Archive for January, 2013

Pagi 10.01.2013…Sempat aku coret,mencarik hening kebisuan harfun akal yang lama mengetap bibir dari merungkai kata dan rasa. Terkadang sang sunyi mencubit ceria, seakan teriak mengingatkan diriku jua manusia biasa,punyai hati dan jiwa sama seperti mereka. Mungkin berbeza paras dan bahasa, namun serupa bila bicara tentang sakit dan gembira.

Aku jua seperti mereka. Sakit bila derita. Gembira bila bahagia. Namun terkadang mereka terlupa ; aku jua seperti mereka. Seakan tiada deria,mencarut fitnah sesuka rasa,sehingga lidah ku kelu tanpa perisa,keras tanpa kata. Akhirnya jiwa lelaki yang dikata keras kental tanpa goyah, goyang  dengan harfun hitam dari lidah penutur kelam iman. Mereka sakit bila aku gembira. Mereka derita lihat aku gembira.

Namun itu sekadar cebisan coretan.Insan yang kelam iman,penutur kalam hitam,umpama buih di lautan. Datangnya bila laut bergelora,perginya bila angin mendabik dada. Hakikatnya Insan mulia,teman setia dan watak ceria menggunung menghiasi lembaran hikayat seorang pengukir cerita.

Mereka jua seperti aku. Sakit bila derita . Gembira bila bahagia. Namun hadirnya mereka,menjadi paksi diri berdiri,bila sunamo menghentam jiwa dan hati. Insan mulia dengan kata berhikmah. Teman setia bersama bersimpuh meredah susah. Watak ceria ketawa walaupun payah. Seakan tiada pahit walau berenang di sungai hempedu. Seakan tiada sakit merangkak di jalanan sembilu. Mereka gembira bila aku gembira. Mereka sedih lihat aku sedih.

Dua belas purnama di tahun 2012 telah kita cerai.Cerai yang takkan pernah dapat dirujuk. Cumanya bisa dibuat pedoman buat peneman baru 2013. Akan tetap hadir insan kelam iman,penutur harfun yang hitam. Namun itu bukan jadi penghalang. Kerana yakinlah, setiap siang,akan hadir malam. Setiap pahit akan datangnya manis dan setiap yang hitam akan hadirnya putih. Insan mulia, teman setia dan watak ceria akan terus melaungkan panji melakarkan rentak sekaki dalam melawan arus yang bakal kita tempuhi. Di tahun baru ini, walau apa yang terjadi , berjalanlah tanpa henti,selagi nyawa masih bernadi,selagi badan belum dimamah bumi. ­čÖé

 

P/s : Entri ni sebenarnya Jus nak Ucap Selamat Tahun Baru 2013 sajorh ..:)

Aku mahu ke syurga…

Posted: January 2, 2013 in ABSARIA

Aku mahu ke Syurga,

setiap detik aku pening fikirkan dunia,

matlamat ku ke syurga kabur dek debu sementara,

sepatutnya,apa jua kenderaan harusnya ku pacu ke jalanan syurga.

Aku mahu ke syurga,

tapi kudratku paksinya buat dunia yg seketika,

tambah pula,aku mula punya rasa suka,

suka pada bidadari pelengkap fitrah jiwa jejaka,

maka soalnya,

adakah bidadari ini penyeri syurga atau sekadar dunia yang pura pura?

Aku mahu ke syurga,

cuma soalnya,

adakah tindakku,ku abadikan buat Pemilik Syurga?

atau ku abdikan buat dunia yang sifatnya sekelip mata?

Aku mahu ke syurga,

namun kini aku punya harta,

senyum lebar aku melihat kerata dan mahligai yang bakal terbina,

jauh di sudut hatiku,’ini aku yang punya’,

walhal aku mahu ke syurga,

sewajarnya, kereta ini sekadar transit untuk ke sana ,

seharusnya, mahligai itu sekadar  sejadah yang ku hampar buat amal untuk Dia,

tapi aku buat diri ku bangga seolah benar,itu aku yang punya,walhal ia pinjaman semata.

Aku mahu ke syurga,

tapi bicaraku omong semata,

hariku dipenuhi dengan gelak ketawa dan gurau senda,

walhal aku mahu ke syurga…

Syurga tak kan terhampar dengan maharaja lawak atau lawak ke der,

tapi syiar Islam yang tak pernah berkompromi dengan urusan dunia.

Jadi,benarkah Aku mahu ke Syurga?

atau,

aku sebenarnya menempah jalan ke Neraka?