Archive for September 23, 2012

Diari kehidupan semakin hari semakin menebal. Banyak tulisan khayalan dan kebenaran disimpan menjadi sisipan yang bakal dikenang di hari mendatang.Helaian tulisan ini juga akan menjadi rujukan di setiap pengembaraan. Namun penulisan mula terasa kosong tanpa hadir sang peneman perjalanan.

Akhir akhir ini,isu teman kehidupan ini sering kali menjadi tajuk perbualan keluarga, teman ,rakan dan taulan. Ada yang menjadikannya usikan , tak kurang pula yang melahirkan kebimbangan. Absar ada kreteria insan  idaman. Bak kata orang,ada kualiti yang diharapkan.Semacam orang lain, keinginan mencari ‘soulmate’ bukan lah suatu yang senang. Usai membelek fail di pejabat, absar sempat menghilangkan penat dengan perbualan ringan yang menjadi berat tatkala perbualan beralih isu ini,bersama teman sepejabat. Teman ini bukan calang calang dalam ‘bidang’ ini. Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dalam merentas kehidupan berumahtangga,Absar boleh anugerahkan sarjana bagi mengiktiraf pengetahuan beliau.

Maka, dengan ‘sarjana’ yang ada, kuliah dan pesanan  diberi,absar ringkaskan menjadi sebegini ; ” Kita mungkin ada 10 kreteria yang kita harapkan daripada pasangan . Namun mustahil ada 10 perkara tersebut dalam diri seorang individu. Kita mungkin ada 10 orang calon,namun semuanya tak kan lengkap dengan 10 kreteria yang kita mahukan.Tuntas,pilihlah yang paling memenuhi,dan lihatlah kelebihan itu sehingga menutup kekurangan yang ada padanya.Penutupnya, jangan hanya mencari yang ‘sedap mata memandang,tapi hati sakit memendam’. : )

Walaupun pesannya ringkas,namun inilah antara yang terkesan di hati. Pesan teman teman sebelum ini pun sentiasa absar ambil jadi pengajaran. Cuma nya mungkin diri ini belum ada kesungguhan.: ) Diari Absar baru di muka surat ke 28,masih banyak helaian yang mahu dicoret dan dicorakkan seandainya usia masih panjang. Pilihan menentukan, samada nyanyian dan tarian dalam diari kehidupan  selepas ini,dipentaskan secara solo atau berduet. Absar masih dalam  membina diri,mencari identiti dan meneliti erti insani. Terasa masih banyak kekosongan dan kelompongan. Maka monolog yang timbul, layakkah diri ini untuk memimpin si rusuk kiri andai diri masih belum teguh seperti jati.Persoalan yang masih tiada jawapan. Sama seperti soalan ; Siapakah dirimu wahai peneman kehidupan? :)… Moga ada jawapan untuk soalan ini dalam doa kalian.

p/s: Mood : Jiwang skali skala..

sekadar ada…