Archive for June 18, 2014

Sempat termenung menunggu rutin kerjaya bermula, sambil bersandar Absar menikmati skrin kehidupan manusia terus berpusing di roda masing-masing. Kitaran ini lah yang dilalui setiap hari, sampailah diri sudah tiada daya memutarkan roda. Ada yang mengorbankan kesihatannya untuk kekayaan, dan Ada pula yang menggunakan kekayaan untuk memperjuangkan kesihatannya. Ada yang putarannya untuk diri sendiri dan tak kurang pula roda yang diputarnya untuk menjamin kesenangan orang yang dikasihi. Kadang-kadang roda ini berputar bukan atas kehendak mereka. Lebih ramai yang terpaksa memutarkan roda supaya hidup mereka tiada seksa dan lebih selesa .

Beruntung bagi mereka,yang putaran roda harian mereka itulah jiwa mereka. Dihargai masa dan ketika beroda, diputar dengan sepenuh raga. Namun masih ramai yang menjual jiwa, demi mencari bekalan buat insan tercinta. Kita terkadang melakukan sesuatu dalam keadaan terpaksa,kerana kita sudah tidak punya cara atau daya. Namun dalam keadaan ini, Absar nasihatkan kepada kalian, letakkan jiwa dalam apa jua keadaan dengan cara,meletakkan cita-cita dan perancangan yang jelas dan nyata. Selalu bisikkan dalam hati, ‘aku lakukan kerja ini ,bagi mencapai kerja yang aku impikan’. Lama kelamaan,jiwa itu akan hadir dalam apa jua kerja,kerana kita mulai sedar ,apa yang kita lakukan sekarang adalah untuk cita-cita dan kerjaya yang diimpikan.Kata bijak pandai; ‘Put Your Heart in Your career,and put your career in your heart- Success will appear‘.

Absar tau,ramai antara kita masih belum menyesuaikan diri dengan kerjaya sekarang. Kita kadang-kadang terperangkap dengan putaran roda yang kita tidak suka namun terpaksa. Hal ini kerana kita mungkin tiada pilihan buat seketika. maka,dalam saat ini,kita perlu sedar yang kita sedang menambah nilai diri. Selalu muhasabah ,nilai diri kita semakin tinggi atau rendah. Kalau diibaratkan kita sebuah kereta,nilainya makin susut saat menghampiri luput. Kalau kita sebidang tanah,nilainya makin mencanak saat usia makin bertingkat. Ukur baju di badan sendiri,kita jahit perancangan mengikut apa yang diimpikan.

Better late than never. Bagi yang baru menyedari akan kesusutan nilai diri,anda perlu bersedia untuk merubah rutin roda anda. Cari apa yang anda minati,letakkan sebagai cita-cita tertinggi dan mulalah menambah nilai diri. Moga kita sama-sama, menikmati puncak kejayaan tertinggi.

Sweet Sour

Kadang kadang kita perlu lakukan apa yang kita tidak suka, untuk dapatkan apa yang kita cinta. Jarang-jarang kita dapat peluang untuk buat apa yang kita suka untuk dapat apa yang kita cinta. Maka lebih baik, suka apa yang kita tidak suka mahupun suka, demi sesuatu yang kita cinta. Itu akan lebih bererti. : )