemah, atau pembaratan yg kian menular dek kerana lupa adat & agama.atau kerapuhan dalam integriti penghakiman..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s