Sifir kehidupan.

Posted: February 29, 2012 in ABSARIA

Kepenatan pulang dari kuantan menjalankan tugas di Universiti Malaysia Pahang sebagai salah seorang hakim Pertandingan Debat Integriti 2012 sangat berbaloi. Berbaloi bukan hanya kerana universiti sendiri berjaya tembus menjadi finalis,tetapi juga kerana merasa segar dengan sifir baru bagaimana harus aku mentaksir dan mentafsir manusia.Banyak sifir yang aku perolehi dalam mencongak karenah hidup  dan menyelesaikan masalah perkiraan manusia yang berbeza jiwa dan rasa yang boleh aku guna dalam mencari sebuah formula kehidupan yang hebat lagi tepat.

Melihat manusia memang menjadi antara siri yang bakal berisi dalam penulisanku. Mungkin kalau dibukukan,sudah menjadi beberapa episod pembukuan.Teringin untuk mengangkat satu sifir yang boleh aku kongsi buat kalian yang setia bersama,iaitu sikap manusia yang hanya akan mengangkat seseorang kerana kemuliaan sebuah kemenangan dan bukannya sebuah perjuangan. Maksudnya, walau anda berjuang bertahun tahun tanpa kemenangan maka anda tidak layak dimuliakan. Sebaliknya,walau anda berjuang setahun jagung,anda mulia kiranya kemenangan milik anda.(ini tiada kaitan langsung dengan yang hidup atau mati : )). Cuma yang mahu aku jelaskan buat kalian,terutamanya sahabat pendebat di tempat kelahiranku, manusia majornya endahnya hanya pada siapa yang berjaya menjadi juara. Walau dulu anda dari universiti yang dikira sebagai bahan sepakan dikala pertandingan,namun hari ini anda adalah finalis di kejohanan, yang jelek bertukar cantik,yang pelik jadinya baik, Yang sebelum ini tiada pernah mengaku asalnya dari situ,terus dijaja tempat lahirnya di universiti itu. Aku yang merasakan sekian lama terpinggir di dalam dunia debat, membawa nama ‘pondok usang’ yang satu ini, tiba tiba turut disapa mulia oleh mereka yang memandang pahit pada nama ‘pondok usang’ ini suatu ketika dahulu.

Maka kamu perlu tahu,walau wajah ku tak cukup gambarkan kegembiraan,namun jauh disudut hati,cukup melompat keriangan saat pondok usang diangkat menjadi finalis kejohanan walau tempat pertama itu milik mereka.Maka bagi kalian yang setia dengan ‘pondok usang’ ini, ayuh kita terus buka mata mereka, ayuh kita terus bangunkan ahli yang lain,supaya kita tidak lagi menjadi,bahan jenaka mereka yang buta nilai perjuangan dan yang hanya celik pada sebuah kemenangan.

Bagi absrians umumnya, Lumrah manusia hanya menilai hidup pada harga kekayaan,menilai perjuangan pada sebuah kemenangan, dan menilai sebuah perhubungan pada sifat kebaikan,walhal tanpa kemiskinan tiada kekayaan,tanpa kekalahan tidak pula hadir kemenangan, dan tanpa keburukan tidak lengkap pula kebaikan.

Bagi mereka yang berjuang namun ketandusan kemenangan,jangan risau,kerana kemenangan itu berbeza tafsiran nya.Mungkin bagi mereka yang melihat menang itu pada namanya,maka johan itu cirinya, sebaliknya bagi mereka yang melihat menang itu pada sifatnya,maka perjuangan yang berterusan itu cirinya,dan johan itu hanya bonusnya, Tuntas bagi mereka yang tahu hakikat sebuah kemenangan,mereka akan terus tersenyum walau sering dikunjungi kekalahan.

Akhir kalam (cukup hanya sekali), andai kalian faham hakikat memaknai sebuah perjuangan,jangan memburu menang tanpa memahami erti sebuah perjuangan.Kemenangan adalah tujuan setiap perjuangan,namun jangan pernah merubah nilai perjuangan kerana kemenangan. Walau kalah,akur,ia adat pertandingan,jangan pernah menunding jari,cukup analisa buat fahaman diri.Memetik kata kata dari seorang sahabat blogger,”Jika pencapaian dunia adalah ukuran kemenangan, maka kaum materialis adalah para pemenangnya. Namun seandainya ada yang meyakini bahwa hakikat kemenangan itu ada pada kepuasan jiwa, maka kemenangan tak dapat diukur dari hasil akhir sebuah perjuangan, melainkan juga dari proses menuju titik akhir itu.”

p/s: Sampaikan terima kasih ku pada mereka yang telah merubah pondok usang menjadi banglo mewah sehingga menarik ribuan mata memandang dan memujinya,dan andai ada yang menukarkan ia pada nama ‘pondok antik’,maaf aku tidak dapat bersetuju, kerana sesuatu yang antik dinilai kerana ia sudah jauh ditinggalkan zaman, tapi pondok usang ini tidak pernah ditinggalkan zamannya,malah ia bakal menakhoda masanya.

Kenangan atau perjuangan? kita yang tentukan..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s