Archive for March, 2009

Angin Lembut Di Assyakirin…

Posted: March 28, 2009 in ABSARIA

Kini saya sedang menikmati makan malam di sebuah restoran di sekitar kanpus,namanya Assyakirin…malam ni cukup tenang.Mungkin berkat usaha menyelamatkan bumi,dalam program Earth Hour,bergelap selam sejam.Hmmm,tapi nasib la kedai ni tak tutup lampu,kalu tak ,mungkin makin romantik agaknya.Emm,agak lama tak bermesra dengan blog tercinta.Namun malam ni,seronok dapat kembali,sambil ditemani aril AF7,dengan lagu alleycats,’andainya aku pergi dulu’,suasana seolah olah cukup sempurna untuk diri ini menarikan jari jemari pada dada blog ini.Kendatipun begitu,tiada apa yang berat ingin kukongsikan,cumanya mungkin certeria yang lepas yang dapat dikongsi bersama.Paling dekat yang masih lagi terasa bahangnya,adalah program syarahan umum,Pindaan AUKU yang telah berjaya dilaksanakan oleh sahabat saya ikhwan naguib.Agak ramai yang hadir,namun ianya tidak menapati jangkaan.Apapun syukur,program selamat berlangsung.Moga Kita semua mendapat manfaat daripadanya.Saya sendiri berpeluang berbicara panjang dengan penceramah undangan untuk program tersebut,Prof Sheikh Nor Alam SM Hussein,daripada jabatan perundang undangan UPM.Banyak nasihat membina dihadiahkan kepada saya.InsyaAllah Prof,C U At The Top.Pada malam hari yang sama Program syarahan AUKU berlangsung,selepas saya menghantar Prof ke lapangan terbang,saya terus pulang ke kampus untuk meraikan keberangkatan delegasi daki gunung berincang yang diketuai oleh Aimi,Exco Sukan Flairsoc.Segalanya terurus dan saya baru mendapat SMS yang mengatakan bahawa pendakian berjaya dan mereka dalam perjalan pulang ke kampus.Hmm setelah mereka berangkat,saya terus ke bilik mesyuarat mpp,untuk satu perbincang bagi program bersama dengan seluruh persatuan di UDM.Yap,a very exhausted day.but i like it very much.Berkenaan cerita lain,saya perdengarkan kemudian yek.Bimbang dan gusar,final dah dekat.Cut off yang lain,final is the main focus rite now.

Cerita ni best…

Posted: March 11, 2009 in ABSARIA

Saya Mahukan Wanita Solehah

“Saya mahukan wanita solehah, bu. Saya harap bu dapat carikan saya seorang wanita solehah yang akan mendampingi hidup saya, menghirup kesusahan dan kesenangan bersama saya,” bilang saya pada ibu saya satu ketika. Masing-masing mempunyai definisi tersendiri tentang wanita solehah, saya juga tidak terlepas. Seperti itu jugalah setiap orang mempunyai definisi citarasa tersendiri tentang kecantikan. Yang pasti, lelaki mahukan wanita yang solehah yang mampu menempuh kehidupan bersama dan begitulah sebaliknya. Solehah itu bukan pada nama atau rupa, tetapi hati dan budi.

Solehah itu bukannya nampak pada mata tetapi nur dan sinarnya tersimbah di wajah. Yang solehah, pasti akan ternampak pada wajahnya lambang kesolehan. Tidakkah benar pernyataan saya?. Tidak usahlah kita susah-susah dan payah-payah mencari definisi huruf demi huruf untuk menarik perhatian. S untuk Solehah. O untuk Obama. L untuk Lembut, bukannya lembu. H untuk Hembusan Kewangian. A untuk Agama dan H untuk Hantu. Usah didefinisikan sebegitu. Ia bukanlah satu perkara yang menarik pun.

Yang jelasnya, solehah ialah satu simbolik kepada seorang wanita yang mencurahkan keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya sepenuh hati. Perasaan keimanan itu menyeluruhi seluruh ruang hidupnya sehingga meletakkan ia dalam ruang ketaqwaan dan peribadatan yang hakiki. Tanda solehah itu ada beberapa antaranya:

1) Menjadikan Allah dan Rasul sebagai keutamaan. Antara petandanya ialah, mereka selera beribadat dan mereka tidak menghalang suami mereka daripada menjalankan gerak kerja dakwah meskipun menyempitkan ruang untuk bersama.

2) Mentaati suami dengan mengasihinya segenap perasaan, menasihatinya jika tersilap dengan penuh kebijaksanaan, mendokong suaminya serta sentiasa memberikan motivasi selain mengingati perkara-perkara penting dalam kehidupan suaminya seperti tarikh lahir.

3) Menjadikan gerak kerja membawa Islam sebagai resepi kejayaan rumah tangga.
4) Meletakkan nawaitu untuk melahirkan anak yang bakal menyibukkan diri dengan amal Islami. Disebabkan itulah pemimpin Palestin menyebut, “Kekuatan kami ialah rahim-rahim isteri kami”.

“Macam mana kamu nak orang solehah sedangkan kamu kerja pun tak ada. Ada ke orang nak kat kamu yang kerja takde ni?” tanya ibu, sinis sekali. Saya terpukul dan membantutkan hujjah saya buat seketika. Namun hanya seketika. Saya menerawang berfikir. Ibu seorang kakitangan kerajaan. Mungkin sejak saya dalam kandungan lagi ibu berpesan sambil mengusap perut, “Ngah, bila besar nanti, kena kerja kerajaan”. Aduh, berat sekali untuk berdepan dengan kehendak ibu yang mendesak sebegitu. “Nanti tok Qadhi tanya kerja apa, ha..nak kahwin macam mana?” Begitulah bilang ibu.

Saya mencari-cari. Mengintai-intai mana-mana muslimat yang kuat. Ada yang mahukan suami yang pandai buat roti canai. Ada yang mahu suami yang kerja tetap. Ada yang mahu menurut kehendak ibu bapa sahaja. Ada yang mahu senegeri. Ada yang mahu sebaya, tidak kurang juga yang mahukan yang lebih tua. Ada yang mahu suami yang prihatin dan mengambil berat. Ada yang mahukan keromantikan. “Ada tak yang mahu orang yang tidak bekerja dengan kerajaan macam ana?” tanya saya kepada seorang sahabat akhawat satu ketika. “Jadi, ustaz kerja apa? Takkan nak bagi dia makan pasir?” Tanya balik akhawat tersebut. Ish, banyak songeh betul. Orang tanya, bukan nak jawab. Dipukulnya pula saya dengan persoalan itu. Aduh, peritnya. “Ustazah, ana meniaga,” balas ana balik. “Ustaz meniaga apa? Miskin je nampak,” Ish, budak ni. Memang nak kena. Aku luku sekali baru tahu. Kata saya dalam hati. “Awat ustazah banyak sangat tanya ni ? Ke ustazah yang nak kat ana ?” Saya bagi buah kilas sekali. Terus dia terdiam dan, dot, dot, doooot. Fuh, malu la tu. Gerutu hati saya. Saya berniaga dengan Allah. Biarlah Allah yang membalas segala usaha saya.

Saya tidak gemar bekerja dengan manusia yang banyak protokolnya. Saya bukan semacam ibu. Malah saya berbeza dengan kakak Sarah yang rajin bekerja. Adik-adik saya sinis berkata, “Ada orang tu, dapat kerja tapi tolak, kuikui,”. Apapun, saya masih mengembara mencari wanita solehah. Yang sanggup menghirup kesusahan bersama saya, terbang mencari ampunan Illahi melalui gerak kerja Islam. Ahhh..saya mahukan wanita solehah, tolonglah! Kenapa saya mahukan wanita solehah? Kerana saya mahukan hidup saya bahagia. Saya tidak pentingkan yang romantik kerana cukuplah saya yang romantik. Saya tidak mahukan yang kaya-raya kerana saya sudah terbiasa dengan kesusahan. Saya hanya mahukan Solehah. Ops.. maaf tersilap. Bukan saya mahukan Solehah tetapi mahukan yang solehah.

“Ustaz Mi, bagaimana caranya mahu mendapatkan wanita solehah. Saya ingin menjadikannya teman berbicara tentang ilmu, teman seperibadatan, teman yang berkongsi perasaan dan permasalahan. Bagaimana caranya Ustaz Mi?” tanya saya kepada sahabat saya Azmi satu ketika. Walhal, Azmi sendiri teraba-raba mencari wanita solehah. “Enta ni Dzul. Enta nak orang solehah, tapi enta pula entah apa-apa. Macam mana enta nak orang solehah kalau macam ni?” Aduh, saya terpukul sehingga kelebam-lebaman dibuatnya.

http://www.ratubalqiskeai.blogspot.com/

kem lagi…

Posted: March 9, 2009 in ABSARIA

salam rakan sekalian,hmmm,kali ini tiada entry yang berat berat ,huhhu sekadar ingin berkongsi.Pernah saya ceritakan pada kalian minggu lepas saya dijadualkan mengikuti kursus BTN di bukit keluan,besut.Minggu seterusnya,saya diarahkan pula menyertai kem kokurikulum teater di kem Merang.Siap berkhemah lagi,memang mencabar.Mcm apa yang berlaku di BTN,aktiviti disini memang best.Walaupun sentiasa ingat pada tugasan di kampus,tapi peluang untuk beristirehat perlu digunaka sebaik mungkin.”Bercuti di Merang” hahaha.Balik dari kem.hmmm,tugasan menimbun di atas meja.Huh,hidup perlu diteruskan…apa jua yang berlaku ,kita perlu sentiasa yakin pada diri untuk meneruskan hidup.Satu poem untuk kalian,supaya bersama sama kita hayati,sebagai satu motivasi diri…

INCREASE cOMES iN cANS

If U think U’re beaten ,U are,

If U think U dare not,U don’t,

If U like to win,but U think U cannot,

It almost certain U won’t.


If U think U’ll lose,U’ve lost,

For out of the world U’ll find,

Increase begins with a fellow’s believing,

It’s all in his state of mind.


If U think U are outclassed,U are,

U’ve got to think higher to rise,

U’ve got to believe in Urself before,

U can ever win the prize.


Life battles don’t always go,

to the stronger or faster man,

But sooner or later,the mans who wins,

Is the man WHO THINKS HE CAN.


– Unknown-

# you are what u are thinking about- believe yourself!

image007image0032image013

Rupanya dah 25 helaian…

Posted: March 5, 2009 in ABSARIA

(more…)

Penat …tapi best.

Posted: March 2, 2009 in ABSARIA

Salam buat kalian…apa khabar? Harap semua dalam keadaan yang sihat kehendaknya.Saya pula dalam keadaan beransur pulih daripada pelbagai bentuk ‘ketegangan’ yang menimpa,samada daripada bentuk fizikal mahupun mental.Baru baru ini saya telah dijadualkan untuk menyertai kursus Biro tata Negara (BTN) yang sememangnya menjadi suatu momokan sejak dari diploma lagi.Tanggal 26 hb febuari yang lepas segala mimpi jadi realiti…hmmm,mcm kempen pilihanraya pulak.Mmm sememangnya pelbagai perkara bermain dalam kotak fikiran.Pastinya segala yang negative.Ditambah pula dengan asakan test dan assignment yang bertimbun namun tertunggak dek kerana BTN makin menjadi pemangkin kepada kebobrokan fikiran tersebut.Namun seusai sampai di kem,segalanya berubah.saya nekad untuk jadikan BTN ini sebagai lokasi percutian percuma bagi merehatkan segala hingar binger kampus dan bebanan tanggungjawab.Segalanya sangat seronok bagi saya.Pengisisan,kawan kawan yang dulunya hanya berselisih bahu tanpa bertegur kini sudah kenal mengenali dan hingga lah kepada saat keinsafan diri yang tak ternilai harga nya.Benar,banyak perkara yang dapat saya pelajari daripada kem ini.Terima kasih buat kalian yang mengajar,kawan kawan dan seharusnya juga untuk suasana yang tenang lagi aman.Buat kawan kawan kumpulan 13; farra,fairuz,atirah,atiqah,noreen,aainaa dan nazri,anda semua memang best. Moga persahabatan berkekalan.Satu perkara yang mungkin sudah pernah saya dan anda dengar,yang saya dapat dalam kem ini ,yang ingin saya kongsi dengan kalian ialah:

4 perkara yang anda perlu untuk jadi ORANG BERJAYA:

1) Jangan Pernah LUPA pada jasa orang pada kita

2)LUPAkan jasa kita pada orang

3) LUPAkan keburukan orang pada kita

4) Jangan pernah LUPA keburukan kita pada orang

Masih banyak yang ingin saya kongsikan dengan kalian,namun,masih banyak juga kerja yang belum selesai.Maka yang paling utama perlu diberi keutamaan.Akhir kalam,yang lepas itu sejarah,yang belum itu masa depan,namun,apa yang kita ada hanyalah sekarang,maka manfaatkanlah bersama sama.

kumpulan 13nyamannya..