Aku disaman lagi..

Posted: November 29, 2012 in ABSARIA

Masuk kali ini ,dah terlalu banyak ku rasakan saman yang telah ku terima. Masa perbicaraan di depan Hakim Agung akan tiba bila bila masa. Cuma aku pelik,kenapa pada saman itu tidak ditulis bila kan tiba hari perbicaraan. Fikir ku, lagi mudah untuk aku siap kan hujahan ku andai aku diberitahu bila tarikh aku bakal mengadap Tuan Hakim yang Agung. Ku cuba membelek helaian saman itu semalam. Di atasnya dicoretkan pelbagai kesalahan yang dah dibuat,tarikh dan tempat serta siapa yang mendapat kecelakaan akibat tindakan ku itu. Diberitahu pula akta kesalahan yang menyebabkan aku disaman. Pelbagi maklumat perundangan diterangkan helaian saman itu namun cuma satu yang tidak dinyatakan, Tarikh Perbicaraan.

Aghh, aku mahasiswa perundangan. Aku arif perihal undang-undang ini. Tak perlu ditulis pun aku tau akta mana yang berkuat kuasa. Keluh ku.Cuma yang aku perlu sekarang adalah tarikh perbicaraan. Beritahu aku wahai insan yang menyaman. Khabarkan pada ku supaya aku dapat berdebat dan berhujah di depan tuan Hakim yang Maha Bijaksana. Sekuat mana aku berteriak dan menjerit,jawapan itu masih belum ada.

Aku terus membaca helaian saman, tiba tiba aku terbaca satu perenggan kecil yang ditulis sebagai nota kaki di bawah saman saman itu. Katanya : “Segala kesalahan tuan di atas boleh diampunkan dengan Taubat Nasuha. Sekiranya pihak tuan telah memohon ampun dengan taubat nasuha sebelum tiba hari perbicaraan,sila abaikan saman ini. Terima kasih.” Ku pusingkan helaian saman di muka belakang. Ditulis pula prosedur Taubat Nasuha. Tertera di muka belakang saman :

Prosedur Taubat Nasuha.

Pihak tuan perlu memenuhi prosedur di bawah sebelum tiba hari perbicaraan:

 *Menyesali apa yang telah berlalu.

* Meninggalkan perbuatan tersebut.

* Berniat untuk tidak mengulanginya di masa yang akan datang.

* Mengembalikan hak orang lain

kalau dosa tersebut berkaitan

dengan hak orang (seperti mencuri

dan lain-lain).

*Memohon keampunan daripada Allah dengan bersungguh sungguh dan sepenuh hati.

Absarians, saman saman itu akan terus diberi atas sebab manusia akan terus melakukan kesalahan dan dosa. Kita bukan malaikat yang imannya mencanak naik sentiasa. Tapi kita juga bukan syaitan yang keingkarannya sentiasa menjadi raja yang bertakhta. Tapi kita manusia,yang imannya senipis kulit bawang,yang kadang kadang naik,kadang kadang turun. Namun, walau sebesar mana pun dosa kita, keampunan tuhan sentiasa terbuka ,hinggalah ruh berada di pangkal halkum. Ayuhlah sahabat ku sekalian, langsaikan saman saman ini dengan taubat nasuha,sebelum tiba hari perbicaraan di depan tuan Hakim yang Maha Agung. 🙂

Perihal Tarikh perbicaraan, jangan di tanya bila kerana Allah sengaja membiarkan ia menjadi rahsia. Seperti Jodoh dan rezeki , hidup dan mati itu dibiar tuhan menjadi teka teki. Kerana itulah dinamakan iman. Percaya pada Qada’ dan Qadar. Tugas manusia, berusaha , berusaha dan berusaha. Urusan tuhan, Dia yang Maha Mengetahui jawapan daripada usaha manusia,samada berhasil atau tidak. Semuanya yang berlaku sudah ditentukan. Cumanya kita diuji sejauh mana kita beriman kepada Nya. Ayuh,selesaikan saman saman mu, sementara masih punya masa dan waktu. Kata Seorang ulama pada muridnya, Mati adalah yang paling dekat dengan kita,keran akita tidak pernah tahu masanya. Siapa sangka ,mungkin usai  absar mengupload usaha dakwah ini, malaikat maut datang sampaikan pesan buat yang yang sedang menulis ini. Andai benar,maafkan diriku dan doakan perjalanan ku ke sana dalam keadaan langkah kanan. : ) Dan sentiasalah ingat pada pesan Nabi junjungan Mulia ini, ‘orang paling bijak dari kalangan mu adalah orang yang paling banyak mengingati MATI.’

Asal kita hina, namun Allah yang muliakan kita. Andai kita kembali hina, adakah mustahil untuk Allah memuliakan kita kembali seperti yang pernah dilakukanNya dahulu? Fikirkan dan biarkan Iman mu yang menjawab.. 🙂

Taal ya akhi wa ukhti, ittakullah..laalakum tuflihun..

Advertisements
Comments
  1. banyok nyo abe bob keno saman .. rasanya pemandu berhemah doh tu..huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s