Aku perlu terus menulis.

Posted: June 28, 2013 in ABSARIA

Dalam tajuk ringkas ini,ia umpama ingatan buat diri sendiri. Membiarkan blog ini tiada entry ,sunyi dan sepi tanpa seri sewajarnya aku jauhi. Ia seolah lambang kepada kehidupan pemilik blog, yang tiada isi untuk dikongsi. Kalau bumi ini pun dikunjungi jerebu, aku insan yang sifatnya lemah ini pastinya dikunjungi seribu ujian setiap dinihari. Namun,kerana inilah hidup itu dinamakan ‘hidup’.Kalau manusia tanpa ujian,itu namanya mati. Kan ? Tuntas,aku perlu terus menulis. Walau patah tangan kanan,tangan kiri ku bertongkat. Walau patah kedua duanya,dengan jemari kaki ku perlu terus mengukir. Tersiratnya,aku perlu usir kata putus asa mahupun kecewa. Benar ia lumrah, namun ia tetap pilihan buat ummah. Melihat insan lain kecewa dan putus asa,seolah melihat cermin sambil bermonolog membaca jampi motivasi agar diri bangun terus berdiri dan terus mengorak dan mencorak novel kehidupan ke puncak kejayaan sekaligus menjadi manusia terhebat.

Kata Imam Malik, untuk jadi manusia terhebat,ada 4 perkara yang kamu perlu ada. Pertama,kenderaan yang tangkas, kedua rumah yang lapang,ketiga ,pakaian yang cantik dan terakhir pelita yang terang. Tersirat disebalik kata imam ini adalah,kita perlu ada pemikiran yang cepat , sabar yang tinggi,akhlak yang baik dan ilmu yang banyak. Justeru,aku dan kamu,perlu terus menulis,melakar mahupun mencakar,demi menjadi manusia yang hebat. Akan tetapi, percayalah,perjuangan ke arah misi ini,tidak pernah dijanjikan karpet merah atau hijau, tetapi penuh dengan mehnah dan ujian.

Hakikatnya bukan setiap hari matahari berseri,bukan setiap hari juga hujan membanjiri. Maka,kita perlu sedari, hujan atau pun matahari,kita tetap perlu berlari. Belajar untuk terus bediri dalam hujan mahupun terik mentari. Pelajaran ini bukan sekejap,tapi ia memakan masa seluruh hari hari insani. Aku kadang kadang tersungkur, kadang kadang berlari seolah tanpa henti. Setiap hari berharap akan ada seorang insan datang . dan mengubah seluruh hidup yang bosan menjadi penuh dengan keceriaan. Tapi aku perlu percaya,takkan datang insan sedemikian. Ianya perlu dimulakan oleh diri sendiri. Andai aku memilih untuk tersungkur , bermakna aku memilih untuk terkubur. Tetapi jika aku memilih untuk terus berlari, aku mungkin boleh menggapai mentari. Tersiratnya, pilihan itu aku yang punya. Kerana itu aku pernah berkongsi dengan kalian, tak kiralah bersarapan dengan telur separuh masak,mahupun dengan pancake bersalut madu, kesempurnaan hari itu bermula dari kamu dan aku. Yup,kita yang menentukan hari kita itu sempurna atau penuh dengan duka dan luka. Maka , aku perlu terus menulis..demi sebuah hidup yang sempurna.

Hmmm..sekian. Entry ini bukan dari hati. ..

Advertisements
Comments
  1. Assalamulaikum Abg Bob.
    Saya sangat teruja apabila membaca post ini dan yang lain2.
    Saya juga cuba menulis walaupun mungkin ianya tidak seberapa.

    InsyaAllah saya ingin berkongsi dan minta perkongsian.

    • absarlegal says:

      waalaikumussalam qayyum… Thanks kerana sudi membaca bingkisan tulisan a.bob. Nanti kongsi lah blog qayyum yea..Good leader always a good reader : )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s