Trofi Kehidupan

Posted: September 7, 2016 in ABSARIA

Salam Absarians. Lama x ketemu. Apapun semoga kalian sukses dan tak penat berlari ke garisan penamat. Bercakap perihal perlumbaan, pertandingan atau apa apa istilah yang ada permulaan dan pengakhiran dan yang memerlukan kita kekal fokus sehingga ke keringat terakhir, suka absar bangkit tentang matlamat keringat kita kerah ini.

Ramai manusia berpusu, menyeru diri terus asa, memaksa zahir terus bekerja. Katanya, ‘no pain no gain’. Benar apa yang dikatakan. Tiada jalan singkat untuk berjaya, perlu pada tekad dan usaha. Namun jauh lebih penting adalah , sebelum kita sandarkan tangga untuk kita panjat sesebuah bangunan, penting untuk kita tentukan bangunan mana yang perlu kita panjat. Dalam erti yang lain, kita perlu betulkan niat perjuangan tulang empat kerat. Untuk apa dan untuk siapa kita bersusah payah.

Absar sendiri baru menyedari , hakikat perjuangan ada banyak matlamatnya. Namun bagi pejuang yang terhebat, matlamatnya adalah untuk ummat. Perjuangan akan jadi lebih bermakna,andai kita bernawaitukan sesuatu yang memenuhi keperluan ummat. Mahu menolong insan yang lemah, mahu membantu manusia yang susah atau apa sahaja yang dapat memberikan senyuman buat mereka yang memerlukan pertolongan.

Benar , tak salah mengejar kemahsyuran. Tak salah juga mengejar kesenangan dan kekayaan. Namun apabila kita berbicara erti perjuangan yang berpanjangan dan jauh lebih besar trofi nya, maka perlu kita betulkan kiblat matlamat ini.

Ayuh, betulkan niat kita untu memerah keringat. Letakkan matlamat perjuang setiap lorong perlumbaan,aku mahu bantu ibu ibu tunggal yang susah, aku mahu pimpin tangan si yatim, aku nak tolong si fakir miskin , aku nak kawen dengan uqasha senrose…eh,terlajak pula. Hahaha.

Jom, kita sama sama betulkan niat, agar perjuangan kita bukan sahaja perjuangan menempuh mehnah, tapi ia keringat menuju jannah.Percayalah, sandaran pada bangunan yang betul,membuatkan keringat dan jiwa untuk memanjat anak anak  tangga lebih tegar dan kuat. Ayuh kita terus berlari mengejar trofi kehidupan…di dunia dan di sana.

Semoga anda dan Absar terus sukses. Amin….

P/s : Intipati dan idea ini absar dapat drpd perkongsian cerita daripada seorang tokoh usahawan pantai timur- Tokey Bas PERDANA dan LIENADIA. Tq Tuan Haji.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s