Aku mahu ke Syurga,
setiap detik aku pening fikirkan dunia,
matlamat ku ke syurga kabur dek debu sementara,
sepatutnya,apa jua kenderaan harusnya ku pacu ke jalanan syurga.
Aku mahu ke syurga,
tapi kudratku paksinya buat dunia yg seketika,
tambah pula,aku mula punya rasa suka,
suka pada bidadari pelengkap fitrah jiwa jejaka,
maka soalnya,
adakah bidadari ini penyeri syurga atau sekadar dunia yang pura pura?
Aku mahu ke syurga,
cuma soalnya,
adakah tindakku,ku abadikan buat Pemilik Syurga?
atau ku abdikan buat dunia yang sifatnya sekelip mata?
Aku mahu ke syurga,
namun kini aku punya harta,
senyum lebar aku melihat kerata dan mahligai yang bakal terbina,
jauh di sudut hatiku,’ini aku yang punya’,
walhal aku mahu ke syurga,
sewajarnya, kereta ini sekadar transit untuk ke sana ,
seharusnya, mahligai itu sekadar sejadah yang ku hampar buat amal untuk Dia,
tapi aku buat diri ku bangga seolah benar,itu aku yang punya,walhal ia pinjaman semata.
Aku mahu ke syurga,
tapi bicaraku omong semata,
hariku dipenuhi dengan gelak ketawa dan gurau senda,
walhal aku mahu ke syurga…
Syurga tak kan terhampar dengan maharaja lawak atau lawak ke der,
tapi syiar Islam yang tak pernah berkompromi dengan urusan dunia.
Jadi,benarkah Aku mahu ke Syurga?
atau,
aku sebenarnya menempah jalan ke Neraka?