Kelahiran itu dinanti, kematian suatu yang pasti…

Posted: April 13, 2009 in ABSARIA

Salam buat rakan sekalian,rindu untuk menarikan jari jemari di dada kekunci ini,namun cuaca kesibukan tidak membenarkan diri ini meredah minda menitip bicara buat kepuasan jiwa yang sarat dengan cerita critea manusia yang sering datang dan pergi silih berganti.Namun malam ini,syukur buat tuhan yang tak pernah jemu memberi nikmat dan hikmat,diri ini diberi ruang untuk bergembira di taman ini yang telah lama usangnya.Agak banyak cerita yang ingin dikongsi,sebelum tiba april lagi banyak perkara menarik yang berlaku.Diri ini berpeluang untuk bersarapan dengan insan yang sudah lama menjadi bualan hati,namun gembiranya sampi disitu sahaja,sekadar satu babak indah yang tidak akan berterusan.Cukuplah pagi itu yang penuh makna dan serinya.Namun apa yang lebih penting yang ingin diri ini kongsikan adalah betapa berkesannya konsep ‘Law Of Attraction’ atau lebih senang difahami gelombang yang disebarkan melalui keyakinan kita terhadap sesuatu.Malam sebelum pagi yang indah itu tiba,saya sematkan wajah insan tersebut dan dengan sepenuh hatinya meletakkan harapan bahawa saya akan bersarapan dengannya esok pagi.Saya ucapkan beberapa kali sebelum tidur dan apabila bangkit dari tidur,saya ungkapkan nya lagi. Pastinya dengan izin tuhan,detik terindah itu berlaku.Umpama Mimpi jadi Realiti.Benar kata tuhan,andai kata Dia mahukan sesuatu terjadi,maka tiada keraguan,ia pasti terjadi.Begitu juga dengan cerita saya yang seterusnya,kelahiran Putra cute babypertama rakan karib saya,Wan Mohd Ikhwan Bin Wan Arif@Ariffin,yang diberi nama Wan Mohd Muaz Fawwaz.muazzBaru baru ini sempat saya melawat beliau yang agak kurang sihat akibat berjaga semalaman kerana putranya diserang demam kuning.Malam itu fikirian saya hanya tertumpu pada wajah wan mohd muaz fawaaz,bayangkan bapanya hanya seusia saya (yang masih belum menghabiskan pengajian),bapanya yang bersama sama saya menempuh alam persekolahan,bapanya juga bersama sama saya menongkah alam keremajaan,kini perbezaan saya dan bapanya cukup ketara.Terdetik juga difikiran,mampukah saya ,andainya saya di tempat beliau,sudah layakkah saya bergelar sang bapa di usia begini,sedangkan tanggungjawab sebagai anak pada ibu bapa dan abang pada adik adik pun belum langsai,inikan pula tanggung jawab yang lebih besar.Hakikatnya,masih banyak yang belum selesai.Benar ,terlalu banyak.Namun,diri ini tetap insan biasa.Mahu teman di waktu duka,mahu kawan di waktu suka.Berkongsi segalanya.Mungkin belum tiba masanya… ‘Aisyah’ yang dicari…belum dapat ditemui,mungkin dek kerana diri ini jauh dari diri insan mulia yang bernama Muhammad SAW,maka itu ‘Aisyah’ tak hadir hadir.Konklusinya,biarlah waktu yang menetukannya,namun doa terus dipanjat,agar bahagia ada dihujungnya.Diri ini menumpang gembira,buat Ikhwan dan isteri,moga bahagia kekal abadi.Buat Putra Muaz Fawwaz,moga kelahiran mu menyambung rantaian usaha bapamu,menegak kalimah suci di muka bumi ini.Sebagaimana tajuk entry kali ini,cerita kematian ini pasti ada,bila bila masa,dimana sahaja.Diri ini baru sahaja pulang dari hospital,melawat rakan merangkap exco Flairsoc yang terlibat dalam kemalangan.Ditakdirkan tuhan,diri ini menjadi saksi pemergian seorang insan yang katilnya hanyalah di sebelah rakan yang terlibat dalam kemalangan tadi.kali pertama bertemu dengan Almarhamah, tubuh ibu itu masih lagi bernyawa,namun petang itu,ianya kaku beku tanda sang ibu sudah pergi bertemu dengan Yang Hak.Sang anak yang setia menanti disisi,sudah sebak menangisi ,umpama tidak mahu lepaskan sang ibu,dijemput malaikat maut.Terpaku melihat apa yang berlaku,diri ini hanya mampu membeku,masih kelu dengan drama bisu itu.Ya,baru sebentar tadi,sang anak bercakap cakap dengan sang ibu,namun kini ,tiada lagi kata kata dari bibir insan mulia itu.Moga pemergian alamarhamah satu rahmah,moga tuhan tempatkan almarhamah bersama sama orang yang beriman.Kejadian itu cukup beerti,kata tuhan itu pasti,yang bernyawa pasti akan mati.yang datang akan pergi.ya,saya juga akan berhenti seketika nanti.mungkin untuk masa yang agak lama,kerana peperiksaan akhir menanti.Moga moga tuhan panjangkan usia ibu dan bapa kita,usia kita dan semua ummat islam agar perjuangan ini dapat berterusan.Mengakhiri kalam,sebuah syair untuk kalian,daripada seorang bijak pandai arab;

Kami bertolak pagi dan petang untuk keperluan kita

Padahal keperluan orang hidup tidak pernah ada habisnya

Keperluan manusia itu mati bersamanya

Dan masih ada keperluan lain yang belum terlaksana

Berulangnya pagi dan berlalunya petang

Menghantar yang kecil menjadi tua

Dan yang tua menjadi tiada

Jika malam sudah beranjak tua

Akan segera datang hari lain menggantinya.

Advertisements
Comments
  1. putera annur says:

    same2lah kite ingat mati kerana mati itu bisa melembutkan hati yg keras umpama besi yang lebur dek api yg panas bro…macam mana nak buat x debat antara kolej kediaman?aku satu team dgn mu bleh?he3 Debat Piala Dekan HEPA….guane?ke nk Piala ABSAR gak?he3

  2. sis_solah says:

    andai ditakdirkan pergi..relakanlah
    mati bukan dtgn kiri@kanan. ada hikmah ditunjukkan saat2 kematian,,adakah kita dalam keadaan baik@bruk saat ajal dtg.. hitungla..apa amalan yg dah kita buat.. konklusi: kembali kepada allah………pulanglah pada tuhan..chy kehidupan,,

  3. mujahid ANBU says:

    kehidupan ini silih berganti..perjuangan ini tidak pernah berhenti..tapi kita punya limit..sampai tahap kita harus berhenti..setahun cuma sebentar,sehari ibaratkan sedetik…gejala hitam mula membiak..namun kita xdak kemampuan..kerna kita tidak seikat, tidak berpegang pada tali yg satu..akhirnya wabak hitam terus merebak..nama KUSZA hanya santapan..habis santap ia hilang dari PANDANGAN…hanya kekal sebagai nama hidangan….tinggi nilai sahabat bila memaafkan sahabatnya..tinggi nilai seseorang apabila ia rendah disisi tuhan..bukan bermegah dengan debu dunia..butir-butir cinta dari air mataku..bertakungan di pipi menahan sebak pada yg esa..kerna kita masih lagi dikurnia kn nikmat dan rahmat…terima kasih abg….

  4. anomcamelz says:

    emmm nk bg ayat2 madah mcm dowg b2 kt atas nie mmg xreti…
    nk bg ayat mcm ayat2 abg pown anom x reti. heheheheeee
    tp abg, layakkah kita mdambakan isteri seperti ‘aisyah’ andai diri xsemulia ‘Muhammad’?
    dats Y pd anom, anom xblh mngimpikn suami semulia ‘Muhammad’ krn hakiki hdp anom x spt ‘aisyah’ dan ‘khadijah’..
    even anom jg xblh mengimpikn psgn sehebat ‘yusuf’ krn sedar diri ini xshebat ‘zilaikha’..
    tp xperla, pepn, moga abg dpt segera bjmpa ‘AISYAH’ yg abg cr2 tu ek..
    so, blhla cpt ckit dpt ank mcm kwn abg tuh.huhuhuuuu
    =p

  5. hanan says:

    dah jadi ayah dah kawan kita sorang tu ek…alhamdulillah…bertambah umat Muhammad.

    umur bertambah setiap hari seiring dengan bertambah singkat jangka hayat kita…

    kematian dan kelahiran silih berganti…
    tiada yang kekal abadi…
    melainkan allah rabbul ‘izzati…

    absar bla lagi nak jd bapa?hehe

  6. lonso says:

    kelahiran memang dinanti…. jalinan persahabatan masih lagi diharapkan.. semoga kami bersahabat kembali.

  7. fairuz says:

    salam..
    mmm…skg bru saya fhm apa yg dmaksudkan dgn ‘law of attraction’
    hahah..maaf ye sbb b’sgka yg bukan2..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s