Archive for August, 2013

harap, takut, taat dan sayang,

Posted: August 26, 2013 in ABSARIA

‘Harap’,’Takut’, ‘Taat’ dan ‘Sayang’.Kesemua deria ini wujud dan perlu wujud dalam diri setiap hamba. Pesan seorang ustaz, sebelum buat dosa, perlu ada rasa ‘takut’ pada azabnya, namun andai sudah terlanjur, perlu ada ‘harap’ pada pengampunannya. Setiap amal yang dilakukan, adakah amal itu kerana ‘taat’, ‘takut ‘,’harap’ atau ‘sayang’. EMmm ‘amal’? macam cukup dekat dengan perkataan ‘amal’ ini kan? kenapa yea/ :)..Tapi Isusnya,berbezakah darjat deria ini disisi tuhan?

Deria ini berbeza. ‘Harap’ contohnya, menjadikan seorang hamba itu sedar bahawa dirinya lemah , tiada berdirinya dia tanpa suatu pengharapan. Setiap langkah yang dikotakkan, pasti diakhirnya suatu pengharapan. Baginya usahanya mungkin 99% daripada dirinya sendiri, namun apa yang diusahakan perlu dipenuhi dengan 1% izin dari sang pencipta.Justeru, ‘harap’ ini menjadikan insan sedar,dirinya lemah dan tiada daya,melainkan dengan izin dari Nya.

‘Takut’ pula merupakan rasa yang sinonim dengan manusia. ‘takut’ mati, ‘takut’ sakit, ‘takut’ api neraka dan sebagainya. Namun isunya, apakah bisa ‘takut’ pada makhluk ini membawa kepada ‘takut’ kepada sang murobbi? Alhamdullilah kiranya ‘takut’ pada makhluk itu sekaligus membawa peringatan kepada kebesaran Dia yang Maha Mulia. ‘Takut’ pada azab siksa neraka, kembali sujud di sejadah usang yang sudah lama tiada teman. ‘takut’ pada mati, kembalilah kepada fitrah manusia yang tahu dirinya hina.Nauzubillah,andai kiranya ‘takut’ pada makhluk itu ,tidak pula membawa kepada ‘takut’ kepada sang pencipta. ‘Takut’ pada musuh islam, maka Islam disimpan dalam peti simpanan. ‘Takut’ pada kejahatan, maka mulut dikunci melazimi kalimah indah zikrullah dan sebagainya. Maka, ‘takut’ seperti itu akan menjadi batu sempadan antara kita dengan tuhan. Ayuh kembali ‘takut’ sebagai insan yang punya rasa bertuhan. Pastikan ‘takut’ itu membawa kita kepada ke’takut’an pada tuhan yang akhirnya mengembalikan diri menjadi pencinta amal dan penyebar ilmu tuhan.

‘Taat’ pula bisa dijadikan impian setiap insan yang punya tuhan. Meraka ini golongan ariffun ataupun ma’rifun. Golongan yang tahu dan arif sifat tuhan dan tahu siapa diri mereka. ‘Takut’ dan ‘harap’ akan berlari bersama ‘taat’. ‘Taat’ mereka pada apa yang mereka dengar.ato’na bi sami’na.

Akhirnya, bila kesemua deria ‘takut’, ‘harap’ dan ‘taat’ ini bisa bersama,maka lahirlah rasa ‘sayang’ pada Nya yang telah melimpahkan Nikmat walau kita dalam maksiat. Dia yang memberi sihat tatkala kita menzalimi diri sendiri . Dia yang punya keampunan seluas lautan walau dosa kita setinggi gunung. Sayang kita pada Nya sehingga dunia sudah di telapak kaki. Pesan seorang Jutawan, sekiranya kamu mahukan dan cintakan Tuhan,maka dunia itu hanyalah dipinggiran. Dunia ini bukan lagi keutamaan. Sekadar taman tempat bercucuk tanam kasih dan sayang buat tuhan. Allahuakhbar, indah nya deria ini andai kita biasa punya rasa sayang pada tuhan. 

Entry ini bertujuan mengingatkan absar pada tujuan kita hidup di dunia. Sementara kita masih diberi kesempatan, ayuhlah cari rasa sayang, dengan takut, harap dan taat. : ) Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin.

 

Aku hamba namun lagak  tuhan,

barah noda ,darah dosa ku telan,

seolah tiada balasan , seolah tiada batasan,

Akhirnya ku sangkaku tuhan ,

dek insaf tak lagi hinggap di jiwa insan.

 

Bila ku lihat gelora di lautan,

ku katakan ia hidupan,

bila kulihat tebalnya hutan,

ku katakan ia kehidupan,

sedang ku hirup nafas kelupaan,

bahawa gelora lautan dan tebalnya hutan,

semuanya itu  bertuhan.

 

Bila diri ku dilanda gelora kedukaan,

aku bersimpuh menghirup persoalan,

kalau aku ini tuhan, siapa pula pencipta kedukaan,

andai aku tuhan kenapa duka jadi persinggahan,

Sedangkan aku tuhan ,

pencipta noda dan pencari kepuasan,

bisa menjentik segala kedukaan.

 

Sesekali menjengah lautan,

terlihat indah biru tanpa sempadan,

sesekali menjengah hutan,

terdampar hijau tanpa pengakhiran,

semua itu kukira hidupan,

sedang  tenggelam aku dalam kekalutan,

kekalutan menjadi tuhan kemaksiatan,

sampai lupa tuhan fahim segala perasaan.

 

Aku biru dan hijau,

tatkala aku mahu merah dan kuning,

aku suram dan geram,

tatkala aku mahu gembira dan riang,

andai aku ini tuhan,

kubisa memilih permata mahupun intan,

merah kuning dan apa jua pilihan,

namun aku bukan tuhan,

kerana hanya menerima apa yang ditentukan,

bukan apa yang diimpi nafsu insan.

 

Kini ku sedar, aku bukannya tuhan,

tapi hamba yang punya peranan,

taat dan patuh pada perintah tuhan,

Aku juga hamba tuhan,

tapi hamba yang sentiasa melanggar arahan,

hanya Dia tuhan sekian insan,

tuhan gembira dan tuhan kedukaan,

tuhan fahim segala perasaan.

 

 

~absar.16/8/2013.Pulau Perhentian~

Impian Lebaran.

Posted: August 11, 2013 in ABSARIA

Hari Raya ketiga : absar dikunjungi ramai sanak saudara.

rayaaaaKeseluruhan ‘kontinjen’ mencecah 50 orang kesemuanya . Mujur ianya berperingkat-peringkat.

Syukur, murah rezeki kami dengan kehadiran mereka. Riuh rendah tangis indah anak kecil hiasi lebaran kami di kediaman rasmi abah. Beberapa anak saudara dan sepupu yang absar baru kenal ,kami jalin silaturahim dengan senyum mesra. Pakcik, ayoh long n bagai bagai gelaran yang diberi. Maklum la sudah lama tidak ketemu. Mereka ini comel cantik dan segak. Absar cukup gembira.

Sedang asyik melayan telatah girang dan riang anak kecil sepupu paling bongsu, rumah abah didatangi oleh sekumpulan penduduk tempatan. Datang beraya katanya. Sambil diheret seluruh anak pinak , bersalam bergilir gilir dengan mama. Abah sedang rehat di bilik, tinggal mama yang terpaksa ‘berjuang’ bermanis muka melayan tetangga. Kami biasanya hanya menerima tetamu yang mahu berjumpe dengan abah sebagai ketua di tempat ini pada raya pertama. Sememangnya satu hari diperuntukkan untuk beramah mesra dengan penduduk tempatan. Rumah kediaman rasmi abah terbuka luas buat mereka datang beraya. Namun pada hari itu, mereka hadir membawa impian. Impian lebaran.

rumah terbukaHari Raya pertama : Open  House 2013

Bayangkan hadir mereka berjalan kaki,dari suatu kampung yang jauh. Ibu mereka yang absar kira di era umur 40 an dan berbadan gempal terpaksa meminjam motor tiga roda sepupunya semata mata mahu datang beraya di rumah yang tidak mereka kenali siapakah penghuninya. Namun mungkin kerana mereka tahu abah ketua di kawasan itu, hadir mereka walau bermuka dua. Dek keadaan itulah ,abasar yakin, mereka punya impian. Impian Lebaran. Aku kenal golongan sebegini. Di legar lebaran ini lah ruang mereka mencari sedikit simpati , mencari rezeki duit raya demi menyabung hidup anak beranak dan merasai kegembiraan syawal yang sememangnya tuhan jadikan ia bulan bergembira. mama pantas menghulur sampul bersama senyuman.Ya, Ini saja yang dapat kami bantu.tok

Aku terpaku seketika. Sememangnya jiwa ini sayu. Aku terusik dengan kegigihan mereka berpanas, berarak demi satu sampul duit raya yang terisi Impian lebaran. Duit raya ini mungkin dikumpul untuk membeli pakaian sekolah baru,kasut yang sudah lama tidak berganti atau bumbung rumah yang sudah lama rabak. Atau mungkin duit ini dikumpul buat membeli bekalan makanan anak beranak untuk dua atau tiga bulan. dan tak mustahil juga dikumpul untuk membeli ubat ubatan buat ibu yang lelah sehingga terpaksa diusung dengan motor roda tiga. Tuhan, mudahkan urusan mereka walau apa jua tujuan impian lebaran itu diminta.

rayaaaaaaaa

Namun begitu, ada juga anak-anak muda yang datang dari golongan miskin sebegini, tidak sedar diuntung. Ibu berpayah membidas susah, ayah bersimpuh menebas payah, namun mereka gah dengan Levi’s baru dan skirt terbelah. Absar sempat ketemu berpuluh puluh anak muda sebegini dalam sesi motivasi absar di sekolah sekolah mahupun Universiti. Mereka tidak kisah baju ayah koyak rabak,asal seluar sekolah mereka boleh ditempah indah . Mereka tidak pernah endah ibu mereka lelah,asal kasut converse boleh dibeli supaya sama dengan geng di sekolah. Syukur pada tuhan, Absar diberi kesempatan bersama mereka untuk sedikit Inzar keinsafan dengan harapan bisa menjentik sedikit kesedaran.

Khulasahnya, Absar cuma berharap,kalau lah absarians ada sekdikit kemampuan dan kesempatan, penuhilah impian leberan buat mereka yang memerlukan. Tidak banyak ,sedikit pun tak mengapa. Asal ia menjadi tarbiah buat jiwa yang terkadang lupa rasa susah. Pandanglah mereka, dan letakkan diri kamu di pondok mereka seketika. Ajarkan mereka cara untuk tersenyum, kerana mungkin mereka sudah lupa cara untuk bergembira. Gembirakan mereka dengan Impian Lebaran di hari yang mulia .: ) percayalah… kita akan sama sama tersenyum .. Impian Lebaran.

ra

Antara anak anak buah absar. Tunggu anak pak long k.. Haha : )

Salam Absarians. Liku liku hidup terus diterokai. Ramadhan demi ramadhan berlalu membuatkan segelintir ummat merasa nafas diri seolah tiada terhenti. Maka segelintir ummat ini juga merasa seronok menghirup bisa dan nanah dosa dunia,buat tiket perjalanan mereka ke neraka. Lalu hadir Syawal berteriak menutup tangisan ramadhan yang bakal berlalu. Maka segelintir ummat ini juga turut sama berteriak menutup rintihan sayu pemergian Ramadhan.

Esok, Syawal bakal berteriak. Aku risau. sayu dan bimbang. Sudah 29 kali syawal , aku bermonolog ; “adakah aku ini dari golongan segelintir ummat yang turut sama berteriak girang kerana kemenangan mentarbiyah diri menunduk dan mendidik nafsu, atau berteriak riang kerana belenggu dugaan dan ujian ramadhan sudah diangkat dari jasad. 

29 kali syawal. Suasananya sudah berbeza. Namun riang dan girangnya masih sama. Gembira dan mengembirakan. Maaf dan memaafkan. Ada silaturahim yang dulu nya terputus, terjalin tatkala dendam terhapus. Pesan seorang ustaz, kalau akhirat diletakkan di depan segala depan, maka hubungan insan tidak lagi menjadi permasalahan. Namun, kalau dunia dijadikan tuhan, maka cemburu dan dendam akan menjadi sekam dalam perhubungan insan.

29 kali syawal, aku terus mendengar takbir sayu diselit riang menyambut girang hari kemenangan . Aku masih meneruskan perjalanan . Dalam perjalanan ini, walaupun kita jelas dengan hala tuju nya, namun terkadang selekoh selekoh yang indah , dihias dengan manisnya dunia ,membuatkan kita seringkali melencong ke arah yang salah. Tatkala selekoh yang salah diambil,terkadang kita terserempak dengan papan tanda peringatan menandakan jalan yang diambil adalah salah,maka kita terus berpatah. Terkadang juga kita terus disajikan dengan papan tanda kemewahan dunia,mengghairahkan lagi perjalanan khilaf dan salah yang hanya akan ada satu penghujung iaitu su’ul khotimah.

29 kali Syawal. Aku masih berharap masih ada syawal kali ke 30, walaupun aku sedar, jeda masa itu mungkin hanyaku isi dengan dosa dan noda, mungkin juga membelok pada selekoh yang khilaf dan salah , tapi aku juga yakin yang Dia itu Maha Pengampun dan Mengasihani. Sesungguhnya kita semua ini hidup, hanya kerana belas Ihsan dari Nya. Walau dosa kita setinggi bukit, keampunanNya seluas Langit, walaupun noda kita sebanyak pasir di pantai, Rahmatnya hadir umpama Ombak yang tak pernah henti singgah di pantai. 

29 kali Syawal : bersyukurkah aku?

29 kali Syawal : ke manakah aku?

29 kali Syawal :……………………..