Pandanglah sekitar , fikirlah sebentar.

Posted: December 16, 2013 in ABSARIA

Salam Absarians. Mendung Disember terkandung rahmat dalam Ujian yang mencurah. Kita risau mendung ini bersifat melindung atau sebenarnya petanda ujian bakal bertandang. Apapun anggapan dan tanggapan,asasnya adalah fahaman terhadap kenapa dan mengapa ia diturunkan. Ramai orang berfikir mendung ujian ini sekadar fenomena alam, berakhir nanti bila awan hitam dan angin kencang hilang. Namun bagi yang mahu dan tahu berfikir, pastinya mendung ujian terkandung mesej sarat buat makhluk di bumi semakin gersang iman .

Absar berkesempatan bersama rakan Timbalan Pendakwa Raya mengikuti beberapa perbicaraan di Mahkamah hari ini. Bukan fokusnya kepada banduan berbaju ungu dan oren yang jadi tumpuan. Tetapi seluruh pelusuk susuk dalam kamar bicara itu yang bermain di buah fikiran. Mereka hadir dan dihadirkan dalam kamar bicara yang sama. Dalam mahkamah itu,ada hakim, ada peguam dan ada pesalah serta saksinya. Bahan bukti juga turut serta. Absar ikut sekali menjayakan rakaman episod mendung dalam kamar yang sedang menghitung.

Apa yang ingin dicatitkan di sini, apa yang berlaku di sekeliling kita,bukan secara kebetulan. Absar menulis,mungkin kerana ada yang ingin membaca atau mungkin kerana Absar perlu dikritik kerana penulisan ini. Maka asbabnya penulisan in perlu dilakarkan. Mesejnya,cuba kalian diam sejenak,tarik dan hela nafas seketika. Pandanglah sekitar dan fikirlah sebentar. Kenapa aku di sini ? Mengapa aku perlu lakukan semua ini? ke mana berakhirnya semua ini? semuanya sebenarnya sudah ditentukan. Kita sekadar melaksanakan nya.

Bicara singkat ini sekadar menjentik Absar dan kalian bahawa jangan bersedih atau terlalu gembira dengan apa jua situasi yang hadir. Tarik nafas dan renungkan puas-puas. Ada hikmah tersirat disebalik cerita yang tersurat. Belajar untuk berfikir,kerana itu yang membezakan diri kita dengan sahabat anda yang sedang meragut rumput di padang sana. Yea,sahabat anda,bukan sahabat saya..Haha..selamat berfikir wahai Absarians.

IMG_4255

Pandang lah sekitar , fikirlah sebentar…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s