Archive for September, 2010

terasa kosong…

Posted: September 8, 2010 in ABSARIA

Salam ramadhan…rasanya ini entry tunggal di bulan yang dimuliakan tuhan.

Hati terus merasa kosong dengan lambungan ombak dunia,yang merintih kehausan nafsu yang beraja,minta diberi seteguk dua gula gula duniawi.

Dalam rancak irama syawal dipalu,aku seolah separa sedar.

Ramadhan bakal berlalu,sedang aku masih terasa kosong.

Ada rakan,katanya kosong kerana yang dulunya terisi,sudah pergi bertemu Ilahi.

Ada kawan,katanya kosongĀ  kerana yang dinanti masih belum dikunjungi pasti.

Namun kata aku,terasa kosong kerana aku tidak tahu apa yang perlu ku isikan ruangan itu.

Kendati pun terkadang ada Jawapannya, hatiku seolah menafikan,bukan itu yang aku mahukan.

Bukan itu yang perlu untuk ku isikan kekosongan.

Masih..

Terasa kosong…