Archive for October, 2012

Pakai otak untuk bina otak (1)

Posted: October 25, 2012 in ABSARIA

Salam Absarians. Entry Absar kali ini sedikit  ke arah pembinaan diri. Hakikat kehidupan kita perlu untuk punya sandaran dalam membina kehidupan yang kukuh. Isunya,pada apakah sandaran itu dibuat. Ada sesetengah kita menyandarkan kehidupannya berpandukan kepada kehidupan orang lain. Nama yang lebih senang difahami adalah ‘mentoring’. Mentoring ini adalah konsep bagaimana seseorang itu membina dirinya berpandukan mentor nya.Andai pemikiran albert einstein yang dipakai,maka keseluruhan hidupnya akan dinyalakan dengan api kehidupan Elbert Einstein.Cahaya yang keluar juga akan memancarkan cara dan gaya albert einstein di tambah dengan sedikit gaya asli pemakainya. Lawan kepada ‘mentoring’ adalah ‘monitoring’.

‘Monitoring’ adalah gaya untuk pemikir yang menyandarkan pemikiran atas pemikirannya sendiri. Dia berfikir bila berdepan dengan masalah,dan mencari penyeslesaian dengan akalnya sendiri. Berbeza dengan ‘mentoring’ ,golongan ‘monitoring’ suka bertindak dengan keputusan yang dicapai hasil daripada pemikirannya dan bukan melihat kepada pengalaman yang telah dilalui oleh orang lain seperti yang dibuat oleh golongan ‘mentoring’.

Absar ingin cadangan kan kepada absarians, jalan yang terbaik untuk kita bina pemikiran kita adalah dengan menggabungkan cara ‘mentoring’ dan ‘monitoring’. Kita mencipta diri kita dengan melihat pengalaman atau cara dan gaya yang telah dilalui oleh orang lain(tentunya cara dan gaya mereka yang sudah mengecapai kejayaan) dan juga memikirkan dengan cara ‘monitoring’ dalam mencari gaya yang Asli dari diri kita sendiri.

Maka ,pemikiran yang disandarkan atas pemikiran orang lain ( atau pakai otak untuk bina otak) digandingkan dengan pemikiran dan gaya sendiri bakal melahirkan Individu yang stabil dan bakal mencipta kejayaan. Ambillah pengalaman orang lain dalam mencipta kejayaan dan ciptalah kejayaan dengan cara kita sendiri. Ambillah gaya ‘mentoring’ untuk mengetahui teknik teknik kejayaan dan binalah teknik kejayaan sendiri melalui kaedah ‘monitoring’.. Tunggu siri ke 2. InsyaAllah.

P/s : Salam Aidiladha..Terus berjuang dan berkorban serta bersedia untuk terkorban dalam pengorbanan.

Sekeping CD.

Posted: October 15, 2012 in ABSARIA

Salam Absarians. Apa Khabar? Harap sihat sihat hendaknya. Buat adik adik yang usai menduduki Peperiksaan PMR, tahniah diucapkan atas usaha yang digandakan.Bagi adik adik yang bakal menduduki SPM tak lama lagi,teruslah gandakan usaha.Absar juga baru usai menelaah sebahagian daripada kitab konun untuk peperiksaan esok hari. Bersedia dengan sedikit buah silat untuk bertarung dengan lawan.Mana mungkin boleh terus masuk ke gelanggang tanpa ada persediaan.Kalah menang belakang kira,siap siaga wajib ada,supaya indah khabarnya sama dengan rupa.

Baru baru ini absar berkesempatan dalam kesempitan untuk melawat ke negara jiran.Syukur dapat melihat perbedaan dan perbezaan di bumi orang yang akhirnya mentunaskan lafaz syukur di pinggir bibir tatkala berada di negara sendiri, dan membuatkan absar lebih untuk menghargai apa yang ada di bumi Malaysia ini. Bercakap isu ‘menghargai’,entry kali ini tajuknya ‘Sekeping CD’ jua ada kaitannya perihal menghargai.

Dalam perjalanan pulang, absar singgah ke pasar sehari di sebuah negeri. Cumanya nak disampaikan kepada kalian,sedang asyik absar menilik barangan,sayup terdengar sebuah lagu dendangan sebuah kumpulan muzik underground yang rentaknya dan liriknya cukup indah.Absar bersegera ke tapak jualan,menanyakan berkenaan lagu yang didendangkan.Ianya lagu lama dari band Malaysia yang dinyanyikan kembali oleh band Indonesia dengan sedikit gubahan alunan muzik.Lagu itu dimuatkan ke dalam sekeping CD bersama lagu lagu lain yang Absar langsung tidak tahu mana pokok pangkalnya dan siapa penyanyinya serta apa pula liriknya.

Tanpa Absar fikir panjang,terus ditanyakan harga dan tanpa berlengah CD itu akhirnya  kepunyaan Absar. Sampai sahaja di kereta,CD itu dimainkan berkali kali sehingga ke hari ini menjadi teman setia absar ke setiap destinasi. Jadi,apa ke cer nya? Sahabat Absaraians, dalam tak sedar,rupanya,Absar sudah membeli sekeping CD,yang di dalam nya ada bersama 10 lagu yang langsung absar tidak pernah dengar, hanya kerana sebuah lagu yang menjadi fokus absar.  Sempat  menarik nafas seketika,sambil mendengar alunan lagu kegemaran itu,absar bermonolog, ‘aku bisa melupakan 10 perkara yang aku tidak suka atau mungkin tidak suka,hanya dengan aku melihat satu perkara yang aku suka pada sekeping CD. Bahkan aku juga bisa menolak membeli sekeping CD,kerana satu lagu yang aku tidak suka ,walaupun ada 10 lagu yang menjadi kegemaranku.’

Sama jua keadaan nya,jika kita punya sahabat,teman atau orang yang kita sayang. Kita boleh membenci mereka,hanya dengan satu perkara yng kita tidak suka,walhal ada 10 perkara lain yang kita senangi,atau sebaliknya.Namun, keputusan tentang perasaan itu akhirnya,diri sendiri yang menentukan,samada fokusnya pada suatu perkara yang kita suka atau tidak kita senangi.

Pun begitu,absar ingin coretkan bahawa,setelah diulang beberapa pusingan lagu,absar dapati,hanya kerana 1 lagu yang absar minat dalam sekeping CD itu,akhirnya telah menenggelamkan 10 lagu yang absar tidak pernah dengar.Akhir akhir ini, kesepuluh lagu itu kini makin menjadi halwa telinga absar dan menjadi sebahagian daripada lagu kegemaran.Lihatlah sahabat absar yang disayangi,hanya kerana satu lagu dalam sekeping CD yang ada bersamanya 10 lagu yang lain,akhirnya membuatkan kita suka pada keseluruhan lagu lagu itu. Sama jua keadaaannya,dengan satu sifat sahabat,kawan mahupun teman seperjuangan ; kita boleh memilih satu sifat mereka yang kita senangi,yang akhirnya akan menenggelamkan sifat sifat mereka yang kita tidak suka.

Ingatlah,sekeping CD,mungkin hanya ada satu atau dua lagu yang kita suka,tp kita tidak bisa memilih untuk tidak menerima lagu lagu yang lain,kerana ianya sekeping CD,ia datang bersama dengan lagu lagu yang lain.Maka raikanlah,dan percayalah kita akan biasa dan bisa menerima,rentak dan irama lagu lagu yang sebelum ini tidak menjadi kegemaran kita.Hargailah sahabat,kawan meskipun teman dalam percintaan,dengan melihat pada baiknya mereka,bukan pada satu sifat buruk mereka,maka terus kita tinggalkan sepuluh kebaikan.Semacam,sekeping CD…

 

P/s: Harapanku,buat teman sekalian..Aku jua umpama sekeping CD.Mungkin hanya satu perkara yang menjadi kesukaan mu tentang diriku,namun aku berharap ,dengan satu sifat ini lah yang mampu untuk terus menautkan ikatan persahabatan kita yang akhirnya menenggelamkan beribu ribu sifatku yang kamu tidak suka.Sekeping CD ini akan terus berputar dan menjadi halwa telinga mu. Fahamilah alunannya,supaya kamu bisa menerimanya seadanya,sama seperti diriku menerima mu seadanya.

Cerita tentang Rozita dan Zulaikha.

Posted: October 8, 2012 in ABSARIA

Salam absarians. Awalnya ,kita sama sama angkat syukur tak terhingga pada Dia Yang Maha Esa. Absar mahu syukur yang Absar beri adalah yang paling tinggi kali ini.Purnama ini terasa klimaks keseronokan tatkala terasa diri paling miskin masanya.Tidur hanya beberapa jam,rehat pula hanya beberapa detik. Menghirup udara lama di Unisza bersama Ahli Eksklusif Debat dan Orator serta bersama mahasiswa pelbagai jurusan bagi sesi pengajaran pengucapan awam , menghakimi pertandingan Pidato Di IPG Dato Razali, Berkongsi semangat motivasi bersama adik adik di SK Bukit Payong, menyelesaikan teka teki dokumentasi perjanjian  dan macam macam lagi aktiviti yang menjadi nadi keseronokan Absar dalam mencoret diari kehidupan yang mencecah 30 halaman.

Dalam keseronokan menari dan menyanyi di pentas kehidupan hakiki, hadirlah seorang insan bernama Rozita. Kenalan lama semasa di KUSZA. Gembira seketika tatkala mendapat berita ‘jejak kasih’ namun dicampuri dengan lesu tatkala dia sebenarnya kurang mengenali Absar.Haha,lawak der..ingatkan zaman KUSZA dulu da femes,rupanya masih ada yang tak mengenali diri ku ini (syok sendiri). Walaubagaimana pun,apa yang Absar ingin kongsikan adalah,pendekatan diri Absar guna untuk mendekatinya. Pesan seorang kawan kepada Rozita, yang menjadi tulang belakang kepada perhubungan ‘jejak kasih’ kami, cubalah gunakan pendekatan secara islamik. Maka Absar mulalah dengan memberi pesanan ringkas dengan memberi salam yang  penuh..’Assalamualaikum’..walhal sebelum ini cukuplah dengan ‘salam’ atau ‘slm’..tapi dek mahukan suasana Islamik,salam penuh diberikan.Tahu tak? Absar siap terangkan pada Rozita,kenapa perlu beri salam yang penuh ,kerana hujah Absar,salam yang penuh sahaja yang bermakna..ala ala ustaz tak? :)..Tuntas,jari jemari terus ringkas memaut harfun demi harfun ,terkait menjadi bait bait kata yang indah..tapi tetap Islamik(kerana itu temanya). Absar seronok,namun jauh di sudut hati rasanya kekok. Absar bukan Ustaz,apalagi insan kamil yang bisa menasihatkan si bengkok menjadi lurus. Maka,berpucuk di akal ini,tak wajar absar membina hubungan konkrit dengan tiang hipokrit . Andai Rozita suka Absar,sukanya harus atas dasar kebenaran. Namun sehingga kini,Rozita masih terus bermesej dengan ‘Ustaz Absar’, walaupun ‘Ustaz Absar’ sedang gelisah dalam mencari penyelesaian.

Perihal Zulaikha pula,sudah lama menemani Absar dalam sisipan diari kehidupan. Sehingga kini,sudah hampir 3 helaian namanya tertulis hampir di keseluruhan muka surat diari kehidupan. Setiap watak dalam cerita Absar coretkan,pasti kenali siapa Zulaikha ini. Orang yang baik serta punya kreteria idaman yang Absar mimpikan. Cumanya,apa yang Absar digemburkan,ceritanya zulaikha ini sudah berpunya. Tambahan pula,ada watak dalam cerita Absar ini sudah pun bertanyakan akan pandangan Zulaikha pada Absar. Kata Zulaikha,’ Saya tak nak’. Sentap bukan. Pun begitu Absar tetap Optimis.Absar cuba nafikan kesemuanya dan terus berlari mencari realiti.Jawapan dari lidah Zulaikha secara peribadi belum didengari sendiri,maka Absar beranggapan,ianya belum realiti dan tak wajar untuk Absar berhenti mencari. Maka,teruslah harapan diletakkan dalam dulang emas untuk ditatang. Cumanya Absar agak pengecut. walau pun absar tahu, sikap Zulaikha ,mahukan dan suka pada Insan yang berterus terang, absar masih kelu takutkan pilu. Absar belum bersedia untuk mendengar jawapan dari insan yang diharapkan. Fuhh, sukar bukan. Tuntas, Absar mengambil pendekatan yang diajar oleh adinda ‘cahaya mata’, setakat ini cukuplah dengan ,’better save than sorry’. Namun jangan risau,Absar sedang kumpulkan kekuatan utnuk berterus terang.Wahai Zulaikha,nantikan waktu itu yea 🙂

Maka,khulasah nya,apakah tujuan kisah tentang Rozita dan Zulaikha menjadi topik agung entry kali ini? Sekadar menceritakan kepada kalian, walau bagaimana pun rasa dari jiwa yang penuh dengan cinta ini mahu di dizahirkan,perlu punyai hikmah dakwah dalam perhubungan. Perihal Rozita ,andai Absar fikir ianya seolah olah menipu dan hipokrit ,membina persepsi indah atas kata dan madah,Absar boleh hentikan dan terus beranggapan bahawa perhubungan itu karut dan tidak wajar diteruskan. Namun apa yang Absar sedang fikirkan sekarang,ini mungkin peluang diberi tuhan,untuk Absar benar-benar berubah. Mungkin perubahan itu tidak sampai pada tahap dan taraf Ustaz,tapi cukup lah sekadar Insan yang mahu menjadi ummat nabi yang hebat.Maka apa yang perlu pada Absar,tunaikan kata indah dari lidah,menjadi amal dan ibadah. Maka,hubungan dengan Rozita bukan lagi sekadar madah,tapi juga adalah suatu dakwah untuk Absar berubah.

Perihal Zulaikha yang sudah lama bertakhta di hati,juga bisa buat Absar berintipati. ‘Kenapa belum lagi punya kekuatan untuk zahirkan kata dari hati ke hati?’  Hasil dari kira -kira,jawapannya kerana Absar masih belum bersedia.Dan lebih telus, absar tidak mahu Zulaikha kecewa andai dia mula menerima. Dari pelbagai sudut diri,semuanya masih belum bersedia.Tuntas, dakwah buat diri Absar,lengkapkan diri sebelum berperang dengan terus terang. Absar yakin, apa yang zulaikha mahukan hanyalah seorang insan yang mampu menjadi peneman yang memimpin tangannya ke sungai syurga. Namun itu lah yang belum mampu absar lakukan.

Kepada Rozita dan Zulaikha (yang namanya bukan nama sebenar)…Absar bercerita tentang kalian kerana matlamat Absar sekadar mengumpul kekuatan. Supaya Mahligai indah bakal dibina,sama indah dengan binaannya di syurga. Buat absarians, moga kebahagian Absar menjadi sisipan dalam doa kalian tak kiralah bersama rozita ataupun zulaikha atau sesiapa sahaja yang namanya sudah tertulis untuk absar di luth mahfuz sana.

hmmm..mood romantika de amour lagi 🙂 haha..