Cerita sebuah pendakian…

Posted: June 24, 2012 in ABSARIA

Salam Absarians. Sebagai mukaddimah entry baru di pengakhiran bulan Jun dan di permulaan bulan Syaaban ini, sewajibnya absar mengakui betapa kritikal nya  kadar kemalasan serta kesempitan masa dan daya dalam menyambung usaha penulisan di ruang legar ini. Diakui sepatutnya absar terus dalam pakaian disiplin meneruskan perjuangan dalam bidang penulisan ini.Maaf dan ampun dipinta dan daokan absar supaya terus ghairah untuk menulis : )

Sekadar pembuka bicara kepada pintu ‘diam tiada kata’, absar ingin berkongsi tentang pengamatan absar dalam kehidupan sebagai seorang pendebat(versi pendakian). Kebelakangan ini absar sempat meluangkan masa dengan beberapa orang pendebat yang sedang mempersiapkan diri untuk ke pertandingan. Gigih dan nekad mereka menempa nama dalam dunia perdebatan. Tak kira betapa banyak kritikan mahupun kutukan,samada dari seteru mahupun kawan seperjuangan,pendakian mereka utuh bergerak walau dalam keadaan merangkak. Hmm,Bicara soal pendakian,ingin absar kongsikan cerita sebuah pendakian…

Ceritanya bermula dari sebuah pondok usang. Pondok ini dihuni oleh mereka yang suka mendaki. Absar sempat bersama sama meraka dalam beberapa versi pendakian. Maka bermulah cerita sebuah pendakian.Dalam pendakian kali ini,ada ramai pendaki yang turut serta. Pastinya mereka itu yang meumpang berteduh di pondok usang tadi. Ada yang besar bentuk badannya,ada yang kurus melidi pula saiznya. Ada yang kuat staminanya,ada yang semput tak semena mena. Kumpulan itu banyak pelbagai dan bezanya. Namun matlamatnya tetap sama. Dalam kepelbagaian tersebut,kumpulan ini juga punya jaguh pendakian,orang lama yang punya banyak pengalaman bahkan jurulatih pendakian yang sanggup mendaki bersama  tak kira masa dan bayarannya.Dipendekkan cerita, sudah banyak gunung dan bukit didaki. Absar juga ada pernah ikut sekali dalam pendakian dan sempat mencatit beberapa perkara.

Perkara pertama, dalam proses mendaki ini,ada yang sangat pantas dan teruja untuk ke puncak, tak kurang pula yang termengah mengah,namun tidak mahu kalah.Dalam perkara ini ,absar amati,hanya ada beberapa orang sahaja yang pantas dan teruja itu,menghulurkan tangan pada yang termengah mengah untuk membantu kumpulan ini,agar pendakian ke puncak  berjaya secara holistik. Tatkala absar bertanya pada mereka yang mendaki sambil menyeluk tangan di poket,kenapa segan untuk memegang erat kumpulan yang lemah,katanya dengan megah,’Aku dulu usaha sendiri,berlatih mendaki sendiri,tanpa dibantu orang lain…maka apa sebab untuk aku membantu mereka yang tidak berdaya dan malas,kalau mereka tak membantu diri sendiri!’..Benar,ada betulnnya. Kendati pun begitu,hemah Absar,sebagai kumpulan mahupun keluarga pendakian yang pernah tingal sepondok,seharusnya tangan dihulur,supaya kemucaknya dapat dikecapi dengan lebih bahagia.Sentiasa ingat tanggungjawab ilmu,ianya wajib disampaikan walau kepada seiapa.Peringatan juga kepada yang seia sekata dengan pendaki yang pantas dan bermegah, ‘Jangan malu mengaku guru,kelak imu jadi beku.’ Mustahil anda hebat tanpa seorang guru,walau orangnya itu tidak sehebat kejayaan anda menawan ribuan puncak gunung.

Perkara kedua ,absar juga lihat ada pendaki agak senior,yang sudah pernah mendaki beberapa bukit, teruja membimbing dan membantu pendaki yang lebih muda dan junior yang baru sahaja menceburi bidang pendakian. Keterujaan ini bagi hemat absar,bisa membuatkan mereka lupa bahawa setiap gunung mahupun bukit punya liku dan cabaran berbeza.Tuntas,diri mereka juga perlu sentiasa belajar demi memahami apa tuntutan gunung yang berbeza demografi dan kerataan permukaannya.Seharusnya Fokus perlu diberi pada pendakian sendiri.Sewajarnya,Usai dan sampai pendakian mereka pada suatu ketinggian,barulah mereka sewajibnya membantu mereka yang dibawah,yang belum tahu cara pendakian.Jangan asyik dan leka menolong orang lain walhal diri sendiri tidak tertolong dan akhirnya mereka yang terlolong dan terlopong tanpa ada sesipa yang menolong. Sekiranya mereka mahu terus dengan keasyikan dan kelekaan serta keterujaan dalam membantu dan mendorong mereka yang baru berkecimpung dalam bidang pendakian ini,teruskanlah dengan syarat anda perlu gandakan usaha untuk menolong diri sendiri.Jika tidak,jangan lah menangis atau berduka,jika suatu hari nanti,mereka yang asyik menolong ini ditertawakan oleh pendaki muda yang dibantu (dan mungkin ada yang menggantikan dengan perkaatan ‘dilatih’) ,kerana sang pendaki muda ini sudah sampai ke puncak gunung,akan tetapi, saat itu pendaki senior belum pun sampai ke puncaknya,bahkan mungkin lebih tepat,berada di bawah tapak kaki pendaki muda. Tuntas, sentiasa beringat akan matlamat dan fokus setiap pendaki; Puncak itu perlu anda tawan terlebih dahulu,walau anda seorang ketua pendaki yang sayangkan kumpulan pendakian yang anda bawa. Bawalah mereka ke pucak bersama sama anda,dan bukan tanpa anda,dan  bukannya juga hanya berbangga di bawah gunung,saat mereka bermegah kibarkan bendera dengan nama sendiri ,di atas gunung.

Perkara ketiga dan terakhir buat masa ini, ada juga diantara pendaki,yang pendakian nya tersangat lambat. Biarpun pendakian itu mulanya serentak,namun pendaki ini sentiasa ketinggalan di belakang. Biarpun sudah dibantu dengan pelbagai cara ,pendakian pendaki ini tetap tiada perubahan. Lambat dan melambatkan. Motivasi telah diberi,taklimat sudah diamati bahkan teknik mendaki juga sudah dihadam,namun usaha itu seakan tidak bererti. Bagi situasi sebegini,absar seringkali terfikir,ada kewajaran untuk berdepan dengan pendaki sebegini secara khusus,samada dinasihatkan berhenti atau lipat gandakanusaha sendiri,berlatih mendaki bukit berkali kali,sebelum mula mendaki gunung. Pun begitu,absar yakin,seandainya diusahakan, pasti ada hasilnya.Sedangkan belakang parang pun jika diasah,boleh jadi tajam,inikan pula manusia.Jangan biar anda yang lambat menjadi sebab orang lain juga terlambat.

Khulasah sementara untuk entry kali ini, berdasarkan pengamatan absar sepanjang mengikuti pendakian ini, sekiranya anda ingin menjadi pendaki yang hebat, perjuangan anda seharusnya perjuangan sendiri,yang anda buat secara sekaki dan selari dengan pendaki pendaki yang lain. Ianya tentang kemegahan anda yang dikongsi hasil daripada beban dan usaha yang dikongi  sama dalam satu bagasi. Tuntas,matlamat diri sendiri perlu dicerahkan dan di perhalusi,seterusnya diselarikan dengan matlamat pendaki yang bersama sama dengan kita. Bagi pendaki yang sudah berjaya beberapa kali ke puncak dan pendaki yang sudah lama mendaki,ingatlah ilmu pendakian ini wajib diwarisi,dan bukan untuk diri sendiri. Pesan Nabi junjungan suci,Sampaikan dariku walau sepotong ayat…Bagi pendaki yang baru menceburi,mulakan lah dengan langkah pertama.Mendakilah ke puncak jaya dengan langkah yang teratur dan tersusun. Jangan terlalu ghairah ingin naik ke atas dengan terus melonjak beberapa anak tangga sekaligus kerana dikhuatiri akan rebah ke bawah dan mengalami kecederaan jika tergelincir. Lebih buruk lagi jika mendaki ke puncak dengan memijak dan menginjak orang lain. Mendakilah dengan berhemah,biar langkahnya kecil namun konsisten dan istiqomah,kerana ianya lebih menjamin seorang pendaki itu ke puncak. Benarlah sabda Nabi SAW; ‘Sebaik baik amal adalah yang berterusan dan sedikit’…

***Pada pendaki yang bakal atau sudah meninggalkan pondok usang,jangan lupa menjenguk pada tempat dan insan yang bersama dan sentiasa bersama anda dalam beribu versi pendakian***

**Mendaki lah walau dengan beban yang berat, kerana puncak yang bakal ditawan,pasti mengukir senyuman berpanjangan.**

*Bagi yang sedang mendaki,walau apa yang terjadi,mendakilah tanpa henti :)*

-Mendaki lah tanpa henti walaupun tanpa kaki-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s